mereka berkata aku ini penuh misteri. sukar sekali mendalami aku. sungguh kental aku menyimpan seribu satu rahsia. apa sahaja persoalan mereka akan aku akhiri, "insyaAllah, suatu masa nanti aku gosipkan dengan korang". tapi kata mereka aku tidak bersuara juga walau setelah lama menunggu.
entahlah. teman sekerja pernah berkata aku seorang yang suka memendam rasa. teman belajar pernah berkata aku kuat berahsia. hatta ada mereka yang mengenali aku juga berkata kewujudan blog ini sama sekali tidak membantu mereka mengenali aku sedalamnya kerana sentiasa ada maksud tersirat yang mereka tidak dapat agak. hurm....
ya, aku akui aku seorang yang amat perahsia. hatta aku pernah mengalami dugaan yang maha berat namun suara aku masih tersekat dikerongkong. sehinggalah aku menangis teresak-esak, dipujuk dengan gaya yang memang kena pada caranya, barulah aku membuka mulut. pada waktu itu, semua orang terduduk. ternganga. tidak terkata apa-apa. dan seingat aku, bebanan itu menyebabkan aku jatuh tiba-tiba dan hampir pitam di satu tempat di khalayak ramai yang langsung aku tidak kenali mereka-mereka yang berada di situ. dan aku tidak mahu menghadapi dugaan itu lagi. jagalah aku ya Allah !
kenapa aku terlalu memendam?
kerana..
- tidak semua orang akan menjaga hati aku,
- tidak semua orang akan menjaga keaiban aku,
- tidak semua orang akan memahami apa yang aku rasa,
- tidak semua orang akan menemani aku dengan kata-kata positif,
- tidak semua orang akan sanggup bersusah payah dalam setiap derita.
lantas,
- pendamkan sahaja daripada rebah dan terluka dengan lebih dalam.
selebihnya, aku serahkan segalanya pada Dia Yang Maha Pengasih dan lagi Maha Penyayang !
Kerana si Dia lebih memahami dan mengerti. :)
ReplyDelete