Showing posts with label love song. Show all posts
Showing posts with label love song. Show all posts

February 24, 2012

dear me,

happy birthday.

January 20, 2012

terima kasih

dear makwekintan,

sungguh saya segan. kerana saya tidak sehebat fauziah ashari atau a.samad said apatah lagi seperti blogger lain yang hot.

apa-apa pun saya ucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa menatap tinta saya.

terima kasih.

October 10, 2011

somewhere over the rainbow

sedang gigih berusaha untuk menjadikan satu keinginan sebagai realiti.

September 13, 2011

harapan hatiku,

ingin hidup bahagia.... tetapi mengapa sering saja hati ini di luka.......
wah, nyanyi nampak!

melalut pulak!

tiga syawal yang lalu, berjumpa si dia yang pernah bertittle roomate selama dua tahun sewaktu di uni itu. lepas tu up lagi tittlenya. lantaran mak si dia menganggap aku sebagai anak angkatnya. haha. best! apa taknya, aku selalu makan free di rumah itu, tidur menonggeng di situ, bergurau senda dengan mereka semua dan sudah tentu bersama mak ngah sekali. haha. mak ngah...............
bila ingat kat mak ngah, memang aku nak ketawa lah. pernah dulu mak ngah bergurau senda dengan mesranya, kalau ada anak lelaki-teringin nak keneng-kenengkan dengan aku. haha. mak ngah buat lawak!
aku selalu dapat free pisang gorengnya bila aku pergi mengagah dia di warung pisang gorengnya. best dapat agah mak ngah sebab dia melatah. hikhikhik.. free, free jugak. tapi kadang-kadang malu sih. hulur la juga barang seringgit dua. asyik nak makan free je, apahal kau?!
oh, sungguh seronok waktu saya menuntut ilmu diperantauan dahulu.
rindu.....
 ira dan izzah.

aku geram dengan izzah ni sejak aku tengok dia masa dia berapa bulan entah. dah la tegang dan gebu. matanya, ya Allah. bulat dan besar. ni genetik ira la ni. kalau aku ada anak nanti, mesti mata anak aku kecik kan? huhu. nak bagi mata anak besar macam mana ye? haruskah mencerlung setiap masa?

nonsense la mira ooiii.

semalam dah habis qada' puasa. sekarang sedang menunaikan puasa sunat syawal pula. tak sabar mahu beraya. hehe. eh, tiba-tiba isi entri ni tak berkait dengan yang di atas, apatah lagi dengan foto tu. haish, apa-apa je lah. ni mesti gara-gara jerawat besar yang duduk menumpang kat dahi aku nih. huh, what-ever!

izzah,
doakan aunty mira cepat-cepat dapat baby erk?

September 9, 2011

perlu ke haaa??

ish, apa nak jadi? malas serba serbi. makan pun malas. nasib baik puasa. boleh lah bagi alasan makan alar kadar waktu berbuka. tadi, timbang. hehe. turun lagi kosongpoinlima kilo. sengeh lebor. haha.

adeesshh, kawan ada bertanya. "dah isi eG-tukar?" saya jawab, "belum". terkejut dia. "kenapa belum? ko tak nak apply tukar ke?". haha. saya balas, "eh, of course la nak. cuma malas sangat-sangat. buka web dia pun tak". haha. memang tahap melampau kan, saya ni?

saya tak tahu lah apa tak kena dengan diri saya ni. malas-malas-malas. sekarang ni pun dah pukul 9.15 malam. dah berbuka dengan minum air je tadi. makan pun belum ni. padahal dah siap masak ikan tenggiri masak merah dan sayur goreng. haaiiisshhh! virus ape ntah sedang menyerang...?

p/s:
eG-tukar, nak kena isi ke erk..???

September 8, 2011

dah datang dah...

rasa dan perasaan itu mula menghadirkan diri. biasanya akan ada dua jiwa yang berbeza tapi dengan satu keinginan yang sama. apa-apapun saya harus, wajib, kena bergembira dan kena sentiasa make sure im in good mood always and happy always. mira, sila ceria..!!!


....petang semalam ada orang lelaki mengetuk pintu rumah saya. saya? diam tidak berkutik di dalam rumah.
takut! boleh?


p/s:
harus habiskan masa dengan game angry bird ke erk?

September 7, 2011

selamat hari raya,

maaf zahir dan batin kepada pembaca di sini dan sesiapa yang mengenali diri ini secara langsung atau tidak langsung. bagaimana dengan sambutan hari raya anda semua? harap meriah di samping tidak lupa memanjatkan kesyukuran pada Ilahi yang telah memberikan kita ruang dan peluang untuk menikmati keindahan syawal setelah berhempas pulas melawan hawa nafsu dan meningkatkan amal ibadat di sepanjang ramadhan. tahniah !

sambutan saya biasa-biasa sahaja. seperti kelaziman tahun-tahun sudah. bersama keluarga sendiri, keluarga mertua dan sanak-saudara. cuma, sedikit terkilan pada tahun ini, kerana hanya dapat berjumpa dengan dua orang sahabat baik sahaja kerana kesuntukan masa, tambahan bersegera pulang ke lubuk sementelah Qaseh perlu membanting tulang empat keratnya seawal ahad. apa-apapun, syukur kerana saya masih diberi keizinan olehNya untuk bersua muka dengan ira dan shikin. sayang kamu tau! agenda sebelum raya, al-kononnya ingin ke negeri cik siti wan kembang-mahu ketemu sama suhada, adda, eila. tidak kesampaian rupanya. insyaAllah, lain kali-jika masih ada umur dan waktu.

