sebenarnya sebulan lebih aku tak menjelma di sini. kekangan masa dan kesihatan diri. beberapa entri sebelum ini, memang sedia ada dan telah aku set kan ia supaya auto-published.
minggu ni adalah minggu keempat aku masih tidak sihat. empat minggu sebelum ini, demam sahaja. namun berlanjutan hingga minggu kedua walaupun pelbagai ubat dan cara aku cuba untuk sembuhkan diri sendiri, tapi Allah maha kuasa. belum masanya aku sembuh. namun, alhamdulillah, aku masih juga dapat menggagahkan diri ke tempat kerja. itu-aku suka. minggu lepas, minggu ketiga. pada awalnya, demam hampir kebah. lega. tiba-tiba hari isnin, demam teruk semula disertai batuk. mandi pagi pun tak boleh lama, menggigil. hanya berjaya gagahkan diri selama tiga hari ke tempat kerja. hari keempat-kecundang, pergi serah diri kat doktor. mc selama dua hari. kali ni memang tak tahan. batuk sampaikan terkencing. dan yang tak tahan, tiap kali batuk, tiap kali itulah juga aku rasa sakit dan senak sangat-sangat di abdomen aku. nak duduk pun serba tak kena. dulu, pernah rasai rasa ini, iaitu semasa rahim jatuh. dapat rehat sedikit pun dengan berbekalkan ubat dari doktor, kerana ubat itu membuatkan aku rasa mengantuk, dan akhirnya tidur. sukan tahunan sekolah pun terpaksa aku mengecualikan diri. aku tak tahu lah bos marah atau tidak. nak buat macam mana, hari berlangsungnya sukan tu, aku hanya tersadai atas katil.
malam tu, Qaseh belikan aku air ECPI. aku minum dalam segelas dua. esoknya aku bertanyakan Qaseh, malam tu, aku kerap batuk lagi ke? Qaseh cakap tak. alhamdulillah. maka, sekarang ni, aku minum air itu lah. rasa sihat sikit tubuh ni walaupun batuk masih ada-tapi kurang sedikit teruknya. al-masalahnya, sekarang aku rasa lemah semula. petang tadi, pun mandi sekejap je, tak sampai dua minit. menggigil teruk. adeeiii. aku dah buntu nak buat apa lagi nak suruh betul-betul sembuh ni.
dan, sudah tentu kekurangan kesihatan ini menyebabkan emosi aku mudah tersentuh. tadi, aku tak tahan sangat! perangai tahun lepas berulang lagi. arghhh!!!!! nangis-nangis-nangis! sudahnya, aku selongkar bakul pakaian kotor. cari baju Qaseh. huhu. tak ada. aku dah basuh semua. memang tak puas hati. airmata je berlinang. takkan nak suruh Qaseh balik KL sedangkan dia baru pergi kerja. akhirnya, jumpa singlet kat baju melayu dia. tak kuat baunya, tapi sekurang-kurangnya ada bau dia. huhu. apakan dayaku, itu sahaja yang aku mampu-untuk memeluknya tidak mungkin kerana dia jauh di sana. dan nampaknya, malam ni singlet itu mesti melekat di hidung aku. huhu.. Qaseh, aku rindu! Qaseh, aku damba pelukanmu!
berwirid di atas sejadah. kotak fikiran aku tidak henti-henti berputar ligat. kemahuan aku, banyak! tapi Allah belum mengizinkannya lagi. antaranya;
1. aku nak duduk bersama Qaseh, selamanya...
2. aku nak pindah dari sini...
3. aku nak sihat seperti orang lain...
4. aku nak zuriat hasil cinta aku dan Qaseh...
.
.
.
dan semuanya itu belum tertulis dalam 'buku'ku. usai wirid, aku faham dan aku harus maklum;
1. ada hikmahnya kami berjauhan-ada cinta dan rindu yang kuat membara...
2. ada hikmahnya aku masih berada di sini-memberi pada yang sudi menerima...
3. ada hikmahnya aku selalu sakit-moga terhapus dosa dan kesabaranku lebih kuat...
4. ada hikmahnya aku belum ada zuriat-mungkin aku belum mampu jadi ibu yang kuat sementelah aku juga selalu tidak sihat...
.
.
.
duhai hati, tenanglah.
sungguh, aku tak mampu untuk tenang setenangnya. aku sedih... sampai bila aku harus menipu diri sendiri???
No comments:
Post a Comment