insya-Allah, lapanbelasogos nanti mereka semua yang berumur limabelastahun di sekolah ini akan menduduki peperiksaan percubaan PMR. Doaku moga mereka berjaya dan seterusnya membuktikan kecemerlangannya dalam PMR yang akan diduduki selepas aidilfitri nanti.
Di atas ini adalah anak-anakku di sekolah. Anak-anak 3 cemerlang yang selalu mencari sebab dan alasan untuk aku naik angin dan membebel. Pernah aku sangat terasa hati dengan mereka dan kesannya hampir seminggu lebih aku tidak menegur mereka dalam erti kata lain memprotes dan merajuk. Ingatkan ada lah perubahan sikap yang main-main kepada serius sewaktu belajar, tapi hampeh!!! Seperti mencurah air ke daun keladi. Dan akhirnya kerana terlalu penat, aku ambil sikap buat dekkk. Lantak lah. Bukan aku nak ambil PMR. Let bygone be bygone pendek kata. Haha.
Walaupun begitu, kenangan manis bersama mereka tetap tersemat di sudut hati.
.
.
.
Mereka semua ini adalah pelajar 3 gemilang yang telah diambil fotonya ketika mereka menjalani denda kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang aku suruh mereka semua lengkapkan. Degil kan ?
Tapi, tengoklah…siap boleh landing dengan sengih sampai ke telinga, dan dengan tanda peacenya.. macam manalah aku tak terubat. Kihkihkih!
apa-apapun aku mendoakan mereka semua dapat menjawab dengan tenang sewaktu percubaan dan PMR sebenar nanti.
.
.
.
Mereka semua ini pula adalah insan-insan yang aku kena polish pemahaman mereka dalam chemistry supaya SPM 2012 nanti gempak! Tinggi harapan aku pada mereka semua dan moga mereka tidak mengecewakan aku nanti.
Yang aku tak tahan, mereka semua ni asyik-asyik nak buat eksperimen, eksperimen, eksperimen! Adeeei, kalau asyik nak buat eksperimen, syllabus bila nak habis cik kak dan cik abang oooiiii???. Huhu
.
.
.
Ini harapan aku tahun ini dalam peperiksaan SPM. Lima sainskejuruteraan. Adus, sesak rasa nafas bila teringat barang dua tiga pelajar yang lemah dalam chemistry. Mereka ni akan aku asak dengan hebat, harap mereka akan terima tekanan daripada aku dalam membuat ulangkaji nanti.
Bengkel teknik menjawab soalan telah aku kongsikan segala ilmu dengan mereka. Harap mereka semua akan memanfaatkan semuanya dengan baik. Moga airmata aku tidak gugur tahun hadapan apabila keputusan SPM diumumkan nanti. Aku tak nak menangis seperti tahun ni, apabila seorang pelajar aku gagal. Huhu. Cengeng lah!
No comments:
Post a Comment