kejap.
sebelum entri ini saya noktahkan. nak bertanya,
anda dah korbankan hari anda untuk puasa sunat syawal?

saya begitu cemburu dengan Qaseh kerana dia telah beraya enam hari ini. arghh!! tidak aci..!!
saya, insyaAllah-hari ini adalah puasa ganti yang ke-lima. puasa sunat syawal saya sudah tiga hari. kenapa begitu ya? mari sini saya jelaskan. semasa saya menadah kitab (saya ni asyik lupa nama kitab-alasan: banyak sangat kitablah!) dengan ustaz ismail bin aman, tertulis dalam kitab tersebut bahawa puasa ganti hanya boleh digabung dengan puasa sunat syawal dalam tempoh enam hari pertama itu sahaja, tidak termasuk hari raya pertama. bermaksud kita boleh menggantikan dan berpuasa sunat syawal sekaligus bermula hari raya kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam, ketujuh. jika anda telah meninggalkan puasa ramadhan sebanyak lapan hari dan anda tidak mahu memulakan qada' puasa anda dalam tempoh yang disebutkan tadi, maka kalau anda hendak berpuasa sunat syawal juga, jumlahnya adalah bersamaan empatbelas hari dan tidak boleh digabung dan wajib buat yang qada' dahulu sehingga selesai barulah disambung dengan yang sunat!

dalam kes saya ni, saya ada masalah kesihatan. haha. saya telah menggabungkan puasa saya pada hari raya ketiga, keempat dan ketujuh. saya telah meninggalkan puasa ramadhan sebanyak sembilan hari. maka saya perlu berpuasa (qada' ramadhan dahulu) selama enam hari. selepas selesai qada' nanti, barulah saya boleh sambung puasa sunat syawal saya yang berbaki tiga hari lagi. harap saya diberi kekuatan dan kesihatan yang baik.
tapi ada orang tidak dapat menerima pandangan saya ini. tidak mengapa, saya tidak marah. saya hanya sampaikan dan praktikkan apa yang saya belajar. hanya bertujuan untuk berkongsi. jika ada yang tidak dapat menerima, tidak apa-apa. saya tidak rugi pun. so, jika ada yang tetap tidak berpuas hati, pergilah tanya mana-mana ustaz dan alim ulama' dan perbetulkan saya, supaya bolehlah saya perbetulkan ustaz saya-jika apa yang anda katakan itu betul.

sekian, wassalam.



p/s:
kadang-kadang, malas nak update apa-apa kat laman sosial tu.
ada je yang tak kena.
haish!!
nak kena tutup akaun jugak satu hari nanti. 

August 25, 2011

frustrated

haissshhh.

aigoooo....

semalam bangun seawal empat pagi. telah diniatkan dalam hati seperti malam-malam sebelumnya, sebelum terlelapnya mata untuk mengambil ruang dan peluang di saat sepuluh terakhir ramadhan ini. tapi, apa yang berlaku sebaliknya. darah! arrggghhh!! memang la empat hari pertama aku tidak berpuasa, tapi aku amat mengharapkan agar cukuplah empat hari itu. berdoa supaya sepuluh terakhir dapat aku gunakan sebaiknya dengan solat sunat terawih, taubat, hajat, tahajjud, witir, tilawah, istigfar... dan terselit lah juga harapan untuk membesarkan perut selama sembilan purnama. namun, janjiNYA tidak begitu. akhirnya seawal empat pagi itu, hanya mampu berzikir dan beristigfar dengan linangan airmata. kecewa, memang kecewa. terasa hati, memang terasa hati. marah, memang marah. tapi pada siapa? sesungguhnya, inilah ujian ramadhan buatku tahun ini.

oh, sila sabar !!!

jap, sebelum aku mengakhiri entri ni, di bawah ini ada satu keratan akhbar yang kesnya sama dengan kes aku yang dimasukkan ke hospital selama seminggu dan keadaan aku lemah dalam masa sebulan, dan perlahan-lahan baik dalam masa dua bulan. aku suka kalau klinik doktor K tu kena saman. dan aku harap, orang lain tidak menjadi mangsa doktor K lagi. petikan ini berkait dengan entri aku sebelum ini yang bertajuk semuanya hypo.
alhamdulillah, kertas peperiksaan semuanya selamat, selesai bertanda, markah pun dah direkod, cuma tinggal untuk berdiskusi dengan pelajar sahaja. makanya, bolehlah aku beraya dengan aman !!! dan tidak lupa, bekal novel mesti ada dalam beg sekurang-kurangnya tiga buah. yihaa!!

makanya,
kepada semua yang membaca di sini, ku ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri. semoga amalan kita di bulan ramadhan diterima dan mendapat keberkatan dari Allah SWT dan semoga dosa-dosa kita diampunkanNYA. insyaAllah. maaf, zahir dan batin.

wassalamu`alaikum.

