August 2, 2016

HARGA MAHAL

Sesungguhnya
Belajar dari kesilapan diri sendiri itulah pengalaman yang sangat mahal dan tidak ternilai

January 23, 2015

0


January 21, 2015

undescribe emotion

Bukanlah dia berkecil hati
Hanya perlu mendiamkan diri
Demi mencari ketenangan diri
Agar tidak memakan diri kemudian hari.

January 20, 2015

K.E.R.D.I.L

Telah sembilan  hari diri mu terlantar, terbaring-kananmu lumpuh.
Hati ini juga kadang -kadang rapuh,  lumpuh.
Walau kehadiran ku tidak pernah di nanti apatah lagi di tunggu -tunggu, namun aku tetap akan hadirkan diri.
Sesungguhnya aku tahu aku bukanlah kesayangan.
Aku sedar dan aku tak pernah melupa.
Aku ini hanyalah seorang sial yang tiada berguna. Seorang yang selalu didoakan supaya segera mati, dilanggar lori. Dan di setiap waktu itulah juga aku mohon Allah perkenankan doa mu. Namun dengan sifat Pengasih PenyayangNya, tiada jua aku mati. Masih dipanjangkan umurku. Dulu, sungguh aku tidak mengerti, namun sekarang aku faham percaturan dari NYA.
Aku mahu di pengakhirannya nanti, aku tersenyum berpuas hati tanpa ada apa-apa penyesalan. Namun aku tidak pasti adakah aku mampu berbuat sehabis baik. Kerana sering kali hati ini terusik.
Setiap kali dia bertanyakan kehadiran kesayangan -kesayangan nya, ku campak jauh-jauh hati yang terusik. Kerana aku tahu, dia tidak mengharapkan aku. Namun kedegilan aku membuatkan aku tetap di sisinya setiap hari walaupun bukan duapuluhempat jam. Jika tidak aku, siapa lagi yang akan berada di sisinya?  Ye,  tiada siapa.
Aku faham kenapa dia memohon aku supaya bercuti. Bukan kesayangan nya. Kini, aku nampak. Terang dan bersuluh. Tidak mengapalah. Peliharalah kesayanganmu itu setiap masa. Moga kesayangan mu itu tidak melupakan mu setiap masa, samaada diri mu masih di dunia mahupun bila kamu di alam kekal sana.
Aku yang sial lagi hina ini hanya mampu menjengukmu mendoakan mu.  Ku sudah tidak mampu berlama -lamaan di sisimu, bimbang diri mu bosan dan menyampah. Kerana aku bimbang di akhirnya nanti aku dihalau, yang sudah pastinya aku tidak mampu menabur bakti lagi.
Selagi diizin Allah dengan kudrat yang dipinjamkanNYA ini,aku akan buat yang terbaik untuk kamu.

Walau aku bukan kesayangan mu
Namun izinkan aku terus menabur bakti. 

February 5, 2014

REZEKI - 1 daripadanya

Fuhh.. Sungguh lama menyepi di sini. Bukan tidak mahu, tapi....... Entahlah.. Biarlah jadi rahsia hati..

Kali ni nak ceritakan pasal zuriat. Ye, zuriat- yang menjadi impian setiap yang bergelar suami dan isteri.

Kisah 1.
Customer Shaklee saya.
Usia anak sulung mencecah 7 tahun. Alhamdulillah, setelah dia mencuba set kesuburan suami isteri (Shaklee), dia hamil. Tempoh dia consume set itu lebih kurang 3-4 bulan. Alhamdulillah, rezeki dia dan suami. InshaaAllah tidak berapa lama lagi, insan baru akan mewarnai kehidupan mereka. Saya memang rasa gembira dan sebak sebenarnya. Tak tahu lah kenapa. Tapi sejujurnya, itulah perasaan saya..

Kisah 2.
Customer Shaklee saya juga.
Usia perkahwinan hendak menjangkau 4 tahun. Asalnya dia mencuba set kesuburan untuk isteri. Tetapi selepas 2 bulan, masih lagi tiada apa-apa berita gembira. Nasihat saya pada dia, sabar dan jangan stress. Dia mencurah perasaan pada saya apa yang terpendam. Dan saya amat faham perasaan dia sebab saya pun pernah berada di tempat dia suatu masa dulu. Lantas keputusan diambil. Mahu juga set kesuburan untuk suami katanya. Seperti biasa, saya guide mereka berdua. Namun, masih belum menampakkan perubahan. Namun apalah daya saya, selain mengatakan sabar dan jangan berputus harap, sentiasa positif. Kerana saya bukan Tuhan. Shaklee hanya salah satu cara.....
Setelah beberapa bulan, dia kongsikan dengan saya. Berita yang akhirnya membuatkan saya terduduk seketika sambil airmata mengalir di pipi.
Ya. Allah dah tulis di LohMahfuz. Itu jalan ceritanya. Hasil daripada pemeriksaan beberapa buah hospital dan beberapa orang doktor, suaminya tidak mampu menghadiahkan zuriat pada dia. Mereka ada juga berjumpa ustaz, namun jawapan yang sama juga diterima. Dan yang paling menyayat hati saya pabila suaminya berkata pada dia... 'jika sayang mahukan juga zuriat, abang rela melepaskan sayang'...
.
.
.
.
.
Saya tak mampu meneruskan.
Saya cuma berharap dan berdoa, agar Allah sentiasa menjaga mereka berdua. Amin.

#Zuriat.
--Jika Allah kata ada, jangan bimbang. Tetap akan ada. Bersabarlah. Sebab DIA akan bagi pada waktu yang sesuai.
--Jika Allah kata tidak, ada hikmah disebalik semua itu. Mungkin Allah mahu kita limpahkan kesenangan dan kasih sayang yang kita ada itu untuk mereka yang kurang berkemampuan. Mungkin juga Allah mahu kita rapat dan dekat pada DIA.

#dan untuk saya, sabar dan terus berdoa.

December 22, 2013

S.T.O.P

hidup kalau banyak merungut, hidup akan rasa tak seronok.

hidup kalau semua orang tak betul, itu sebenarnya kita yang tak betul.

so....

 

December 21, 2013

Tengok jenguk pandang-pandang, jangan sampai landak ditendang ...

August 31, 2013

undescribe emotion

sakit ini dah bertahun lamanya.
sekejap hilang. sekejap datang.
jika datang, lama benar menyinggahnya.
namun bertahan dengan Shaklee yang aku telan setiap hari.

dulu, punca hanya batuk.
sekarang hanya bersin.
sakitnya ya Allah..
hanya Dia yang tahu.
sedikit marah dan merajuk.

Qaseh panggilkan bidan.
yang memang sudah biasa mengurut aku.
yang sudah tahu apa kondisi tubuh aku ini.

katanya luar biasa.
bimbang kanser katanya.
aduhaiii.

dia minta aku ke hospital.
buat check up.
terutamanya bahagian paru-paru.
urmmmm

dulu
memang aku di diagnose dengan
lemah paru-paru
memang aku semput
tapi bukannya tahap gaban.
jadi, aku hanya relax-relax aje.

harap tiada apa-apa yang berkait dengan kanser

walau

katanya susu ku tiada apa-apa di sekitarnya.
cuma bahagian paru-paru, pelik katanya.
urat pun memang ada bengkak
tapi pelik kenapa tulang dirasanya bengkak.
juga beberapa symptom lain yang sama dengan arwah bapanya
juga pengidap kanser stage tiga.

hurrmmm..
aku ni malas jumpa doctor.
apatah lagi ke klinik / hospital.
menunggu lama, buang masa lah!
dengan bau, oh tidak menyenangkan hidung.

nanti-nantilah.

atau aku perlu
sebotol Vivix???

degil kan, aku?
 

June 5, 2013

Menongkah Langit

Muhasabah diri. Kita semua sama. Makhluk Tuhan. Hamba Ilahi.

Menongkah Langit

Muhasabah diri. Kita semua sama. Makhluk Tuhan. Hamba Ilahi.

April 19, 2013

ku mahu

ku mahu
kehadiran yang tidak dihalusinasikan
ku mahu
kehadiran yang sentiasa menceriakan

walau seketika
hadirkanlah ia
kerana waktu itu
tidak pasti adakah hadir
untuk esok.

November 17, 2012

sungguh terlalu lama tidak menulis di sini.

aku mahu sebenarnya.

tapi ada sesuatu yang menyebabkan aku terpaksa diamkan diri sahaja.

tunggulah.

satu hari nanti.

jika aku rasa sanggup berdepan dengan api.


saya rindu dia dan ilmunya;
ustaz ismail.

