May 15, 2011

semuanya hypo...

kesinambungan dari minggu-minggu yang sudah.

masa bleeding teruk dan sakit yang teramat di dalam perut, sesampai sahaja Qaseh di rumah, terus aku minta dia hantarkan aku ke klinik. hajat asalnya nak ke hospital, tapi sudah lewat malam, lagipun sudah mesti beratur panjang, sedangkan aku sakit yang amat. akhirnya ke klinik sahaja.

melewati pintu masuk-duduk di sisi doktor, Qaseh tetap setia menemani. doktor K syak aku ada masalah thyroid. masa tu, tanpa sedar, airmata merembes keluar. apa lagi dugaan untuk aku ni? sudah-sudah lah. penat ya Allah. entah di mana rasa malu berdepan dengan doktor, melainkan hanya perasaan sendu dan sayu. dugaan buatku tidak pernah berhenti. tabahkan aku ya Allah!

doktor K menyarankan aku menjalani satu ujian darah khusus untuk hormon thyroid, progesteron, estrogen, cortisol. hurm, whateverlah doktor! tengok la dulu. balik, fikirkan dulu.

esoknya, aku ke klinik lain pula. gara-gara ketidakpuasan hati dengan doktor semalam. aku? selagi tidak ada bukti kukuh dan kuat, aku susah nak percaya. amat susah. masa di klinik pagi itu, aku mohon sangat-sangat supaya doktor scan perut aku. aku tidak tertanggung rasa sakit itu lagi. tolonglah! dan keputusan scan menyebabkan aku menangis tanpa sedar sekali lagi. ada cyst sebesar 4cm diameternya! oh, melampau! ya Allah, kuatkan semangat aku! sebelum ni, tahun 2006 aku di operate kali ketiga di Island Hospital untuk membuang cyst dan endometriosis. masa tu, diameternya dalam 3.5cm rasanya-confirm tidak menjangkau 4cm. oh, besar kali ni! dan dalam kepala aku, aku tak nak di bedah lagi. cukuplah dengan tiga kali itu! tak sanggup aku lalui hidup dengan wayar berselirat dan lain-lain kaedah rawatan. penat!!!
dan soalan aku untuk doktor itu;

aku: doktor, kalau saya ada thyroid, kebarangkalian saya nak pregnant, susah sangat ke?
doktor S: oh, kalau ada thyroid, memang susah la nak pregnant!

aku dah cuak. betul ke apa yang diperkatakan doktor K semalam? dan mungkin kerana riak wajahku berubah, dia berkata:

doktor S: tapi, jangan bimbang. kena control hormon tu dulu, kalau hormon dah stabil kembali, bolehlah mengandung.

hurm, apa-apa je lah doktor. doktor meminta aku ke HKL dengan segera sebab dia bimbang cyst sebesar itu. dan dari HKL aku patah semula ke HA. maka, sudah tentu, mereka tidak bimbang pun! mereka hanya bagi aku tarikh temujanji je. bulan 6 pulak tu. whatever!

masih tidak dapat menerima hakikat bahawa cyst ada semula, aku pergi jumpa bidan. aku minta bidan rasakan perutku. katanya...

bidan:  memang ada ketumbuhan ni. besar. mak aji tak berani nak usik sangat. takut pecah. kita cuba berubat cara tradisional lah.
aku: macam mana tu?
bidan: kita guna lintah. sedut apa yang kotor ni. sebab ketumbuhan ni asal dari darah. dia macam janin. cuma dia tak ada mata, kepala, kaki, tangan. dia membentuk daging. sebab tu kadang-kadang rasa dia hidup, berdenyut, sakit. tidur pun tak selesa kan?
aku: ya, mak aji. sakit sangat-sangat. kalau nak tidur, kena lapik bantal kat bawah perut. kalau tak, memang susah nak lelap. memang tak selesa. tapi nak guna lintah? geli lah!
bidan: nak baik ke tak nak?
aku: -sengih je!-

balik rumah. biasalah, melayan perasaan sahaja.
hari tu, memang aku stress sangat-sangat! nangis-nangis-nangis! tu je yang aku tahu. masih terngiang-ngiang di telinga kata doktor K, "masalah thyroid boleh sebabkan keguguran", juga teringat kata doktor S,"kalau ada masalah thyroid, memang susah nak mengandung".
Qaseh terus memujuk dan memberi kata-kata semangat namun aku masih termanggu. tidak tahu mahu berbuat apa. semangat telah hilang!
.
.
.
esoknya, tanpa apa-apa makanan dan minuman manis-hanyalah air putih semata, ke klinik doktor K semula. aku setuju untuk di ambil darah. hurm, susahnya lah. mula-mula di bahagian lengan kanan aku. urat tidak timbul terang. gara-gara eczema la ni. lengan tangan kiri pun sama. huhu. akhirnya, tangan kanan aku. dan, mak aiii-sakitnya! Qaseh cakap, darah susah nak keluar dan pekat sangat-sangat. bersabarlah wahai hati!
bil bayaran selepas ambil darah. sila bayar cash!