August 11, 2011

t h e m

insya-Allah, lapanbelasogos nanti mereka semua yang berumur limabelastahun di sekolah ini akan menduduki peperiksaan percubaan PMR. Doaku moga mereka berjaya dan seterusnya membuktikan kecemerlangannya dalam PMR yang akan diduduki selepas aidilfitri nanti.
Di atas ini adalah anak-anakku di sekolah. Anak-anak 3 cemerlang yang selalu mencari sebab dan alasan untuk aku naik angin dan membebel. Pernah aku sangat terasa hati dengan mereka dan kesannya hampir seminggu lebih aku tidak menegur mereka dalam erti kata lain memprotes dan merajuk. Ingatkan ada lah perubahan sikap yang main-main kepada serius sewaktu belajar, tapi hampeh!!! Seperti mencurah air ke daun keladi. Dan akhirnya kerana terlalu penat, aku ambil sikap buat dekkk. Lantak lah. Bukan aku nak ambil PMR. Let bygone be bygone pendek kata. Haha.
Walaupun begitu, kenangan manis bersama mereka tetap tersemat di sudut hati.
.
.
.
Mereka semua ini adalah pelajar 3 gemilang yang telah diambil fotonya ketika mereka menjalani denda kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang aku suruh mereka semua lengkapkan. Degil kan?
Tapi, tengoklah…siap boleh landing dengan sengih sampai ke telinga, dan dengan tanda peacenya.. macam manalah aku tak terubat. Kihkihkih!
apa-apapun aku mendoakan mereka semua dapat menjawab dengan tenang sewaktu percubaan dan PMR sebenar nanti.
.
.
.
Mereka semua ini pula adalah insan-insan yang aku kena polish pemahaman mereka dalam chemistry supaya SPM 2012 nanti gempak! Tinggi harapan aku pada mereka semua dan moga mereka tidak mengecewakan aku nanti.
 Yang aku tak tahan, mereka semua ni asyik-asyik nak buat eksperimen, eksperimen, eksperimen! Adeeei, kalau asyik nak buat eksperimen, syllabus bila nak habis cik kak dan cik abang oooiiii???. Huhu
.
.
.
Ini harapan aku tahun ini dalam peperiksaan SPM. Lima sainskejuruteraan. Adus, sesak rasa nafas bila teringat barang dua tiga pelajar yang lemah dalam chemistry. Mereka ni akan aku asak dengan hebat, harap mereka akan terima tekanan daripada aku dalam membuat ulangkaji nanti.
Bengkel teknik menjawab soalan telah aku kongsikan segala ilmu dengan mereka. Harap mereka semua akan memanfaatkan semuanya dengan baik. Moga airmata aku tidak gugur tahun hadapan apabila keputusan SPM diumumkan nanti. Aku tak nak menangis seperti tahun ni, apabila seorang pelajar aku gagal. Huhu. Cengeng lah!

June 10, 2011

s m i l e - a g a i n

puas.
sungguh dan benar,
puas...
melihat kamu ketawa, tersenyum dan bahagia terpamer jelas pada riak wajah - cukup mendamaikan hati aku yang gundah gulana, duka nestapa. aku merasa puas melihat wajah kamu kembali bercahaya. sudah pasti kamu, kamu, kamu dan kamu tersangat gembira. aku? tidak apa-apa. usah difikir tentang wujudnya aku, usah diserabutkan tentang ketidakkeruan hati aku. yang penting kamu, kamu, kamu dan kamu semua gembira. cukuplah. semua yang berselirat di benak dan di lubuk hati ini, biar aku pendamkan sahaja. cukuplah ia menjadi rahsia aku dan cukuplah Allah yang Mengetahui segala-galanya. niatku hanya satu, aku inginkan kamu, kamu, kamu dan kamu kembali tertawa, kembali bahagia sebelum aku menutup mata.

kehadiran yang dihalusinasikan.

June 9, 2011

rest relax recharge

sudah empat hari aku berada di daerah ini. melarikan perasaan dan jiwa ke tempat yang lebih tenang dan damai sekalipun tidak ke pulau. kesihatan beransur pulih. cuma tidak pasti adakah kuat untuk ke tempat kerja nanti.

aku seronok berada di sini. nak kata hilang semua masalah tu, tak lah. sungguh, aku ni masih berkecil hati. syukur pada Allah kerana Qaseh sedia menemani aku dan sentiasa memberi aku semangat.

pemandangan pantai dan laut dari bilik. alhamdulillah, pagi ini pun masih dapat menghirup udara segar dan melihat kuasa ciptaan Allah. bila tengok pokok-pokok kelapa ni, terlintas di fikiran aku. kental kan dia? walau ribut-monsun sekalipun, akar yang kuat tidak membuatnya roboh. kuat menahan diri dari terbalik. hurm, belajarlah sesuatu dari alam, mira.....
kuat lah.....
sabarlah....
walau apa pun dugaan mendatang.....

esok ada perancangan. aku berharap aku kuat menempuh hari esok, menatap wajah-wajah yang sudah sekelian lama (satu waktu dulu mereka ada dalam hati aku) tidak aku tatapi kerana begitu pilu dan terlukanya hati. hampir setahun jika tiada silap ku. namun, pesan seorang tua itu yang tiba-tiba muncul di hujung katil sewaktu di hospital tempohari telah melembutkan hati aku. pelukan dan ciuman si tua itu membuatkan aku sayu dan terburainya airmataku.