November 14, 2012

jom jengah ke sini.

http://vitaminssecrets.blogspot.com/

dan jangan lupa untuk like page saya kat FB.

Health N Beauty EShoppe.

sokongan anda semua saya dahului dengan jutaan terima kasih.

wassalam.

salam maal hijrah.

tq.

May 12, 2012

unstable emotion

Qaseh,
maafkan ku kerana tidak mampu berbicara denganmu.
kerana ku tahu airmata ku akan mengalir laju.




maaf.



kerana aku terlalu merinduimu.

April 26, 2012

pulanglah

adoyai..
Qaseh dah lima hari outstation ke Sarawak. tak tahu lah bila dia nak balik.

elleh,
kalau dia balik pun, bukan boleh stay lama-lama kat sini. nak start projek shutdown dah awal may nanti.

makanya,
macam dah bukan weekend husband. tapi bakal monthly husband je.
:(

oh ayah,
kaki ibu dah selalu cramp ni. tiap-tiap malam kaki ibu kejang. kiri kanan pulak tu. nak bangun berjalan pun sakit. ibu tak miss minum susu setiap malam. sekarang kaki ibu dah keras kejung. dah tiga hari ni. nak mengurut, ibu takut tak boleh nak drive balik rumah pulak nanti. macam mana ibu nak buat ni? esok kerja lagi. ibu dah tak larat dalam keadaan macam ni, dah laa ayah jauh nun di sana.

ayah,
cepatlah balik, urut ibu............

April 12, 2012

muaaaaacchhh...

sekarang,
kandungan mencecah duapuluhlima minggu (enam bulan satu minggu).
alhamdulillah.
pergerakannya makin aktif, syukur pada Ilahi.

sebenarnya, aku tidak ada feel sangat duduk depan laptop ni.
sekejap tu boleh lah.
so, nak update sedikit cerita kat sini.
tapi tak boleh nak story panjang-panjang...

actually, aku nak publishkan kenangan aku dan si dia kat sini.
kot-kot la nanti aku lupa, at least masih ada tempat untuk aku mengimbau semula apa yang telah berlaku.

ini semua adalah penceritaan pendek aku sepanjang hamil ni.

bulan pertama:
demam-batuk-selsema-eczema-resdung-pening. pendek kata, pakej lengkap.

bulan kedua:
vaginal bleeding meletakkan diri aku dalam kes threatened abortion. warded and rest in bed.

bulan ketiga:
very-very-very bad morning sickness started. minum air-masuk drip, pun masih muntah. warded.

bulan keempat:
alahan eczema menyerang pada seluruh tubuh. refer to pakar kulit, dr.sulaiman. tiga hari, alhamdulillah eczema hilang. badan dan betisku ada parutnya, tak hilang sampai sekarang.

bulan kelima:
alhamdulillah, morning sickness berkurang. namun, ada ujian baru. contraction. kata doktor terlalu awal. bimbang pre-matured baby. nak tak nak, memang rest in bed, tak berani buat apa-apa kerja lagi walaupun sekadar membasuh dan menjemur baju. di samping ambil supremix dan igC pada sela masa yang dinasihatkan perunding.

bulan keenam:
alhamdulillah, contraction tiada lagi. ujian untuk bulan keenam ni pulak, batuk dan resdung. setiap kali batuk, aku terkencing. maka, haruslah aku pakai pad setiap masa. sampai sekarang tak sembuh lagi ni. apa yang aku buat, hanyalah perah air limau nipis dalam satu sudu kemudian letak kicap dua tiga titik. lega lah sikit batuk walaupun tak hilang terus. alhamdulillah.



moga-moga selepas ini, walau apa pun ujian yang datang, Allah pinjamkan aku kekuatanNYA untuk diriku. semoga aku akan sentiasa kuat semangat walaupun kehidupan aku keseorangan di sini, jauh dari keluarga dan saudara mara.

insyaAllah, aku yakin Allah akan menjaga aku dan anakku ini.

amin.

April 11, 2012

pandai...!

si dia dah mula menunjukkan sifat merajuknya.
sehingga membimbangkan hati ibu ini.

ibu faham sekarang, sayang.




i love you, sayang.

March 25, 2012

tiada daya upayaku...

apa yang berlaku ada hikmahnya, itulah ungkapan yang selalu meniti di bibir kita ataupun yang sentiasa menjengah ke telinga kita. ungkapan ini jugalah menjadi penguat semangat diri tatkala dilanda musibah.

aku akui itu, benar.

cuma sekarang aku dalam satu keadaan yang amat membingungkan. tidak aku tahu apa yang sedang berlaku sekarang ini, di depan mata ku ini adalah realiti ataupun igauan aku sahaja. ku cubit, ku tampar pipiku, nyata aku tidak bermimpi. namun, kecelaruan itu tetap menghuni.

nasihat dan peringatan dari teman-teman menambah lagi kekeliruan diri. aku tidak tahu yang mana satu harus aku percaya. diri aku ini sama sahaja seperti dulu tapi aku tidak pasti bagaimana mereka. semuanya itu adalah rahsia Allah yang tidak aku tahu adakah rahsia itu akan terungkai satu hari nanti? benarkah ia? batilkah ia?

sungguh tidak aku tahu. yang pasti sekarang ini, aku hanya lalui sahaja apa yang terbentang dan terhampar di depan mata. tidak aku tahu isi hati mereka, lantas ada baiknya aku biarkan sahaja. ini percaturanku dengan Allah terhadap mereka. hanya Allah yang mengetahui di setiap apa yang aku lakukan. niatku hanya satu, membaiki segala kemusnahan dan membuang apa sahaja yang keruh. perihal mereka, aku serahkan bulat-bulat pada Ilahi. semoga sinar kebahagiaan buatku sentiasa ada kerana aku yakin Allah tidak akan sesekali menzalimi hambaNya.

sungguh, sudah tidak tahu mahu berkata apa.
semuanya tersimpan dalam sudut yang dalam ini.
moga aku sentiasa diberikan pinjaman kekuatan olehNya.
amin.

March 4, 2012

nineteen weeks ++

sesungguhnya
dia amat gembira dan bahagia di sini.



saya cukup senang.

February 24, 2012

dear me,

happy birthday.

February 4, 2012

hilang

ke mana hilangnya selera makan aku ni? perut asyik lapar. tapi selera makan tak ada. kalau boleh makan nasi pun, tak sampai satu senduk. kadang-kadang tak sampai setengah senduk. kadang-kadang setengah senduk pun tak habis. badan macam kain buruk. tidak bertenaga. mana nak dapat tenaga kalau makan pun macam tak makan.. huhu..

dah la ada beberapa orang dah pun mula menegur aku makin kurus. entahlah. masa awal-awal alahan teruk tu, berat dah hilang dua kilo. sekarang tak tahulah naik ke turun ke. disebabkan badan tak berapa nak ok, mood pun kadang-kadang swing. entahlah, dah tak tau nak kata apa. best je tengok orang lain. happy, makan berselera, badan bertambah berisi, perut pun besar. aku?

dah-dah la mira oiii... mengeluh je kerja ko!!!

January 26, 2012

ainnur

..."jangka masa tidak sampai setahun sudah mengubah dia di depan matanya. itukah yang berlaku apabila kita terlalu terluka? hingga terkadang bersikap pesimis pada semua orang?"...

January 23, 2012

untuk apa ku berada di situ
andai hati dan jiwaku
tidak bersatu.

January 22, 2012

diam

rasanya itu yang terbaik. tak perlu nak bertekak menegakkan benang yang basah.

cukuplah.

lagipun aku dah penat.

January 20, 2012

terima kasih

dear makwekintan,

sungguh saya segan. kerana saya tidak sehebat fauziah ashari atau a.samad said apatah lagi seperti blogger lain yang hot.

apa-apa pun saya ucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa menatap tinta saya.

terima kasih.

January 19, 2012

izinkan aku merindu..

..walau dari jauh.


entah kenapa rasa sayu dipagutpagut sejak kebelakangan ini. aku terlalu rindukan dia. namun pada siapa untuk ku luahkan segala rasa? simpan sahaja.

dari sebiji kek coklat hinggalah kasih sayangnya walaupun aku tidak pasti kasih sayangnya itu benar atau palsu. siapalah aku untuk menilai. aku hanya mahu menumpang kasihmu, namun andai aku sudah tidak layak untuk berada di sudut itu, maafkan aku kerana merindumu dalam diam dan aku seringkali menadah tangan berdoa supaya Allah menyampaikan rinduku padamu.



terima kasih, ma.

