haissshhh.
aigoooo....
semalam bangun seawal empat pagi. telah diniatkan dalam hati seperti malam-malam sebelumnya, sebelum terlelapnya mata untuk mengambil ruang dan peluang di saat sepuluh terakhir ramadhan ini. tapi, apa yang berlaku sebaliknya. darah! arrggghhh!! memang la empat hari pertama aku tidak berpuasa, tapi aku amat mengharapkan agar cukuplah empat hari itu. berdoa supaya sepuluh terakhir dapat aku gunakan sebaiknya dengan solat sunat terawih, taubat, hajat, tahajjud, witir, tilawah, istigfar... dan terselit lah juga harapan untuk membesarkan perut selama sembilan purnama. namun, janjiNYA tidak begitu. akhirnya seawal empat pagi itu, hanya mampu berzikir dan beristigfar dengan linangan airmata. kecewa, memang kecewa. terasa hati, memang terasa hati. marah, memang marah. tapi pada siapa? sesungguhnya, inilah ujian ramadhan buatku tahun ini.
oh, sila sabar !!!
jap, sebelum aku mengakhiri entri ni, di bawah ini ada satu keratan akhbar yang kesnya sama dengan kes aku yang dimasukkan ke hospital selama seminggu dan keadaan aku lemah dalam masa sebulan, dan perlahan-lahan baik dalam masa dua bulan. aku suka kalau klinik doktor K tu kena saman. dan aku harap, orang lain tidak menjadi mangsa doktor K lagi. petikan ini berkait dengan entri aku sebelum ini yang bertajuk semuanya hypo.
alhamdulillah, kertas peperiksaan semuanya selamat, selesai bertanda, markah pun dah direkod, cuma tinggal untuk berdiskusi dengan pelajar sahaja. makanya, bolehlah aku beraya dengan aman !!! dan tidak lupa, bekal novel mesti ada dalam beg sekurang-kurangnya tiga buah. yihaa!!
makanya,
kepada semua yang membaca di sini, ku ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri. semoga amalan kita di bulan ramadhan diterima dan mendapat keberkatan dari Allah SWT dan semoga dosa-dosa kita diampunkanNYA. insyaAllah. maaf, zahir dan batin.
wassalamu`alaikum.
No comments:
Post a Comment