hati ini ku biarkan mengalah walaupun ia kuat mengatakan tidak dan tidak mahu ! aku pujuk hati ini, agar berkorban untuk Qaseh - moga aku mampu melihat dia gembira bersama mereka - moga terukir senyum dan terletus ketawa dari dia dan mereka. aku tidak tahu bila ajal akan menjemput aku pulang. lantas, biarkan aku perbuat semuanya sebelum aku menutup mata kelak. aku amat sayang pada Qaseh. dan pernah suatu ketika dan masih jua di saat ini, hati aku ingin menyuarakan satu persoalan, tapi mungkin kerana aku masih mampu menyimpan segala yang terbuku itu dan mungkin belum tiba masanya dan mungkin belum izinNYA. bersabarlah.

ya Allah, permudahkanlah urusan ku esok hari. semua ini adalah baik untuk agamaMu ya Allah...
walaupun hati ku ini amat sakit dan pedih, aku mohon padaMu agar KAU berikanlah aku kekuatan dan semangat, Ya Allah... dan kurniakanlah kesabaran padaku lagi ya Allah... aku mohon padaMu kerana aku hanya hambaMu yang kerdil lagi lemah, sedang Engkau Maha Kuasa atas segalanya....
amin.


cerita semalam......

PUSINGAN PERTAMA
aku:    1. aiskrim roti     2. sizzling yee mee
Qaseh:      1. nasi goreng cakna        2. carrot susu  



haha. mmm....tak cukup. belum kenyang. hihi. tong besar masih mohon di isi.
;)
menunggu order pusingan kedua sampai



PUSINGAN KEDUA
aku:    1. roti bakar     2. mushroom soup
Qaseh:      1. black pepper steak



hehe. finally, mission accomplished ! alhamdulillah, kenyang dengan izinNYA.. 
;P
ok, malam ni turn aku belanja.. hik-hik-hik.
sila bayar !




moga hari-hari ku nanti mampu aku jalani dan langkahi dengan penuh semangat dan kesabaran yang sentiasa membukit. insyaAllah. Dia yang memberi aku ujian dan pada Dialah tempat aku mohon supaya aku lulus semua ujianNya.
terima kasih ya Allah,
di atas segala kasih sayangMu.

May 26, 2011

Imam saya,

Cinta kita tidak ternilai harganya.
Hidup kita hanya sementara sahaja.
Entahkan esok, entahkan lusa, pergilah kita.
Bila kita dengar ada orang yang sayangkan kita,
hati kita akan merasa seronok yang tidak berbelah bagi.
Cinta itu penting buat kita meneruskan hidup ini.
Usah menunggu esok, Qaseh ku!

May 23, 2011

makan-holic

mana mahu mula ya?

sebenarnya tidak dapat melelapkan mata sejak terkejut tidur dalam lebih kurang pukul 4.30 pagi tadi. menemani Qaseh untuk bertolak ke tempat kerja setelah bercuti untuk menemani aku semalam. haha. aku bukan la tak sihat sangat. cuma nak bermanja je. hik-hik-hik. ada berlaku pendarahan je sikit. cengeng je lebih. huhuhu. bukan apa, hari sabtu lepas, hajat nak menggunakan tiket percuma ke pusat sains negara untuk melihat pameran dinasour, tapi terpaksa cancel last minute kerana perlu pergi berubat dengan mak haji. berubat apa? lintah lah. bekam lintah. ini antara salah satu cara aku untuk berikhtiar sebelum pergi menyerah diri sahaja pada doktor dan hospital untuk pembedahan csyt tu. manalah tahu dengan ikhtiar ini, aku tak perlu operet. tidak perlu nak pandang rendah pada ilmu dan kepakaran orang-orang tua. kadang-kadang mereka ini lebih power dari doktor hospital tu. selebihnya aku hanya berserah pada Allah, jika Allah telah menetapkan aku akan sihat, maka sihatlah aku, namun jika tidak, usaha lah lagi kan? siapalah aku untuk berputus asa kan? lagi kan doraemon tu, usaha macam-macam keluarkan apa-apa barang yang dia ada dalam poket ajaibnya untuk menyelamatkan dirinya dan nobita kan? just learn from its spirit !

ok. nak cerita pengalaman bekam lintah tu. lintah tu memang degil sebab dia tak stick on atas perut aku pun. duk bergerak-gerak je atas perut aku. memang aku bertempik la. geli gile !!! tapi lama-lama ok lah. hilang lah geli tu. tempat yang doktor suspect tu, langsung tak diendahkannya. hampir menjangkau dua jam, barulah dia bergerak ke bahagian belakang perut aku (kawasan pinggang atas punggung). masa tu, wah ! - aku berteriak kuat sebab sakit gile masa dia cucuk mulut dia kat kulit aku. pedih-ngilu semua ada. huhu. tapi tahan je lah. nak baik kan? masa dia sedut, tak ada lah rasa sakit, cuma kadang-kadang dia cucuk gigi dia tu, oh, memang nazak lah ! nak menangis rasa. tapi, harus kuat dan kental ! haha. dia mula menggigit aku dalam pukul 2.20 petang macam tu. selesai dalam pukul 3.40 gitu. lama tu. aku dah bosan tapi just feel the perasaan yang indah-indah ! haha. whatever la mira ! mak haji cakap, darah aku keluar dengan lendir. huhu. aku yang bertahan sejam lebih tu, bangun cepat-cepat lepas mak haji bekamkan darah yang berlebihan untuk keluar-terus ke toilet, tak tahan - mahu terkencing gile. padahal aku tak minum apa-apa air masa sebelum buat bekam tu. aku fikir, maybe kesan lintah tu. haa, biar dia keluarkan semua toksik dalam badan. buat apa nak simpan kan, kalau dah toksik mendatangkan bahaya !