January 14, 2012

rest plus mc

genap duabelas minggu, rabu minggu lepas, segala macam rasa hadir. backpain yang azab sangat dirasakan ditambah alahan yang mula teruk. makan muntah makan muntah hatta minum air putih pun muntah. lembek tidak bermaya. sempat dua hari sahaja ke tempat kerja kemudian warded satu malam selebihnya mc.

sekarang masih dalam proses baik pulih. harap selepas ini keadaan bertambah baik dan kembali cergas.
insyaAllah.

December 22, 2011

threatened abortion

gara-gara sesuatu yang sepatutnya tidak dilakukan.apakah dia?
shhh, hanya kami dan doktor tahu.
nakal.
hihihi...

makanya,
sekarang hanya tersadai di atas katil hospital.

alhamdulillah,
kantung adik masih kuat.
adik pun ok di dalam kantung itu.
jantung adik pun dah ada.
semua normal.
ibu percaya, adik kuat!
Allah kan ada.
Allah kan sayang kami.
adik pun mesti kuat tau!
ibu sayang adik!!!

December 6, 2011

cerah, itu janjiNya...

yang penting, SOLAT dan SABAR...



rehat. jangan stress. gembirakan diri. pesan doktor dan jururawat memandangkan keadaan yang agak berisiko. pembedahan tiga kali, sejarah masalah gynae, ke'hilang'an dua kali, sejarah keluarga diabetes dan darah tinggi, terkini cyst. label hijau pada pink dan merah. batuk dan selesema, masih tidak pulih. tiada ubatan sebagai bekalan. hanya pesanan minum air putih banyak-banyak di samping kekuatan emosi dan semangat diri yang kuat. alhamdulillah, Allah berikan aku kekuatan itu. terima kasih, ya Allah.

makan. oh, sungguh menguji. selang tiga jam mesti ada makanan yang perlu dihantar kepadanya. jika tidak, ia akan meronta mewujudkan rasa pedih di samping lemah tidak bermaya. bimbang juga. moga jauh dari segala penyakit. insyaAllah. Allah Maha Pengasih.

kencing. memang sangat kerap. malas memang malas, tapi pujuk diri. bertahun menunggu takkan malas kot. hihi. alhamdulillah, perang psikologi ke atas diri sendiri menjadi.

muntah. tidak terlalu kerap. menggunakan kaedah perang psikologi juga. kalau muntah, nanti sakit dan senak dalam perut dan dada. jadi, sila sabar. minum air suam. hihi. alhamdulillah, menjadi juga. cuma kadang-kadang tidak dapat melawan kerana disusuli batuk teruk. akhirnya, keluar juga.

susu. hihi. pelik. macam seronok la pulak minum susu. padahal aku ni susah dan amat jarang minum susu tepung. sekarang, satu mug boleh habis. dengan syarat, suam.

apa lagi yang pelik ya? hihi. rasa nak melawa, pakai cantik-cantik, wangi-wangi, manja-manja dengan Qaseh. hihi. gatal cap miang lah aku ni. tapi ada satu yang memang pelik. suka nyanyi waktu mandi. aku memang jenis tak suka nyanyi waktu mandi. bila jadi hal ini, begitu pulak ceritanya. tapi, kalau teringat, aku tak layankan sangat. tak baik. syaitan. astargfirullahhal'azim...

dah la. urmmm.. lapar pulak ni. tadi baru makan pukul tujuh pagi. lepas tu, balik klinik, makan lagi pukul sebelas pagi. ini jam duabelassetengah tengahari. pedih dah ni. aduiiii... sabar ye, sikit lagi.
sabar.....

sebenarnya, hal ini tidak aku fokuskan pada awalnya. tekanan yang lebih hanyalah kepada urusan pertukaran tempat kerja. sehinggalah satu bulan lebih ia tidak muncul ditambah pelbagai rasa yang tidak enak. rupanya, ada. syukur, alhamdulillah.

semalam, hubungi kerani tempat kerja. maklumnya, masih tiada apa-apa surat atau berita dari putrajaya. teragak-agak untuk menghubungi mereka. tidak mahu mereka membebel yang sudah pasti menjejaskan emosi. biarlah. tunggu duapuluh haribulan disember nanti.

moga ada harapan dan peluang. moga diluluskan. selebihnya, bergantung pada qada' dan qadarNya. Allah lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk aku berbanding aku yang hanya tahu secara logik akal sahaja.

moga aku menjadi hamba yang tidak bersungut, insyaAllah.

# sesungguhnya, menadah kitab membuatkan diri aku sungguh kerdil. betapa banyak ketidakpuasan hatiku selama ini. padahal yang aku rungutkan itu adalah terhadap apa yang Allah berikan dan ujikan pada aku. sungguh aku tidak bersyukur. ampunkan aku ya Allah.....

# alhamdulillah, setakat minggu ini urusan wirid pagi dan petang belum tertinggal. moga Allah sentiasa memberikan aku kekuatan untuk beramal untuk bekalan diri di akhirat nanti juga buat dia. moga dia ini menjadi pewaris agama islam yang sebenarnya, insyaAllah...

jom, makan..!! ;)

rabu-kosongtujuhsatudua.

December 4, 2011

dua garis

alhamdulillah
6 minggu
semoga sihat dan kuat
terima kasih, Ya Allah

November 8, 2011

3 R R 0 R

"There are two motives for reading a book; one, that you enjoy it; the other, that you can boast about it [on Goodreads]." — Bertrand Russell

October 19, 2011

syukran

alhamdulillah.
saya gembira kerana kamu telah punyai chenta.
maka, jangan lagi kamu mengganggu dia dan saya ya.
moga kamu faham erti cinta yang sebelum ini kamu tidak faham-faham.


terima kasih.

October 17, 2011

merendah bukan menyembah
meninggi bukan melonjak

October 16, 2011

ku kini cuba gagahkan diri
mencari dan terus mencari
mencari kekuatan dalam kelemahan yang tidak bertepi.

October 14, 2011

usaha itu pasti

bagaimana mahu mula... hati tidak keruan.. sangat tidak keruan.

ok. tarik nafas. dalam-dalam. hembus!

ok. tiga, dua, satu. mula.

pada suatu hari, hamba berchatting dengan kawan hamba yang mengajar di smkdm di daerah itu. dia ada memberitahu hamba tentang smkkj yang akan membuka aliran sains tulennya pada tahun hadapan. dia menyarankan pada hamba untuk memohon ke situ. kemudian seorang kawan yang merupakan gstt di smkso juga memaklumkan pada hamba smkpj akan dibuka pada tahun hadapan dan smkso akan memindahkan sebahagian daripada pelajar dan gurunya ke smkpj. kawan baik di daerah yang satu lagi pun memaklumkan smkbk pun akan dibuka pada tahun hadapan.

sejurus hamba mendapat perkhabaran itu, terus hamba mengarang surat dengan bantuan guru bm iaitu nla untuk memohon menimbangkan permohonan hamba untuk menyambung bakti di daerah itu. harapan dirasakan sedikit cerah. namun hamba tidak mahu untuk meletakkan harapan yang terlampau tinggi.

sekembalinya Qaseh ke daerah itu berbekalkan surat dan salinan e-GTukar untuk pegawai di ppdd yang hamba kira moga ada rezeki hamba nanti.

pegawai itu, encik I seorang yang boleh bertolak ansur. tidak seperti pegawai yang pernah kami jumpa sebelum ini, banyak mulut dan tidak mesra. cuma, permasalahan yang dimaklumkannya melemahkan kembali semangat hamba. katanya, daerah itu memang kekurangan guru dan bilangan gstt yang agak ramai. tidak menjadi masalah jika nama hamba lepas ke daerah itu, cuma bimbang pihak jpns yang tidak melepaskan hamba keluar dari negeri selangor.

mmm, walaupun luluh rasa hati namun sekurangnya telah berhasil satu usaha. usaha seterusnya, jpns.

khamis, hamba telah memohon bantuan Qaseh sekali lagi untuk ke jpns pula kerana hamba perlu ke tempat kerja. hamba tidak mahu dikata lari dari tempat kerja pula untuk menguruskan hal-hal pertukaran yang hamba sifatkannya agak peribadi bagi orang yang begitu berpegang pada ketegasan. maka, hamba tidak mahu menutup peluang untuk berpindah. ;)

di jpns Qaseh berjumpa dengan en. AS. tidak perlu disebut jawatannya di sini. ada sebab dan alasannya. memang hamba rasa bersalah terhadap Qaseh kerana dia telah dibamboo dengan teruk oleh pegawai tersebut. well, memandangkan dia berjawatan besar, siapalah Qaseh pada matanya tambahan pula dengan saiz badan Qaseh yang jauh dua tiga kali ganda lebih kecil berbanding dirinya.