aku mendapat panggilan telefon dari klinik doktor K selepas hari ke dua darah aku diambil. hurm, cepatkan? tapi, aku nak pergi sorang-sorang? maaf lah! tunggu Qaseh balik lah. moral support please! dan apabila Qaseh sampai je rumah malam tu, aku terus ajak Qaseh ke klinik doktor K.
dan keputusan ujian darah, amat mengejutkan aku!
Hypocortisolism

doktor kata cortisol (stress hormone) aku berada di tahap rendah. kadar normal cortisol adalah antara 500-550nmol/L. aku? tengok je la kat atas tu. 166nmol/L. kata doktor K apabila cortisol rendah, aku mudah sangat stress, bila aku stress, eczema aku akan menjadi aktif. ya, aku dah tahu sejak dulu. sebab aku dah perasan sebelum ini. bila aku stress, eczema aku bertambah teruk. huhu. tapi tak tahu nak control stress macam mana. stress - memang aku tak pandai nak manage dan control !
ok, next! estrogen.
estrogen: ok !

doktor kata estrogen aku quite ok. so, alhamdulillah. sepatutnya dalam range 200pmol/L. tapi kira ok lah 156pmol/L tu. seterusnya, progesteron. oh, azab!
progesteron: lower limit !

hormon progesteron (berdasarkan pembacaan dan pengetahuan aku), adalah penting untuk kehamilan dan menyokong pertumbuhan embryo. dan kadar normal adalah antara 10-75nmol/L jika tidak mengandung. jika mengandung, kadar adalah 40-220nmol/L. aku? 0.5nmol/L doktor kata rendah sangat-sangat! tahu apa doktor kata pada aku?

doktor K: kalau dengan 0.5 ni, macam mana nak pregnant? kalau pregnant pun, akan berlaku keguguran.
aku: -rasa nak pitam, dan rasa nak cakap kat doktor "saya tak dapat terima kebenaran ini"-
:'(

seterusnya...thyroid.
Hypothyroidism

kandungan FT3 dan FT4 aku adalah amat rendah di mana bacaannya adalah 4.9pmol/L dan 15.1pmol/L. di paras hypo sangat-sangat! dan, sahih! tanda-tanda seperti kelesuan melampau (severe fatigue), ketidaktahanan kepada cuaca sejuk (air-cond contohnya), sembelit, murung (ketidakstabilan mood), selalu cramp, rambut gugur, pucat, eczema, selalu lupa, jantung berdegup kencang tanpa apa sebab, kurang haemoglobin, semput - pada aku akhirnya terjawab. semuanya berpunca daripada yang satu ini, iaitu THYROID!

kenapa lah doktor-doktor sebelum ni, tak tahu ini punca sakit aku selama bertahun-tahun sebelum ini.
ah, mira! yakinlah Allah mahu mendugamu.
Allah mahu melihat setakat mana usahamu dan kesabaranmu.
bersyukurlah pada DIA, mira kerana akhirnya doamu termakbul.
DIA telah hadirkan doktor K untuk membantumu mencari punca kepada semua permasalahanmu.
oh ya Allah, ampunilah aku. sesungguhnya aku amat jahil dan buta di atas segalanya! dan terima kasih ya Allah !!!
dan rawatannya adalah...
pil-pil besar!

1. adrenal support - untuk membantu tubuh agar tidak terkejut dan diambil dalam masa 10 hari sahaja!
2. utrogestan - untuk membaiki hormon progesteron aku dan menstabilkan estrogen juga dan diambil pada hari ke 12 hingga 25 haid setiap bulan!
3. cortisol - untuk memperbaiki dan menstabilkan hormon cortisol aku dan mungkin perlu diambil sepanjang hayatku!
4. thyroid T3 dan T4 - untuk memperbaiki dan menstabilkan hormon thyroid T3 dan T4 aku dan wajib diambil sepanjang hayat aku! huhu.   :'(
EPA- multivitamin-coQ10

di atas ini adalah supplement yang harus aku telan sebiji setiap hari untuk menyokong kepada kestabilan hormon aku. doktor kata kalau aku tak ambil pun tak apa-apa tapi sedikit goyah lah pertahanannya. jadi, biarlah berhabis duit dan harta sekalipun, aku sanggup asal aku sihat dan berupaya menjalani hidup ini dengan semangat, tabah dan sabar. dan aku tidak harus berputus asa kan? sesungguhnya sesiapa yang berputus asa, hilang kasih dan rahmat dari Allah kan? aku tidak mahu begitu. aku mahu kasih sayang Allah. jadi, untuk apa aku berputus asa kan?
bil ubat-ubatan. dan inilah harga yang harus aku bayar setiap bulan selepas ini bermula bulan ini.