usai di rumah mak haji (dari pukul 12 tengahari hingga 4.15 petang lebih kurang),
mak haji bertanya; "mahu ke mana selepas ni?"
aku jawab; "entahlah mak haji, jalan-jalan kot." hehe.
mak haji balas; "best kan dapat gi jalan-jalan. "
aku balas balik; "ye lah mak haji, sementara berdua ni, jalan la sampai puas-puas, nanti kan kalau dah ada anak, lain pula caranya." hehe.

meninggalkan rumah mak haji, aku dan Qaseh ke restoran hadramawt. ini adalah restoran makanan arab. haaaaa, ini baru ada kaitan dengan entry kali ini. mukadimah bukan main panjang lagi. hoho. sebenarnya kan, bulan mei ini adalah bulan menghabiskan duit untuk makanan untuk perut. serius ! aku dan Qaseh jenis psiko dan obses la sikit bab-bab makan ni. haha. dalam bulan ini sahaja dah dua kali aku ke rawsha restaurant (makanan arab), ke tarbush (makanan arab la lebih kurang), intai-intai restoran (dinner) dan lain-lain la. lupa sudah ! dan ke hadramawt tu sebab aku dah memang gile dengan nasi arabnya dan sudah tentunya kambingnya ! wah, psiko yang amat ! di hadramawt, turqish coffee memang sedap gila. aroma, wah ! tak tahu nak cakap macam mana. sebab, bab-bab makanan ni, terlalu subjektif. jadi, cuba sendiri, rasa sendiri, nilaikan sendiri.

cumanya yang tak syoknya, Qaseh. first time dia makan tak habis. pening, tak larat semua bersatu dalam badan dia. haaaaa, sebenarnya, Qaseh pun buat juga bekam lintah tu. tapi Qaseh buat area dahi sebab asyik duk mengadu sakit kepala dan mata kabur. tapi kan, kitorang sememangnya sengaja mencari nahas. ye lah, baru selesai bekam, gi sumbat pulak dengan kambing. tekanan darah tinggi la wei ! kalau tak bekam pun, selalu pening dan macam nak pitam lepas pekena kambing, ni pulak lepas bekam, memang sengaja mengundang bala. haisshh, idea sape la tu? haha. aku tak kira, makan tetap makan ! sakit kemudian kira la. asal perut seronok. hah, gilo ! nasi aku kasi licin pinggan. haha. tapi aku memang tak puas hati turqish coffee tu. mug arab yang kecik gile tu ! tak puas wei, dah lah aku hantu coffee. ah !!!

ok. selesai hari sabtu. ni nak cerita hari ahad pulak. pagi dah breakfast dengan mee goreng special buatan pengasih aku sendiri. lepas tu, kemaruk coffee, dengan tak sedarnya aku bancuh satu jag coffee panas. haha. mentang-mentang dah tak makan biodex, semua makanan dan minuman aku bedal. padahal coffee tu aku tak boleh sentuh pun ! hah, ada aku kesah ? bulan depan la aku pantang semula. lepas pekena coffee tu, dua-dua orang terbungkang. kau - tengok - aku - tengok - kau ! haha. kitorang dah memasuki fasa cafein yang berlebihan. kami mula berpeluh, dada berdegup kencang, lemah macam nak pitam dan sebu rasa badan. hehe. sengih je la. apa-apa pun kesalahan adalah di bahu aku.  ;)

dalam pukul 11 pagi, haaaaa - aku dah mula rasa lapar. aku tak tahu kenapa selera aku makin besar. memang gara-gara ubat adrenal support la aku rasa. dan emosi aku pulak happy memanjang. haha. aku pun pelik, tapi tak boleh nak fikir pelik sebab rasa happy je. bahagia je. doktor bagi aku ubat apa ya? haaaaa..

lepas tu, minta Qaseh pergi kedai, belikan barang-barang nak masak. menu pada hari tu, siakap stim dan tomyam seafood+sayur. dah makan, perut dah besar, selesai solat, layan cd, dan lepas asar tu aku mula merepek lagi.

aku: abang, nak makan apa ya petang atau malam ni?
Qaseh: entah, ikut ayang lah.
aku: macam nak makan spagetti, lasagna. wah sedapnya ! tak pun western..

......potpetpotpet......