masih tidak berpuas hati dan tanpa kenal putus asa, hamba minta Qaseh ke kpm di putrajaya pula. usaha selagi boleh kerana perkhabaran yang hamba dapat, mereka semua akan bermesyuarat minggu hadapan.

di kpm, Qaseh tidak dibenarkan masuk berjumpa pegawai di atas alasan kementerian tidak menguruskan hal-hal pertukaran selagi keputusan pertukaran tidak diputuskan dan dimaklumkan. kementerian hanya akan berperanan setelah keputusan pertukaran keluar dan jika ingin membuat sebarang rayuan jika permohonan tidak diluluskan. kesimpulannya, Qaseh hanya pulang dengan tangan yang kosong pada hari khamis itu. :(

hari ini hari jumaat, penghulu segala hari. hamba minta Qaseh ke jpns sekali lagi. memang hamba tidak berpuas hati dengan en. AS semalam. tapi kali ini, hamba sudah meminta Qaseh berjumpa dengan pegawai bahagian pengoperasian atas nasihat dan saranan pk sekolah hamba. alhamdulillah, walaupun Qaseh terpaksa menunggu lebih dari 5 jam hasil yang baik memihak kepadanya. layanan en. MH memang baik. dan hasilnya permohonan pertukaran di peringkat:
1. sekolah : lulus
2. daerah: lulus
3. jpns : lulus
4. jpnt : tidak lulus

nampak tak???? jpnt : tidak lulus !!!!! haishhh. macam mana ni? tersangkut kat situ lah pulak. en. MH menyarankan agar kami ke jpnt atau kementerian pula untuk mencuba nasib meminta jasa baik pegawai untuk meluluskan permohonan sebelum mereka bermesyuarat besar-besaran dengan semua negeri pada hari <shhh, rahsia sulit kerajaan>. adush, rasa mahu tercabut jantung. ye lah, hari ni dah pun hari jumaat. hari ahad nanti Qaseh dah pun kena masuk kerja di tempat baru. habis tu, siapa pula yang nak bantu hamba kali ni? kalau hamba nak pergi sendiri tiada masalah rasanya. cuma hamba bimbang Qaseh tidak membenarkan hamba berpergian seorang diri. macam mana ya? terdesak! akan hamba cuba untuk memujuknya..............



moga Allah membantuku dan Qaseh. moga Allah permudahkan segala urusan pertukaranku ke daerah itu. amin...

October 10, 2011

somewhere over the rainbow

sedang gigih berusaha untuk menjadikan satu keinginan sebagai realiti.

October 8, 2011

tolong doakan yang baik-baik untuk saya.
terima kasih.

September 14, 2011

ini ke rasa bengang ?

adeesss.. hamba stress sangat-sangat hari ni. kenapa? nak citer lah ni. duk diam, diam. baca je. jika ada soalan, simpan je dulu sampai cerita hamba tamat. faham?

al-kisah. ada beberapa part yang menyumbang kepada ketensionan hamba hari ni.

1. budak-budak tingkatan lima yang hamba ajar chemistry, asyik-asyik duk menyenak dan menserabutkan kepala hotak hamba. "soalan apa keluar untuk trial?". hamba rasa nak debik je semua yang bertanya soalan bodoh tu. tak pun bagi makan tapak kasut free. dah sah-sah itu trial, haruslah semua topik engkau kena buat revision dan study. bukan boleh pilih-pilih tajuk. kalau hamba cakap apa yang keluar, baik tak payah engkau ambil trial. ni rasa nak mencarut ningggg!!! haaiisshhh!!! mahunya hamba tak geram, soalan tu duk bertenggek kat telinga hamba dari minggu lepas. weiii, cikgu engkau ni tak makan bodek la...!!!

2. tak ada masa untuk mencelah baca novel. isshhh, geram !!!

3. 'kj' yang bukan kj betul. hamba kan ada kes thyroxine overdose yang hamba duk bertapa kat wad tujuh hari tu. masa jumpa doktor sebelum puasa hari tu, doktor dah cakap hamba dilarang buat apa-apa aktiviti yang boleh lead to problem of heart. ye lah, dia nak degup laju dan kencang, dia tak cakap dengan hamba pun, "wei mira, aku jantung ni. aku nak degup laju ni sampai ko penat dan nak pengsan, ko get ready erk?". banyak cantik jantung hamba boleh cakap macam tu..!! dalam tidur pun, dia boleh attack hamba, sampai hamba lemah dan berpeluh seluruh badan macam mandi. gila apa..? eh, belum masuk cerita sebenar ni. ok. straight to the point! minggu depan, ada aktiviti kat sekolah. kursus. dan kursus itu adalah berkait dengan sukan. haha. SUKAN! sila baca terang-terang. hamba explain sekali lagi. dalam tidur pun, jantung hamba buat hal! so, connection dia dengan sukan? kalau dia ok waktu hamba bersukan nanti tak apa lah. tapi kang hamba takut ambulans pulak datang kutip hamba kat padang sekolah! nak disumbat segala macam wayar kat badan hamba lagi ke? ish, tak nak hamba! eh, melencong lagi.. ok. selepas itu, hamba pergilah berjumpa dengan orang yang berkuasa itu. tapi, jawapan yang diberi sangat melukakan dan menyakitkan hati. "memang tak boleh buat ke? alah, bukannya teruk dan berat pun aktiviti itu semua, ringan je. just teknik-teknik je". hello..... kalau nak cerita, masa hamba di maktab dulu bermacam teknik hamba dah belajar. bola baling, bola keranjang, bola tampar, hoki, softball, kriket etc. dan semua tu perlukan stamina dan keanjalan badan ok. kaki, tangan, badan semua kena betul letaknya, kalau tak-masaklah engkau! masa kat maktab dulu, hamba buat je, sebab masa tu hamba memang boleh buat. tapi sekarang hamba tak berani ambil risiko! faham tak??!! ok, fine! engkau tak pernah sakit! dan, hamba pasti -kalau hamba join juga, hamba rasa hamba akan get  ready dengan ayat-ayat kebiasaan kawan sekerja. biasanya, ada mulut-mulut akan berkata, "laaa, kenapa kau buat semua tu mira ooiii??? kau dah tahu diri kau tu macam mana, janganlah paksa. kang sakit, susah mira ooiii..". haaaa. tu nak di kira macam mana? bersimpati? menasihati? memperli? arrghhh! hamba beritahu orang yang berkuasa tadi tu bukannya apa, supaya dia maklum akan kesihatan hamba tambahan lagi dua hari selepas itu, hamba kena pergi jumpa doktor lagi. tapi, jawapan dia tu amat mengecewakan hamba. tengok muka hamba pun tak - seolah hamba ni penuh dengan alasan. fine! senang-senang hamba MC je hari tu nanti. selesai.

4. pertukaran tempat kerja. muak dengan tittle weekend husband yang disandang oleh Qaseh! dah la nak merancang untuk buat anak pun susah! haaaa, kan dah lucah! kejap hamba mengambang. kejap hamba emo. kejap tak kena waktu subur hamba.

pendek kata,

S
.
T
.
R
.
E
.
S
.
S

..................... tekanan yang menekan hamba membuatkan hamba tertekan..!!!

September 13, 2011

harapan hatiku,

ingin hidup bahagia.... tetapi mengapa sering saja hati ini di luka.......
wah, nyanyi nampak!

melalut pulak!

tiga syawal yang lalu, berjumpa si dia yang pernah bertittle roomate selama dua tahun sewaktu di uni itu. lepas tu up lagi tittlenya. lantaran mak si dia menganggap aku sebagai anak angkatnya. haha. best! apa taknya, aku selalu makan free di rumah itu, tidur menonggeng di situ, bergurau senda dengan mereka semua dan sudah tentu bersama mak ngah sekali. haha. mak ngah...............
bila ingat kat mak ngah, memang aku nak ketawa lah. pernah dulu mak ngah bergurau senda dengan mesranya, kalau ada anak lelaki-teringin nak keneng-kenengkan dengan aku. haha. mak ngah buat lawak!
aku selalu dapat free pisang gorengnya bila aku pergi mengagah dia di warung pisang gorengnya. best dapat agah mak ngah sebab dia melatah. hikhikhik.. free, free jugak. tapi kadang-kadang malu sih. hulur la juga barang seringgit dua. asyik nak makan free je, apahal kau?!
oh, sungguh seronok waktu saya menuntut ilmu diperantauan dahulu.
rindu.....
 ira dan izzah.

aku geram dengan izzah ni sejak aku tengok dia masa dia berapa bulan entah. dah la tegang dan gebu. matanya, ya Allah. bulat dan besar. ni genetik ira la ni. kalau aku ada anak nanti, mesti mata anak aku kecik kan? huhu. nak bagi mata anak besar macam mana ye? haruskah mencerlung setiap masa?

nonsense la mira ooiii.

semalam dah habis qada' puasa. sekarang sedang menunaikan puasa sunat syawal pula. tak sabar mahu beraya. hehe. eh, tiba-tiba isi entri ni tak berkait dengan yang di atas, apatah lagi dengan foto tu. haish, apa-apa je lah. ni mesti gara-gara jerawat besar yang duduk menumpang kat dahi aku nih. huh, what-ever!

izzah,
doakan aunty mira cepat-cepat dapat baby erk?

