sudah empat hari aku berada di daerah ini. melarikan perasaan dan jiwa ke tempat yang lebih tenang dan damai sekalipun tidak ke pulau. kesihatan beransur pulih. cuma tidak pasti adakah kuat untuk ke tempat kerja nanti.
aku seronok berada di sini. nak kata hilang semua masalah tu, tak lah. sungguh, aku ni masih berkecil hati. syukur pada Allah kerana Qaseh sedia menemani aku dan sentiasa memberi aku semangat.
pemandangan pantai dan laut dari bilik. alhamdulillah, pagi ini pun masih dapat menghirup udara segar dan melihat kuasa ciptaan Allah. bila tengok pokok-pokok kelapa ni, terlintas di fikiran aku. kental kan dia? walau ribut-monsun sekalipun, akar yang kuat tidak membuatnya roboh. kuat menahan diri dari terbalik. hurm, belajarlah sesuatu dari alam, mira.....
kuat lah.....
sabarlah....
walau apa pun dugaan mendatang.....
esok ada perancangan. aku berharap aku kuat menempuh hari esok, menatap wajah-wajah yang sudah sekelian lama (satu waktu dulu mereka ada dalam hati aku) tidak aku tatapi kerana begitu pilu dan terlukanya hati. hampir setahun jika tiada silap ku. namun, pesan seorang tua itu yang tiba-tiba muncul di hujung katil sewaktu di hospital tempohari telah melembutkan hati aku. pelukan dan ciuman si tua itu membuatkan aku sayu dan terburainya airmataku.
hati ini ku biarkan mengalah walaupun ia kuat mengatakan tidak dan tidak mahu ! aku pujuk hati ini, agar berkorban untuk Qaseh - moga aku mampu melihat dia gembira bersama mereka - moga terukir senyum dan terletus ketawa dari dia dan mereka. aku tidak tahu bila ajal akan menjemput aku pulang. lantas, biarkan aku perbuat semuanya sebelum aku menutup mata kelak. aku amat sayang pada Qaseh. dan pernah suatu ketika dan masih jua di saat ini, hati aku ingin menyuarakan satu persoalan, tapi mungkin kerana aku masih mampu menyimpan segala yang terbuku itu dan mungkin belum tiba masanya dan mungkin belum izinNYA. bersabarlah.
ya Allah, permudahkanlah urusan ku esok hari. semua ini adalah baik untuk agamaMu ya Allah...
walaupun hati ku ini amat sakit dan pedih, aku mohon padaMu agar KAU berikanlah aku kekuatan dan semangat, Ya Allah... dan kurniakanlah kesabaran padaku lagi ya Allah... aku mohon padaMu kerana aku hanya hambaMu yang kerdil lagi lemah, sedang Engkau Maha Kuasa atas segalanya....
amin.
cerita semalam......
PUSINGAN PERTAMA
aku: 1. aiskrim roti 2. sizzling yee mee
Qaseh: 1. nasi goreng cakna 2. carrot susu
haha. mmm....tak cukup. belum kenyang. hihi. tong besar masih mohon di isi.
;)
menunggu order pusingan kedua sampai
PUSINGAN KEDUA
aku: 1. roti bakar 2. mushroom soup
Qaseh: 1. black pepper steak
hehe. finally, mission accomplished ! alhamdulillah, kenyang dengan izinNYA..
;P
ok, malam ni turn aku belanja.. hik-hik-hik.
sila bayar !
moga hari-hari ku nanti mampu aku jalani dan langkahi dengan penuh semangat dan kesabaran yang sentiasa membukit. insyaAllah. Dia yang memberi aku ujian dan pada Dialah tempat aku mohon supaya aku lulus semua ujianNya.
terima kasih ya Allah,
di atas segala kasih sayangMu.
No comments:
Post a Comment