Qaseh: jom !
aku: kita keluar lepas magrib ya !
Qaseh: ok, kita ke Four Happy Seasons restaurant !
aku: bereh !

maka, Four Happy Seasons restaurant menjadi destinasi tujuan kami. haha. lawak gile ! sampai je kedai tutup. bussiness off on sunday. ambik kau ! terkebil-kebil. tak tahu nak pergi mengisi perut kat mana, finally Qaseh ajak ke Cheng Ho Restaurant (restoran Amy Search). hopefully ada la western. aku dah tak nak makan nasi. nak diet ! tapi, masa sampai tu, aku dah cuak bila tengok table dan dekorasinya. dalam hati, "ni macam untuk heavy dinner je". duduk, tengok menu - SELAMAT ! pergi jahanam la dengan diet ! gggrrrrrr, tak ada western, tak ada light-light, yang ada set menu untuk heavy, NASI !!! oh nOOOO !!! aku nak marah dan nak merajuk, tapi pada siapa ? Qaseh ? dia pun tak tahu. nak keluar dari situ ? oh, malas lah. cari parking satu hal - susah ! dengan perut je beriramakan lagu-lagu mentor! order je lah ! ambil set yang untuk satu hingga tiga orang makan dengan empat lauk (menu yang paling kecil beb). EMPAT LAUK !!! gila ! aku dah warning Qaseh, "abang, sila makan dengan habis ya!". orang tu sengih je. lalalala... aku dah cakap, aku nak diet !

haha. sampai je makanan (lama sikit sebab orang ramai kot), aku terus terkedu dengan sup seaweed dia. wah, aroma best gile ! senduk la. dah selamat, dah lebih lima suap dah ! jakun sungguh ! semuanya best ! Qaseh pilih sotong, sup, sayur, daging. semuanya masakan cina la. aku tak order ye sebab masa tu aku merajuk sebab tak dapat makan lasagna dan spagetti. haha. dan siapa yang paling banyak makan ? haha. korang agak la sendiri. yang pastinya, diet bukan bernama diet lagi. boleh dikatakan hampir keseluruhan aku makan nasi dan semua lauk. yang sikit tu Qaseh. huhu. nasib baik la juga disediakan air teh cina kosong. boleh lah aku lapikkan perut aku - dan nasib baik aku juga suka minum teh cina ni. oh, aku tak nak digoda oleh makanan lagi.. cukup !!!

balik rumah, mula tidak sedap badan sebab dah nak semput. aku sebenarnya tak boleh sangat makan malam. biasanya aku akan lelah. haha. memang hari mencari penyakit !
jadinya, minggu depan bermula lah cuti selama dua minggu. makanya, poket juga akan selamat. sebab, makan kat rumah mak. haha... !!! lalala. aku tak sabar nak balik kampung. nak makan nasi minyak, nasi dagang, laksam, dan hajat nak suruh mak buat laksa kuah putih. aduiiii, aku lapar la sekarang !!! mira, STOP !!!.
gemuk dah orang kat atas tu, adusshh!
*nak tidur, menangis-sebab tempat bekam berdarah lagi*
-gil0 cengeng!-

May 16, 2011

hadiah terbaik

entah kenapa. rasa sayu. rasa mahu menangis tatkala mendengar lagu permata yang dicari ni..

.....ya Allah jika dia benar untukku
dekatkanlah hatinya dengan hatiku
jika dia bukan milikku
damaikanlah hatiku dengan ketentuanMU
dialah permata yang di cari
selama ini belum ku temui
tapi ku tak pasti rencana Ilahi
apakah dia kan ku miliki......

apa yang tak kena dengan aku pun aku tak tahu. huhu. cuma aku tahu, ingatan si dia pada dia masih ada. segar atau tidak, itu aku tidak tahu. semuanya dalam rahsia Allah. bukan aku tak nak berusaha untuk menghapuskan ingatan si dia terhadap dia, cuma aku tidak mahu meletakkan diri aku dalam keadaan merbahaya sekali lagi sepertimana aku disantau dulu. cukuplah. penat! apa yang aku termampu hanyalah mengangkat tangan dan berdoa agar Allah merahmati hidupku dan melindungi aku dan keluargaku dari segala musibah dan bala bencana, agar kami sentiasa rukun dan damai. tutuplah pandangan mereka (manusia,jin mahupun syaitan) yang mahu berbuat kerosakan kepada kami. hindarilah kami dari kejahatan secara terang-terangan mahupun yang tersembunyi. dan semoga kami sentiasa dalam perlindungan dan kasih sayang Allah. amin. Allah tahu apa yang ada dalam hatiku. dan aku yakin Allah bersama-sama orang yang benar dan teraniaya. moga aku sentiasa kuat!

ok, dah! tak nak sedih-sedih lagi lah!

hari ini - setiap tahun menjadi hari yang bermakna bagi setiap insan yang bergelar guru. SELAMAT HARI GURU buat semua pendidik di dunia ini. sebenarnya, di awal pagi tadi aku nak hantar mesej pada ustaz ismail bin aman kerana mengajar ilmu usuluddin, tasawwuf, tauhid dan macam-macam kitab lagi pada aku yang amat jahil ni. tapi entah kenapa tidak tersend mesej tu. urm, mengaku sahaja - aku segan dan malu. apa-apapun aku zahirkan di sini, TERIMA KASIH, ustaz! bagi aku amat sukar mencari seorang guru yang murabbi macam ustaz aku tu di kala zaman yang serba moden dan zaman di mana serba benda dianggap mudah hukum hakamnya ini. haish, bila lah nak pindah ni? rindunya pada kelas ustaz!   :'(

sekadar mengingatkan... marilah kita semua wahai pembaca - mencari ilmu akhirat di atas dunia ini. gunakan dunia ini untuk bekalan akhirat sana. moga kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi. insyaAllah.