September 12, 2011

eGTukar

alhamdulillah, beberapa minit lalu, telah berjaya memaksakan diri duduk di depan segiempat, mengisi borang pertukaran. tapi, begitulah. siap isi cuma ada benda yang kurang. hati.

hehe. isi je lah walaupun separuh hati. bukan apa, terlintas di benak, "alaaa mira, confirm tak dapat nya..".

apa-apa je lah. malas nak fikir!

September 9, 2011

perlu ke haaa??

ish, apa nak jadi? malas serba serbi. makan pun malas. nasib baik puasa. boleh lah bagi alasan makan alar kadar waktu berbuka. tadi, timbang. hehe. turun lagi kosongpoinlima kilo. sengeh lebor. haha.

adeesshh, kawan ada bertanya. "dah isi eG-tukar?" saya jawab, "belum". terkejut dia. "kenapa belum? ko tak nak apply tukar ke?". haha. saya balas, "eh, of course la nak. cuma malas sangat-sangat. buka web dia pun tak". haha. memang tahap melampau kan, saya ni?

saya tak tahu lah apa tak kena dengan diri saya ni. malas-malas-malas. sekarang ni pun dah pukul 9.15 malam. dah berbuka dengan minum air je tadi. makan pun belum ni. padahal dah siap masak ikan tenggiri masak merah dan sayur goreng. haaiiisshhh! virus ape ntah sedang menyerang...?

p/s:
eG-tukar, nak kena isi ke erk..???

September 8, 2011

dah datang dah...

rasa dan perasaan itu mula menghadirkan diri. biasanya akan ada dua jiwa yang berbeza tapi dengan satu keinginan yang sama. apa-apapun saya harus, wajib, kena bergembira dan kena sentiasa make sure im in good mood always and happy always. mira, sila ceria..!!!


....petang semalam ada orang lelaki mengetuk pintu rumah saya. saya? diam tidak berkutik di dalam rumah.
takut! boleh?


p/s:
harus habiskan masa dengan game angry bird ke erk?

September 7, 2011

selamat hari raya,

maaf zahir dan batin kepada pembaca di sini dan sesiapa yang mengenali diri ini secara langsung atau tidak langsung. bagaimana dengan sambutan hari raya anda semua? harap meriah di samping tidak lupa memanjatkan kesyukuran pada Ilahi yang telah memberikan kita ruang dan peluang untuk menikmati keindahan syawal setelah berhempas pulas melawan hawa nafsu dan meningkatkan amal ibadat di sepanjang ramadhan. tahniah !

sambutan saya biasa-biasa sahaja. seperti kelaziman tahun-tahun sudah. bersama keluarga sendiri, keluarga mertua dan sanak-saudara. cuma, sedikit terkilan pada tahun ini, kerana hanya dapat berjumpa dengan dua orang sahabat baik sahaja kerana kesuntukan masa, tambahan bersegera pulang ke lubuk sementelah Qaseh perlu membanting tulang empat keratnya seawal ahad. apa-apapun, syukur kerana saya masih diberi keizinan olehNya untuk bersua muka dengan ira dan shikin. sayang kamu tau! agenda sebelum raya, al-kononnya ingin ke negeri cik siti wan kembang-mahu ketemu sama suhada, adda, eila. tidak kesampaian rupanya. insyaAllah, lain kali-jika masih ada umur dan waktu.

kejap.
sebelum entri ini saya noktahkan. nak bertanya,
anda dah korbankan hari anda untuk puasa sunat syawal?

saya begitu cemburu dengan Qaseh kerana dia telah beraya enam hari ini. arghh!! tidak aci..!!
saya, insyaAllah-hari ini adalah puasa ganti yang ke-lima. puasa sunat syawal saya sudah tiga hari. kenapa begitu ya? mari sini saya jelaskan. semasa saya menadah kitab (saya ni asyik lupa nama kitab-alasan: banyak sangat kitablah!) dengan ustaz ismail bin aman, tertulis dalam kitab tersebut bahawa puasa ganti hanya boleh digabung dengan puasa sunat syawal dalam tempoh enam hari pertama itu sahaja, tidak termasuk hari raya pertama. bermaksud kita boleh menggantikan dan berpuasa sunat syawal sekaligus bermula hari raya kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam, ketujuh. jika anda telah meninggalkan puasa ramadhan sebanyak lapan hari dan anda tidak mahu memulakan qada' puasa anda dalam tempoh yang disebutkan tadi, maka kalau anda hendak berpuasa sunat syawal juga, jumlahnya adalah bersamaan empatbelas hari dan tidak boleh digabung dan wajib buat yang qada' dahulu sehingga selesai barulah disambung dengan yang sunat!

dalam kes saya ni, saya ada masalah kesihatan. haha. saya telah menggabungkan puasa saya pada hari raya ketiga, keempat dan ketujuh. saya telah meninggalkan puasa ramadhan sebanyak sembilan hari. maka saya perlu berpuasa (qada' ramadhan dahulu) selama enam hari. selepas selesai qada' nanti, barulah saya boleh sambung puasa sunat syawal saya yang berbaki tiga hari lagi. harap saya diberi kekuatan dan kesihatan yang baik.
tapi ada orang tidak dapat menerima pandangan saya ini. tidak mengapa, saya tidak marah. saya hanya sampaikan dan praktikkan apa yang saya belajar. hanya bertujuan untuk berkongsi. jika ada yang tidak dapat menerima, tidak apa-apa. saya tidak rugi pun. so, jika ada yang tetap tidak berpuas hati, pergilah tanya mana-mana ustaz dan alim ulama' dan perbetulkan saya, supaya bolehlah saya perbetulkan ustaz saya-jika apa yang anda katakan itu betul.

sekian, wassalam.



p/s:
kadang-kadang, malas nak update apa-apa kat laman sosial tu.
ada je yang tak kena.
haish!!
nak kena tutup akaun jugak satu hari nanti. 

August 27, 2011

t a u b a t a n n a s u h a

ya Allah
jauhkanlah aku dari siksaan api neraka

ya Allah
aku tidak luput dari dosa
aku tidak luput dari kemaksiatan

ya Allah
hanya kepadaMu lah aku memohon pertolongan
jauhkanlah aku dari siksaan api nerakaMu

ya Allah
ampunkanlah dosa-dosaku
jangan Engkau menghizab aku
menyeksa aku dalam nerakaMu

ya Allah
ampunilah dosa-dosaku
dosa suamiku
dosa orang tuaku
dosa mertuaku
dosa sanak saudaraku

ya Allah
pertemukanlah aku dengan suamiku
dengan orang tua ku
di dalam syurgaMu

ya Allah
janganlah Engkau jadikan aku penyeksa
kepada suamiku dan kepada orang tuaku

ya Allah
terima kasih ya Allah
di atas nikmat yang telah Engkau limpahkan
kepadaku

ya Allah
Jauhkanlah aku dari siksa api nerakamu……

August 26, 2011

masin mulut ?

entri ni agak panjang. maka, sila dengarkan video di atas ini. chill.


tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. tidak tahu apakah rasa yang sedang bersarang sekarang ini?

tarik nafas, hembus!! dalam-dalam.

flashback...

dua tahun lepas, aku, ibu dan dua adikku ke bandar (waktu itu adalah di kampung) untuk membeli barang. seperti biasa, ada jalan shortcut untuk ke bandar. jalan tersebut kecil dan berliku-liku. lembu dan b**i pun ada juga melintas, kadang-kadang. maka, tak perlu lah nak tergopoh gapah bawa kenderaan dengan laju membabi buta, padah kan nanti.

