minggu lepas, aku memang flat yang amat sangat. mulanya, paksa diri ke tempat kerja. tapi akhirnya ke klinik juga. memang tidak tahan. badan rasa lesu sangat-sangat. lembek. pening kepala. memang tak larat nak bangun. keadaan memang tidak selesa.
doktor suspek aku kencing manis memandangkan sejarah keluarga ada penyakit ini. darah aku diambil dan hasilnya, ya ! - cantik !. bacaan tertera 4.4. aku senyum. alhamdulillah, bebas dari penyakit itu. doktor tak bagi aku apa-apa ubat. ada sebabnya. cuma disarankan aku menjalani ujian darah. selebihnya, diminta aku rehat sepenuhnya.
sebelum ke klinik, aku dah pun menghubungi Qaseh. minta dia pulang - ambil cuti. sebab aku rasa memang aku tak mampu uruskan diri aku - atau temuilah aku pengsan dalam rumah ! ya, tak mustahil itu berlaku memandangkan pening dan rasa mahu pitam itu ada.
akhirnya, Qaseh sampai di rumah lebih kurang pukul 7 malam dan aku MC dua hari. sepanjang dua hari memang aku makan, tidur, solat. itu sahaja yang mampu dilakukan. selebihnya berbaring. tak tahu nak gambarkan macam mana kelesuan itu.
sekarang, rasa sedikit pulih. tapi masih lagi ada sedikit lesu. aku makan banyak. selang dua jam hingga dua jam setengah, mesti abdomen aku rasa lain macam. seolah ada suatu rasa resapan - macam asid kot - lepas habis rasa serapan itu, aku akan berada di fasa lapar tahap gaban. kalau tak dapat makan, memang rasa nak mengamuk. dan sepanjang beberapa hari itu, Qaseh melayani segala karenah aku. terima kasih Qaseh. cuma aku pelik lah, makan banyak, minum air putih pun banyak, tapi tetap juga lesu. hurm. kepala ni, sampai sekarang pening semacam je. haish, kadang rasa macam mahu pitam ! takut juga aku.
aku berharap sangat kesihatan aku akan bertambah baik selepas ini. dan aku juga berharap ujian yang akan aku jalani hujung minggu ni - insyaAllah - menunjukkan tanda positif. di lubuk hati ini, terselit satu rasa teruja. namun aku tidak mahu berlebih-lebih. setakat ini, hanya mampu ku panjatkan doa kepada Yang Pengasih dan Yang Penyayang agar menjaga aku supaya sihat dan selamat. dan Qaseh, aku bermohon pada Dia - agar melimpahkan rahmat dan kebahagiaan padanya.
oh, satu lagi. aku berharap sangat dapat bertukar tempat kerja di negeri lain. moga ada rezeki ku nanti. amin.
No comments:
Post a Comment