ok. berhenti membebel. sekarang mahu aku ceritakan semua ceritera hari ini. wah! tahu kenapa aku ambil bahagian dalam semua aktiviti yang diaturkan pada hari ini? sebab aku dah isi borang pertukaran, maka aku berharap sangat pertukaran aku diluluskan, dan jika lulus (keputusan pada 25mei2011), kiranya inilah kenangan paling manis dan terindah aku di seminda ini. haha. ya Allah, permudahkanlah urusan aku, sesungguhnya hanya Engkau yang mengerti rasa di dalam hati aku ini.

semasa di perhimpunan pagi tadi, aku sempat bermain kata (mesej) dengan suhada! wei, aku rindu kamu sangat-sangat lah! aku nak peluk cium kamu lah, su.....

selepas selesai perhimpunan, get ready untuk menukar pakaian sukan! wah, masa ni pelajar sibuk nak bergambar. masa aku cun melecun tadi tak der pulak nak bergambar, masa aku berpakaian sukan la diorang sibuk nak men-snap gambar! wah, whatever! asal i and you all happy! then, enjoy!
dan inilah antara hadiah mereka buatku dengan izin Allah swt. terima kasih semua!
khamsahamnidha!

terima kasih guru! jua khas buat...
1. cikgu rizah - guru bm aku sewaktu aku darjah 6. haha. apa yang pernah aku rasa dengannya? cubit di pusat lah gara-gara bm tak dapat A. haha.
2. cikgu ramlah - best sangat belajar fizik dengan kamu! wah, seronok dan teruja!
3. cikgu noormaziah - guru bm yang agak scary tapi baik hati sangat-sangat, penyayang!
4. cikgu hasnul - guru muzik aku sewaktu sekolah rendah. wah, saya pandai bermain recoder, tapi sekarang dah lupa. hik-hik-hik!
5. pn. norizan m4p - mentor ku sewaktu menuntut ilmu di sana dan insan yang tidak penat lelah memberikan aku semangat dan mengunjungi aku semasa operation di Island Hospital 2006 !
6. en. azmi m4p - walaupun dia seorang yang sukar untuk tersenyum, tapi dia sangat comel bila dia tersenyum! dan dia banyak mengajar aku dalam profesion perguruan ini !
7. pn. khatijah m4p - banyak menasihati aku dalam kecelaruan hidup. haha !
8. cikgu razak muda - pernah memberikan aku kepercayaan menjadi deejay smkkj satu waktu dulu semasa bulan ramadhan untuk dedikasi lagu hari raya !
oh dan ramai lagi. tidak tersebut di sini. dari aku tadika,  skfk1, smsed, smkkj, upmt, sksp, skpb, stemza, mppp, smasid, smkam, hinggalah ke sini - smkbi..... ku ucapkan semoga kita beroleh keredhaan dalam perjalanan profesion kita semua dan moga semuanya mendapat berkat dari Allah swt.
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA!

hadiah terbaik buat semua;
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan
Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh
Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan
Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan
Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri

May 9, 2011

sekeping nota sebakul ingatan

Nota di atas itu terletak elok di atas meja saya dengan sebakul makanan dan minuman. Kiranya sebahagian daripada hamper pelajar-pelajar ini. Kenapa nota? Kerana saya tidak hadir ke tempat kerja dan kurang sihat pada hari pengumuman pemenang itu. Aduh, terharunya ! Terdetik di hati saya, kenapa mereka tidak membahagikan samarata antara mereka-kecualikan sahaja saya. Bukan besar sangat pun komitmen saya pada mereka. Biasa-biasa sahaja. Saya hanya membantu mereka dalam memberikan tatacara dan prosedur sebenar dalam pembuatan minyak wangi. Senarai peralatan yang hendak digunakan. Selebihnya daya usaha mereka semua men‘google’ bahan-bahan pewangi. Saya seronok apabila dapat membantu mereka dan gembira melihat mereka teruja membuat projek yang saya kira kali pertama terlaksana dengan jayanya. Namun, jauh di sudut hati saya, kesyukuran sangat-sangat. Mereka masih mengingati dan menghargai saya walaupun kemenangan telah mereka raih. Ingatan mereka pada saya masih ada walaupun mereka telah ditimbuni dengan hamper dan sudah pasti dengan pujian. Moga mereka tidak lupa diri pada masa-masa akan datang apabila mereka berjaya kelak.
Kumpulan ini telah memenangi pertandingan eksperimen sempena minggu sains dan matematik. Mereka telah berjaya menghasilkan roll on perfume dengan empat wangian.

May 6, 2011

i see you
everyday

i want you
every moment

i miss you
every second i live

i love you
every heartbeat



HAPPY BIRTHDAY DARLING !

