yang penting, SOLAT dan SABAR...
rehat. jangan stress. gembirakan diri. pesan doktor dan jururawat memandangkan keadaan yang agak berisiko. pembedahan tiga kali, sejarah masalah gynae, ke'hilang'an dua kali, sejarah keluarga diabetes dan darah tinggi, terkini cyst. label hijau pada pink dan merah. batuk dan selesema, masih tidak pulih. tiada ubatan sebagai bekalan. hanya pesanan minum air putih banyak-banyak di samping kekuatan emosi dan semangat diri yang kuat. alhamdulillah, Allah berikan aku kekuatan itu. terima kasih, ya Allah.
makan. oh, sungguh menguji. selang tiga jam mesti ada makanan yang perlu dihantar kepadanya. jika tidak, ia akan meronta mewujudkan rasa pedih di samping lemah tidak bermaya. bimbang juga. moga jauh dari segala penyakit. insyaAllah. Allah Maha Pengasih.
kencing. memang sangat kerap. malas memang malas, tapi pujuk diri. bertahun menunggu takkan malas kot. hihi. alhamdulillah, perang psikologi ke atas diri sendiri menjadi.
muntah. tidak terlalu kerap. menggunakan kaedah perang psikologi juga. kalau muntah, nanti sakit dan senak dalam perut dan dada. jadi, sila sabar. minum air suam. hihi. alhamdulillah, menjadi juga. cuma kadang-kadang tidak dapat melawan kerana disusuli batuk teruk. akhirnya, keluar juga.
susu. hihi. pelik. macam seronok la pulak minum susu. padahal aku ni susah dan amat jarang minum susu tepung. sekarang, satu mug boleh habis. dengan syarat, suam.
apa lagi yang pelik ya? hihi. rasa nak melawa, pakai cantik-cantik, wangi-wangi, manja-manja dengan Qaseh. hihi. gatal cap miang lah aku ni. tapi ada satu yang memang pelik. suka nyanyi waktu mandi. aku memang jenis tak suka nyanyi waktu mandi. bila jadi hal ini, begitu pulak ceritanya. tapi, kalau teringat, aku tak layankan sangat. tak baik. syaitan. astargfirullahhal'azim...
dah la. urmmm.. lapar pulak ni. tadi baru makan pukul tujuh pagi. lepas tu, balik klinik, makan lagi pukul sebelas pagi. ini jam duabelassetengah tengahari. pedih dah ni. aduiiii... sabar ye, sikit lagi.
sabar.....
sebenarnya, hal ini tidak aku fokuskan pada awalnya. tekanan yang lebih hanyalah kepada urusan pertukaran tempat kerja. sehinggalah satu bulan lebih ia tidak muncul ditambah pelbagai rasa yang tidak enak. rupanya, ada. syukur, alhamdulillah.
semalam, hubungi kerani tempat kerja. maklumnya, masih tiada apa-apa surat atau berita dari putrajaya. teragak-agak untuk menghubungi mereka. tidak mahu mereka membebel yang sudah pasti menjejaskan emosi. biarlah. tunggu duapuluh haribulan disember nanti.
moga ada harapan dan peluang. moga diluluskan. selebihnya, bergantung pada qada' dan qadarNya. Allah lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk aku berbanding aku yang hanya tahu secara logik akal sahaja.
moga aku menjadi hamba yang tidak bersungut, insyaAllah.
# sesungguhnya, menadah kitab membuatkan diri aku sungguh kerdil. betapa banyak ketidakpuasan hatiku selama ini. padahal yang aku rungutkan itu adalah terhadap apa yang Allah berikan dan ujikan pada aku. sungguh aku tidak bersyukur. ampunkan aku ya Allah.....
# alhamdulillah, setakat minggu ini urusan wirid pagi dan petang belum tertinggal. moga Allah sentiasa memberikan aku kekuatan untuk beramal untuk bekalan diri di akhirat nanti juga buat dia. moga dia ini menjadi pewaris agama islam yang sebenarnya, insyaAllah...
jom, makan..!! ;)
rabu-kosongtujuhsatudua.
rabu-kosongtujuhsatudua.
No comments:
Post a Comment