sedang elok kami semua bersembang dalam perjalanan, tiba-tiba ada sebuah kereta duk mencucuk-cucuk aku dari belakang. aku buat derk je. takkan lah driver tu buta, tak nampak ke jalan kona situ, kona sini, siap ada kona baring. gila kau laju-laju! tak semena-mena lepas tu, dia potong kereta aku. rapat pula tu. oh, aku pun ada nafsu amarah gak walaupun aku tahu tak baik marah-marah! eh, tolonglah! dan kerana bengang dan sakit hati, terpacul dari mulut aku, "eh dia ni, gila ke ape? tak nampak ke jalan teruk? dah lah sempit. nak potong orang sangat tu, duk himpit ke kereta orang pulak!". lepas tu ibu aku menyampuk, "entah, ni lah manusia tak reti bahasa". aku sambung lagi, "nok gi mana ntah dia tu, kecoh semacam, ni jalan kampung, bukan highway. accident kan baru tau. baru tau langit tinggi rendah". masa aku duk membebel-bebel tu, kelibat kereta tu dah sayup dari pandangan.

sampai di simpang tiga berhampiran bukit bauk. "eh, ada. ingat dah sampai mana dah, yang laju sangat tadi tu", kata ku bila tengok kereta tadi tu tercongok kat depan simpang. kiranya dia di depan aku lah. aku pun dah sampai ke jalan besar.

aku tengok dia memotong. aku dah berdebar, sebab ada kereta dari arah bertentangan. "dia ni tak nampak ke kereta datang dari depan tu?" bisik aku bila tengok dia laju entah apa-apa, mungkin dia berfikir sempat nak memotong. tiba-tiba, duummm!!! terbeliak aku, di depan mata kereta tadi tu dirempuh, berpusing, tayar pecah, cermin pecah, terseret. "Allah!".

aku dah ketar. hanya ke tepi. terasa cabul mulutku sebentar tadi. agak beberapa hari juga barulah aku ok.

tamat cerita itu. sekarang cerita hari ini, baru je berlaku tadi.

aku kena mengawas bilik satu untuk peperiksaan percubaan pmr pendidikan seni visual dua. masa aku masuk, aku memang terkejut. ada dua orang pelajar lelaki tidur, kertas lukisan bersih, tanpa apa-apa lukisan. kecewa rasa. konon-konon subjek seni, mereka hanya buat tidak endah sahaja. pelajar melayu pula tu. dalam tujuh orang pelajar lelaki lagi hanya bersembang, dan lukisan itu amatlah menyakitkan mata dan hati. aku pujuk suruh mereka buat. warna elok-elok. tapi....................

kemudian masuk dua orang pelajar lelaki. katanya dari tandas. tapi aku tak percaya. kalau dia kata dia dari tandas, baru lepas merokok, itu aku percaya. nampak sangat muka tak puasa. yang seorang tu (IZ) langsung tak buat apa-apa. aku suruh dia buat. dia duduk menganjing kat aku. dia ambil kertas orang lain, dia tunjuk cara dia mewarna alkononnya dia lah yang buat lukisan tu. bagi aku memang kurang ajar la budak IZ tu. lepas beberapa minit, ada seorang pelajar (AS) datang menghantar lukisan yang hampir sama dengannya tadi. aku tanya, lukisan itu siapa punyer. katanya, si IZ punya dan dia hanya tolong hantar. kirim salam la budak wei, macamlah aku ni buta. si IZ tu terkial-kial, mengacau orang tu, mengacau orang ni, ada pulak masa dia buat lukisan tu? dasar pembohong! aku bangun, pergi ke meja budak perempuan di belakang. aku tanya, siapa yang lukis tadi? si PSS tu cakap, si AS. dah, terbukti. siap lah engkau! aku repot kat cikgu MJ.

kemudian, aku terdengar mereka berbisik-bisik. aku terdengar mereka menyebut mcDonalds. aku tanya apa dia dengan mcD. kata salah seorang dari mereka, "nak pergi mcD selepas sekolah lah cikgu". terkejut aku. "apa?? mcD?? ko tak puasa ke hari ni?". sampuk pelajar itu lagi, "alaaaa cikgu, penat lah. lapar. lagipun saya tak sahur. so, saya tak puasalah". aku tegur lagi, "eh, korang tau tak puasa tu WAJIB! bukan sesuka hati korang nak berpuasa atau tak! berdosa, tau tak???!!!" suara aku dah meninggi dah masa tu. geram. lepas tu dia jawab lagi, "alaaa, tak apalah cikgu...". aku diam je lah. kalau anak aku, memang aku dah lempang, bantai teruk-teruk! ini anak orang. penat. tak larat nak cakap banyak-banyak dengan mereka semua ni. haisssh, umur dah lebih limabelas tahun, dah berbulu, dah boleh menikah, tapi............

lepas tu, aku turun ke ofis sekejap. lepas tu, cepat-cepat naik. aku menyelinap di belakang kelas, sengaja nak menskodeng apa diorang buat. tapi, budak-budak tu, dah siap dengan beg masing-masing dan duduk menyorok kat depan pintu kelas. haih, walaupun aku bermata empat, tapi aku belum buta lah. bila aku masuk ke kelas, diorang lari menyorok ke belakang. aku suruh masuk, tapi mereka buat donno je. adus, sakit sungguh hati aku. dari tadi mereka duk mempersendakan aku. dan kerana amarah, terkeluar dari mulut, "eh, korang nak balik kan? haaaa, pergilah balik! pergi balik! untung-untung accident tengah jalan, kalau mati lagi bagus". aku memang sakit hati sangat-sangat. lepas tu diorang duk bermain kejar-kejar kat koridor lah pulak. memang aku berasap la. pelajar-pelajar yang dari bilik lain tak usah cakaplah. ada yang dah balik. ada yang merayap. macam-macam gelagat dengan keadaan yang amat bising! argghhh, memang serabut la keadaan hari ni. tak suka!!!

sebelum aku keluar, aku minta saki baki pelajar yang ada di dalam kelas untuk membersihkan kelas, menyusun kembali kedudukan kerusi dan meja seperti asal dan memastikan tiada sebarang sampah di dalam kelas. selepas selesai, aku keluar bersidai di koridor, melihat gelagat mereka yang masih mentah dalam meniti arus kehidupan. tiba-tiba di sebelah kiri aku ada suara memekak, rupanya diorang menyepak pencilcase siapa entah. aku suruh mereka ambil, simpan, tapi seperti biasa, mereka makin naik minyak. ah lantak koranglah! aku pun blah, terus ke bilik guru.

balik, selepas memberikan sedikit buah tangan kepada jiran, aku nak baring, berehat, penat sangat-telefon berdering. kawan sekerja menghubungi aku. katanya, IZ accident dan siap berjahit di klinik. aku terus senyap. kelu. bisu. ya Allah, aku langsung tiada niat tadi. hanya berkata sedemikian kerana ingin menakut-nakutkan mereka dan moga bila mereka mendengar ugutan/sumpahan aku itu, mereka akan kembali duduk di dalam kelas. aku hairan. kenapa mereka tidak boleh duduk di dalam kelas? sedangkan sewaktu mereka ada di dalam kelas tadi, aku tak ada pun marah atau maki hamun mereka. bagi aku, adalah baik jika mereka duduk di dalam kelas walaupun tidak berbuat apa-apa atau sekadar buat bising dan bersembang daripada mereka berlegar-legar dan merayau keluar kelas tanpa apa-apa tujuan. tapi, ugutan/sumpahan aku itu mereka ambil sekadar angin lalu sahaja. memang aku terdiam, tidak terkata apa-apa. dalam kepala aku, bagaimanalah dengan IZ tu? harap dia tak apa-apa dan moga dia mendapat kesedaran supaya tidak memperlekehkan mana-mana guru lagi selepas ini. dan daripada sumber rakan aku itu, katanya geng-geng IZ datang semula ke sekolah beramai-ramai mencari aku. sebab? IZ suruh mereka datang berjumpa dengan aku. untuk apa? minta maaf katanya. tidaklah aku tahu sejauh mana kebenarannya. susah nak percaya cakap budak-budak ni.

apa-apa pun semoga Allah memberikan kesedaran kepada IZ dan rakan-rakannya. ketahuilah dan sedarlah kata-kata guru itu ada berkatnya. sebab itu adanya perkataan tulah. sejauh mana untuk mempercayainya, wallahu`alam.

dan segala yang berlaku itu ada qada' dan qadarnya. perancangan manusia itu hebat, tapi perancangan Allah itu lagi hebat, maha hebat!

terima kasih kerana masih sudi membaca di sini. semoga kita semua mendapat manfaat dan semoga Allah sentiasa memberikan kita kekuatan untuk terus berbuat kebaikan meninggalkan kejahatan. insyaAllah.

p/s:
asyikkan lagu erti fatihah di atas? moga kita sentiasa menjadikan al-fatihah, penghulu segala surah- amalan dalam kehidupan kita kerana al-fatihah itu sangat banyak mukjizatnya. ingat! dalam solat, al-fatihah itu haruslah betul tajwidnya, jika tidak solat tidak sah (kerana al-fatihah adalah rukun solat), bukan saya yang kata ya, saya hanya menyampaikan apa yang saya belajar dan itu adalah tertulis dalam kitab sirus salikin oleh sheikh abdul somad palembani. wallahu`alam.