May 1, 2011

hope i will see you tomorrow
hope you will protect me from dark clouds
hope we will be able to smile together

~HOPEFULLY~

April 26, 2011

severe fatigue

minggu lepas, aku memang flat yang amat sangat. mulanya, paksa diri ke tempat kerja. tapi akhirnya ke klinik juga. memang tidak tahan. badan rasa lesu sangat-sangat. lembek. pening kepala. memang tak larat nak bangun. keadaan memang tidak selesa.

doktor suspek aku kencing manis memandangkan sejarah keluarga ada penyakit ini. darah aku diambil dan hasilnya, ya ! - cantik !. bacaan tertera 4.4. aku senyum. alhamdulillah, bebas dari penyakit itu. doktor tak bagi aku apa-apa ubat. ada sebabnya. cuma disarankan aku menjalani ujian darah. selebihnya, diminta aku rehat sepenuhnya.

sebelum ke klinik, aku dah pun menghubungi Qaseh. minta dia pulang - ambil cuti. sebab aku rasa memang aku tak mampu uruskan diri aku - atau temuilah aku pengsan dalam rumah ! ya, tak mustahil itu berlaku memandangkan pening dan rasa mahu pitam itu ada.

akhirnya, Qaseh sampai di rumah lebih kurang pukul 7 malam dan aku MC dua hari. sepanjang dua hari memang aku makan, tidur, solat. itu sahaja yang mampu dilakukan. selebihnya berbaring. tak tahu nak gambarkan macam mana kelesuan itu.

sekarang, rasa sedikit pulih. tapi masih lagi ada sedikit lesu. aku makan banyak. selang dua jam hingga dua jam setengah, mesti abdomen aku rasa lain macam. seolah ada suatu rasa resapan - macam asid kot - lepas habis rasa serapan itu, aku akan berada di fasa lapar tahap gaban. kalau tak dapat makan, memang rasa nak mengamuk. dan sepanjang beberapa hari itu, Qaseh melayani segala karenah aku. terima kasih Qaseh. cuma aku pelik lah, makan banyak, minum air putih pun banyak, tapi tetap juga lesu. hurm. kepala ni, sampai sekarang pening semacam je. haish, kadang rasa macam mahu pitam ! takut juga aku.

aku berharap sangat kesihatan aku akan bertambah baik selepas ini. dan aku juga berharap ujian yang akan aku jalani hujung minggu ni - insyaAllah - menunjukkan tanda positif. di lubuk hati ini, terselit satu rasa teruja. namun aku tidak mahu berlebih-lebih. setakat ini, hanya mampu ku panjatkan doa kepada Yang Pengasih dan Yang Penyayang agar menjaga aku supaya sihat dan selamat. dan Qaseh, aku bermohon pada Dia - agar melimpahkan rahmat dan kebahagiaan padanya.

oh, satu lagi. aku berharap sangat dapat bertukar tempat kerja di negeri lain. moga ada rezeki ku nanti. amin.

March 22, 2011

selamat pengantin baru

tajuk.....
tak boleh blah.
mengada je lebih. selamat pengantin baru-untuk tahun 2005 yang lepas.
 peewwwiiiiittt. gambar sape tu? haha.
ni masa duk berdebar nak gi masjid untuk akad nikah.
macamlah aku yang nak kena henjut tangan oleh tok kadi tu.
haha. sebelum ke masjid, sempat lagi aku suruh adik aku snap gambar aku dalam pakaian nikah ni. baju tu masih ada dalam almari aku. cumanya saiz baju dan kainnya makin mengecil. haha.
cadar pengantin tu pun masih ada dalam simpanan aku. semua tu aku beli. aku tak sewa. biarlah, aku kaya kan masa tu. haha. berlagak!
tak lah, aku memang suka membeli segala benda. at least ada barangnya. kalau sewa, masa tu je ada-lepas tu dah tak ada. hehe. chipsmore.
tadi aku dah upload gambar kahwin aku, tapi sebelum sempat aku publish entry ni, aku dah delete. aku fikir balik. bahaya. tak nak aku. haha. cukuplah tu.

March 19, 2011

bestfriendsforever!

zaman di kampus, adalah waktu yang paling seronok. di situlah aku mengenali mereka yang bergelar sahabat sejati. sehingga ke saat ini, aku masih menyayangi mereka. sayang sangat!
 cuma tertanya-tanya, ke mana lah si kiah ni menghilang diri? aku dah pun add dia di fb, aku dah post kat wall dia, tapi belum ada reaksinya lagi. huhu. cerita kami di atas, aku masih berbulan madu, mc la dalam perancangan mendirikan rumah tangga, adda dengan tiga orang hero (harraz, hawwas, hadif) dan kiah dengan seorang hero (adam).
su!!!! rindu kamu lah! arghhh..rindu sangat-sangat!! ingat su, aku tetap aerosmith kamu tau! sampai bila-bila. hehe. i love you lah!
ni sorang lagi. aku suka mengacau hidup minah depan sekali ni. haha. syikin! kin bucuk! i lap u lah! dia pulak, kalau tak mengacau aku tak sah! akan aku kenang kamu la bucuk! hehe.
bila tengok gambar ni, teringat kat azwah, di belakang tu. mana dia menghilang ya? tiada khabar berita. berita terakhir yang aku dapat tahu dari mc la beberapa tahun dahulu-wah dah kahwin-tapi not sure anak dah berapa orang.


wahai kamu semua-kekasih aku;
Bila orang telah merasa dirinya besar, dia lupa akan salahnya. Hanya sahabat yang setia yang sanggup membukakan matanya.