ingin hidup bahagia.... tetapi mengapa sering saja hati ini di luka.......
wah, nyanyi nampak!
melalut pulak!
tiga syawal yang lalu, berjumpa si dia yang pernah bertittle roomate selama dua tahun sewaktu di uni itu. lepas tu up lagi tittlenya. lantaran mak si dia menganggap aku sebagai anak angkatnya. haha. best! apa taknya, aku selalu makan free di rumah itu, tidur menonggeng di situ, bergurau senda dengan mereka semua dan sudah tentu bersama mak ngah sekali. haha. mak ngah...............
bila ingat kat mak ngah, memang aku nak ketawa lah. pernah dulu mak ngah bergurau senda dengan mesranya, kalau ada anak lelaki-teringin nak keneng-kenengkan dengan aku. haha. mak ngah buat lawak!
aku selalu dapat free pisang gorengnya bila aku pergi mengagah dia di warung pisang gorengnya. best dapat agah mak ngah sebab dia melatah. hikhikhik.. free, free jugak. tapi kadang-kadang malu sih. hulur la juga barang seringgit dua. asyik nak makan free je, apahal kau?!
oh, sungguh seronok waktu saya menuntut ilmu diperantauan dahulu.
rindu.....
ira dan izzah.
aku geram dengan izzah ni sejak aku tengok dia masa dia berapa bulan entah. dah la tegang dan gebu. matanya, ya Allah. bulat dan besar. ni genetik ira la ni. kalau aku ada anak nanti, mesti mata anak aku kecik kan? huhu. nak bagi mata anak besar macam mana ye? haruskah mencerlung setiap masa?
nonsense la mira ooiii.
semalam dah habis qada' puasa. sekarang sedang menunaikan puasa sunat syawal pula. tak sabar mahu beraya. hehe. eh, tiba-tiba isi entri ni tak berkait dengan yang di atas, apatah lagi dengan foto tu. haish, apa-apa je lah. ni mesti gara-gara jerawat besar yang duduk menumpang kat dahi aku nih. huh, what-ever!
izzah,
doakan aunty mira cepat-cepat dapat baby erk?
No comments:
Post a Comment