August 25, 2011

frustrated

haissshhh.

aigoooo....

semalam bangun seawal empat pagi. telah diniatkan dalam hati seperti malam-malam sebelumnya, sebelum terlelapnya mata untuk mengambil ruang dan peluang di saat sepuluh terakhir ramadhan ini. tapi, apa yang berlaku sebaliknya. darah! arrggghhh!! memang la empat hari pertama aku tidak berpuasa, tapi aku amat mengharapkan agar cukuplah empat hari itu. berdoa supaya sepuluh terakhir dapat aku gunakan sebaiknya dengan solat sunat terawih, taubat, hajat, tahajjud, witir, tilawah, istigfar... dan terselit lah juga harapan untuk membesarkan perut selama sembilan purnama. namun, janjiNYA tidak begitu. akhirnya seawal empat pagi itu, hanya mampu berzikir dan beristigfar dengan linangan airmata. kecewa, memang kecewa. terasa hati, memang terasa hati. marah, memang marah. tapi pada siapa? sesungguhnya, inilah ujian ramadhan buatku tahun ini.

oh, sila sabar !!!

jap, sebelum aku mengakhiri entri ni, di bawah ini ada satu keratan akhbar yang kesnya sama dengan kes aku yang dimasukkan ke hospital selama seminggu dan keadaan aku lemah dalam masa sebulan, dan perlahan-lahan baik dalam masa dua bulan. aku suka kalau klinik doktor K tu kena saman. dan aku harap, orang lain tidak menjadi mangsa doktor K lagi. petikan ini berkait dengan entri aku sebelum ini yang bertajuk semuanya hypo.
alhamdulillah, kertas peperiksaan semuanya selamat, selesai bertanda, markah pun dah direkod, cuma tinggal untuk berdiskusi dengan pelajar sahaja. makanya, bolehlah aku beraya dengan aman !!! dan tidak lupa, bekal novel mesti ada dalam beg sekurang-kurangnya tiga buah. yihaa!!

makanya,
kepada semua yang membaca di sini, ku ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri. semoga amalan kita di bulan ramadhan diterima dan mendapat keberkatan dari Allah SWT dan semoga dosa-dosa kita diampunkanNYA. insyaAllah. maaf, zahir dan batin.

wassalamu`alaikum.

August 20, 2011

Ujian yang datang itu ada kalanya saling bertindihan dengan yang lain. Usah melihat seseorang itu dengan kehebatannya tetapi nilailah dia dari kesabarannya. Hanya kesabaran dapat menembusi benteng yang menghadang. Tanpa kesabaran, ujian akan dianggap seperti satu bebanan. Redhalah dengan kehadiran ujian, tanpa ujian mana mungkin seseorang insan itu akan mendapat limpahan rahmat daripadaNYA. Tanpa ujian, siapalah diri kita sebenarnya.

August 15, 2011

“Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama TuhanMU Yang Maha Agung”.
(surah al-waqiah:96)

August 13, 2011

tazqirah (iv)

yang di kanan itu mencatit kebaikan iaitu RAQID
yang di kiri itu mencatit keburukan iaitu A'TID
.
.
jangan sampai kita meninggal sebelum sempat kita bertaubat.
.
.
menarik, dalam satu kuliah. satu soalan dari penonton. adakah taubat kita akan diterima semasa/selepas kita menunaikan solat sunat taubat atau sudah diterima apabila telah terdetik di hati kita bertaubat atas kesalahan lampau?
.
.
ada syarat taubat...
1. menyesal
2. berubah
3. berjanji tidak mengulanginya lagi
*kalau berdosa dengan orang lain, kena minta maaf dulu sebelum diampunkan Allah.

perumpamaan;
kalau baju bersih-boleh terus bawa masuk-simpan dalam almari, tapi kalau baju itu kotor perlu dicuci dulu barulah boleh disimpan dalam almari...
.
.
ya Rabb, pantaskah aku menghuni syurgaMu?
.
.
astargfirullahal-a'zim.
lailahaillaantasubhanakainnikuntuminazzolimin.
.
.
ya Allah
ku akui dosaku
dosa mataku
dosa mulutku
dosa anggota tubuh badanku
tak sanggup tubuh ini
merasakan api nerakaMu

ya Allah
matikanlah aku dalam husnul khatimahMu

ya Allah
atas dosa yang aku lakukan
janganlah Engkau bebankan ke atas keluargaku

ya Allah
hanya kepadaMu lah
aku memohon
aku meminta
panjangkanlah umurku
agar aku bisa memperbaiki diriku

ya Allah
sekiranya malaikat maut
bakal menjemputku saat ini
ampunilah dosaku

Ya Allah
selama ini aku lebih banyak
memikirkan kehidupan ku sendiri
mengetepikan Engkau
padahal Engkau tidak pernah meninggalkan aku
di saat aku senang
di saat aku susah

ya Allah
janganlah matikan aku
dalam dosa-dosa ini ya Allah

astargfirullahal-a'zim

ya Allah
ampunilah dosaku
jikalau aku berdosa padaMu
jikalau aku berdosa pada tubuhku
jikalau aku berdosa kepada manusia

ya Allah
mudahkanlah mulut, tangan dan hati
orang-orang yang pernah aku pernah berbuat dosa
untuk memaafkan aku ya Allah

ya Allah
ampunilah aku........................

August 11, 2011

t h e m

insya-Allah, lapanbelasogos nanti mereka semua yang berumur limabelastahun di sekolah ini akan menduduki peperiksaan percubaan PMR. Doaku moga mereka berjaya dan seterusnya membuktikan kecemerlangannya dalam PMR yang akan diduduki selepas aidilfitri nanti.
Di atas ini adalah anak-anakku di sekolah. Anak-anak 3 cemerlang yang selalu mencari sebab dan alasan untuk aku naik angin dan membebel. Pernah aku sangat terasa hati dengan mereka dan kesannya hampir seminggu lebih aku tidak menegur mereka dalam erti kata lain memprotes dan merajuk. Ingatkan ada lah perubahan sikap yang main-main kepada serius sewaktu belajar, tapi hampeh!!! Seperti mencurah air ke daun keladi. Dan akhirnya kerana terlalu penat, aku ambil sikap buat dekkk. Lantak lah. Bukan aku nak ambil PMR. Let bygone be bygone pendek kata. Haha.
Walaupun begitu, kenangan manis bersama mereka tetap tersemat di sudut hati.
.
.
.
Mereka semua ini adalah pelajar 3 gemilang yang telah diambil fotonya ketika mereka menjalani denda kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang aku suruh mereka semua lengkapkan. Degil kan?
Tapi, tengoklah…siap boleh landing dengan sengih sampai ke telinga, dan dengan tanda peacenya.. macam manalah aku tak terubat. Kihkihkih!
apa-apapun aku mendoakan mereka semua dapat menjawab dengan tenang sewaktu percubaan dan PMR sebenar nanti.
.
.
.
Mereka semua ini pula adalah insan-insan yang aku kena polish pemahaman mereka dalam chemistry supaya SPM 2012 nanti gempak! Tinggi harapan aku pada mereka semua dan moga mereka tidak mengecewakan aku nanti.
 Yang aku tak tahan, mereka semua ni asyik-asyik nak buat eksperimen, eksperimen, eksperimen! Adeeei, kalau asyik nak buat eksperimen, syllabus bila nak habis cik kak dan cik abang oooiiii???. Huhu
.
.
.
Ini harapan aku tahun ini dalam peperiksaan SPM. Lima sainskejuruteraan. Adus, sesak rasa nafas bila teringat barang dua tiga pelajar yang lemah dalam chemistry. Mereka ni akan aku asak dengan hebat, harap mereka akan terima tekanan daripada aku dalam membuat ulangkaji nanti.
Bengkel teknik menjawab soalan telah aku kongsikan segala ilmu dengan mereka. Harap mereka semua akan memanfaatkan semuanya dengan baik. Moga airmata aku tidak gugur tahun hadapan apabila keputusan SPM diumumkan nanti. Aku tak nak menangis seperti tahun ni, apabila seorang pelajar aku gagal. Huhu. Cengeng lah!