sehingga detik ini, hari ini adalah hari ke-empat aku memakan semua ubat-ubatan yang disuruh oleh doktor K. dan aku dapat merasai sedikit perbezaan. walaupun urine aku bertukar warna kepada kuning susu, tapi badan aku rasa sedikit best! sebelum ini, aku selalu sakit tulang belakang aku jika aku basuh satu bilik air, membasuh baju menggunakan tangan (bukan mesin). namun, hari ini aku membasuh baju dengan tangan dan membasuh dua bilik air. alhamdulillah, sakit yang sebelum ini aku deritai tidak menjenguk lagi setakat ini. cuma satu je, aku masih lagi merasa sakit jika aku duduk (contoh di depan laptop) dengan lama. aku bukan apa. saje je nak meng-test keberkesanan ubat-ubatan itu. dan setakat ni, aku berpuas hati. tunggulah apa perubahan positif lagi dalam bulan jun nanti.

sebelum aku pulang dari klinik malam itu, aku bertanya kepada doktor K:

aku: kalau saya nak try get pregnant lagi, macam mana doktor?
doktor: urm, saya rasa buat masa ni, elakkan lah dulu. bagi tempoh dan masa untuk badan heal dan stabil.
aku: agak-agak berapa lama doktor?
doktor: dalam tiga bulan.

dalam hati aku "uish, lamanya". umurku semakin bertambah!


apa-apapun, aku serahkan segalanya pada Allah kerana hanya DIA yang Maha Mengetahui apa yang tersurat dan yang tersirat. moga semuanya akan baik-baik sahaja nanti dengan rahmat dan kasih sayang dariNYA dan cinta Qaseh.

amin.

6 comments:

  1. Assalam....
    Sungguh sedih setiap kali baca entry Mira...tp disebalik segala kesedihan Sya rasa Mira sebenarnya seorang yang sangat sabar...Sya tertanya2 bab cyst yg Mira hidapi...ianya agak besar...dan setahui Sya ianya akan terus membesar setiap kali period (Sya pernah ada right ovarian cyst dan buang cyst melalui proses laparoscopy pd penghujung 2005...) so skrg Mira nak teruskan dgn pembedahan atau mcmana?

    ReplyDelete
  2. sya, entahlah. x tau. gugur dah 2 kali. doc kata punca segala adalah thyroid. so, kena baiki thyroid dulu. rasa dah x nak operet. dah 3 kali sya... dulu dah buang ovarian cyst & endometriosis.. penat la. x sangka dia mbesar dgn cpt, akhir thn lepas just 2cm je. huhu. harap2 mira dapat sabar dan kental buat selamanya selagi diduga.. amin.

    ReplyDelete
  3. mira, cyst mmg cepat mmbesarkan...sya dlm masa sebulan jer...tapi Alhamdulillah...dah takde. last check 2008 dah takde...tp ni dah 2011 masih lom dpt second bb, sya rasa nak check blk bila urusan pindah settle...duk mersing kemudahan terhad...jauh dr pakar...so, tunggu trnsfer trg dulu...tapi kan mira, ada kwn sya yg punya cyst jg...tp dia x operate...dc bg sejenis ubat...sya yak tau lah ubat apa...Alhamdulillah skrg dh hilang cyst nya...mungkin tu satu cara selain dari operate...sya doa sabar itu terus bersama dengan mira...jagan jemu berusaha ye...Allah knows the best 4 us...byk2 kan doa...insyaAllah...:)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..
    ila nak bantu.. cadangan ila, berjumpa lah ustaz luqman (lupa nama penuh) setakat yg ila tengok, dia dah ubat ramai org termasuk pesakit yg menghidap kanser tahap kronik. InsyaAllah dia boleh bantu apa yg patut. Selain tu, kita kena ikhtiar juga. Nanti ila try dapatkan alamat dia.. sabar banyak banyak ya kakakku :)

    ReplyDelete