August 10, 2011

:(

entah kenapa... rasa sayu sangat-sangat. kenapa ya? terlintas di fikiran, aku ni sempat ke habiskan ramadhan tahun ni? kalau tahun ini, aku mampu habiskan ramadhan, bagaimana pula tahun depan?

ya Allah..........

:'(

August 9, 2011

...ramadhan...

alhamdulillah. masih diberi kesempatan, ruang dan peluang oleh Ilahi untuk mengerjakan ibadat puasa dan beribadat pada malamnya. alhamdulillah juga, dirasakan ramadhan tahun ini dapat dimanfaatkan dengan lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum ini walaupun keseorangan. ada hikmah disebalik kesempitan ini. apa orang kata? kesempatan dalam kesempitan.

sekarang menjangkau 11.40 malam. bersiap sedia untuk melelapkan mata bagi menyediakan tubuh yang segar bugar untuk bersahur dan berpuasa disamping aktiviti-aktiviti lain yang insyaAllah mampu mendekatkan diri kepadaNya. moga esok, diri ini masih bernyawa dan mampu mengimarahkan ramadhan. insyaAllah.

kawan-kawan,
sempena ramadhan ini, banyakkan beristifar dan berselawat. kalau ada waktu terluang tu, basahkan bibir anda dengan zikrullah. contohnya, kalau kawan-kawan berjalan kaki ke tempat kerja, mungkin sempat untuk beristifar barang 10 kali atau mungkin lebih. itu kalau satu hari. kalau satu bulan? kalau kawan-kawan buat lebih dari 10? lagi banyak kan? moga ramadhan ini dosa-dosa kita diampunkan. insyaAllah.

maaf di atas kekurangan. hanya mahu berkongsi ilmu...

August 3, 2011

oh no

sudah dua minggu
macam pesakit apa entah
ke mana mana
sepasang mata merah menyala
sampai sekarang
belum baik dan sembuh lagi
 ah, sakit dan pedih !!!

minggu ini
dia kembali
setelah setahun dia menyepi
oh migrain
nyah kau dari otakku

boleh ???

July 17, 2011

bismillahirrahmanirrahim...

sebenarnya sebulan lebih aku tak menjelma di sini. kekangan masa dan kesihatan diri. beberapa entri sebelum ini, memang sedia ada dan telah aku set kan ia supaya auto-published. 

minggu ni adalah minggu keempat aku masih tidak sihat. empat minggu sebelum ini, demam sahaja. namun berlanjutan hingga minggu kedua walaupun pelbagai ubat dan cara aku cuba untuk sembuhkan diri sendiri, tapi Allah maha kuasa. belum masanya aku sembuh. namun, alhamdulillah, aku masih juga dapat menggagahkan diri ke tempat kerja. itu-aku suka. minggu lepas, minggu ketiga. pada awalnya, demam hampir kebah. lega. tiba-tiba hari isnin, demam teruk semula disertai batuk. mandi pagi pun tak boleh lama, menggigil. hanya berjaya gagahkan diri selama tiga hari ke tempat kerja. hari keempat-kecundang, pergi serah diri kat doktor. mc selama dua hari. kali ni memang tak tahan. batuk sampaikan terkencing. dan yang tak tahan, tiap kali batuk, tiap kali itulah juga aku rasa sakit dan senak sangat-sangat di abdomen aku. nak duduk pun serba tak kena. dulu, pernah rasai rasa ini, iaitu semasa rahim jatuh. dapat rehat sedikit pun dengan berbekalkan ubat dari doktor, kerana ubat itu membuatkan aku rasa mengantuk, dan akhirnya tidur. sukan tahunan sekolah pun terpaksa aku mengecualikan diri. aku tak tahu lah bos marah atau tidak. nak buat macam mana, hari berlangsungnya sukan tu, aku hanya tersadai atas katil.

malam tu, Qaseh belikan aku air ECPI. aku minum dalam segelas dua. esoknya aku bertanyakan Qaseh, malam tu, aku kerap batuk lagi ke? Qaseh cakap tak. alhamdulillah. maka, sekarang ni, aku minum air itu lah. rasa sihat sikit tubuh ni walaupun batuk masih ada-tapi kurang sedikit teruknya. al-masalahnya, sekarang aku rasa lemah semula. petang tadi, pun mandi sekejap je, tak sampai dua minit. menggigil teruk. adeeiii. aku dah buntu nak buat apa lagi nak suruh betul-betul sembuh ni.

dan, sudah tentu kekurangan kesihatan ini menyebabkan emosi aku mudah tersentuh. tadi, aku tak tahan sangat! perangai tahun lepas berulang lagi. arghhh!!!!! nangis-nangis-nangis! sudahnya, aku selongkar bakul pakaian kotor. cari baju Qaseh. huhu. tak ada. aku dah basuh semua. memang tak puas hati. airmata je berlinang. takkan nak suruh Qaseh balik KL sedangkan dia baru pergi kerja. akhirnya, jumpa singlet kat baju melayu dia. tak kuat baunya, tapi sekurang-kurangnya ada bau dia. huhu. apakan dayaku, itu sahaja yang aku mampu-untuk memeluknya tidak mungkin kerana dia jauh di sana. dan nampaknya, malam ni singlet itu mesti melekat di hidung aku. huhu.. Qaseh, aku rindu! Qaseh, aku damba pelukanmu!

berwirid di atas sejadah. kotak fikiran aku tidak henti-henti berputar ligat. kemahuan aku, banyak! tapi Allah belum mengizinkannya lagi. antaranya;
1. aku nak duduk bersama Qaseh, selamanya...
2. aku nak pindah dari sini...
3. aku nak sihat seperti orang lain...
4. aku nak zuriat hasil cinta aku dan Qaseh...
.
.
.
dan semuanya itu belum tertulis dalam 'buku'ku. usai wirid, aku faham dan aku harus maklum;
1. ada hikmahnya kami berjauhan-ada cinta dan rindu yang kuat membara...
2. ada hikmahnya aku masih berada di sini-memberi pada yang sudi menerima...
3. ada hikmahnya aku selalu sakit-moga terhapus dosa dan kesabaranku lebih kuat...
4. ada hikmahnya aku belum ada zuriat-mungkin aku belum mampu jadi ibu yang kuat sementelah aku juga selalu tidak sihat...
.
.
.
duhai hati, tenanglah.


sungguh, aku tak mampu untuk tenang setenangnya. aku sedih... sampai bila aku harus menipu diri sendiri???

July 16, 2011

yakinlah wahai hati,
masa akan merawat luka hatimu itu.

June 17, 2011

awan mendung yang berarak akhirnya memuntahkan hujan.
hujan turun bererti hilang sudah segala kedukaannya.
tiba masanya langit akan kembali bercahaya.

June 16, 2011

bab #3

sudah hampir tiga jam dia berbaring di atas tilam empuk itu, namun matanya masih belum terkatup, jasadnya masih belum mati sementara. malam semakin lewat. dan dia semakin resah. mengiring, terlentang, meniarap, semuanya serba tidak kena. alih-alih putaran kipas juga yang menjadi santapan matanya.

kipas terus berputar, perlahan. mindanya menjangkau ke satu episod yang telah lama ditinggalkannya. tanpa sedar, menular satu perasaan, membuatnya hiba. tangis esak yang perlahan awalnya semakin kuat kedengaran. dia akhirnya menggongoi kepiluan. dari zaman kanak-kanaknya, remajanya hinggalah kini dia dewasa, jiwanya semakin lemah. sedaya upaya ingin dilupa semua yang pahit itu, namun siapalah dia mahu melawan percaturan Tuhan.

dalam secubit kewarasan yang ada itu, dia merintih dalam tangisan...

aku tak fahamlah dengan manusia ni. bukan siapa-siapapun, darah daging sendiri. aku tak faham. kenapa dia harus bersusah hati bila termimpikan aku terkujur berbalut kain putih, bukankah dia, dulu setiap masa, setiap hari, marahkan aku, seranahkan aku ni sial, disuruh aku mati cepat, mati dilanggar lori lagi bagus. tapi sekarang, dia menangis, bersusah hati. pelik, sungguh aku pelik. kenapa dia tak suruh Allah ambil nyawa aku sewaktu aku nazak tempohari?

dia, meraung lagi sekuat hati, namun raungan itu tersekat kerana suaranya tiada, hanya terzahir di sudut yang amat dalam. dalam tangisan yang kian memuncak, akhirnya dia tertewas jua. dan malam itu kian larut bersama airmata dan mimpi kenangannya yang melukakan.

dengkuran halus yang tersekat-sekat menghiasi pekatnya malam pada malam itu......