Telah sembilan hari diri mu terlantar, terbaring-kananmu lumpuh.
Hati ini juga kadang -kadang rapuh, lumpuh.
Walau kehadiran ku tidak pernah di nanti apatah lagi di tunggu -tunggu, namun aku tetap akan hadirkan diri.
Sesungguhnya aku tahu aku bukanlah kesayangan.
Aku sedar dan aku tak pernah melupa.
Aku ini hanyalah seorang sial yang tiada berguna. Seorang yang selalu didoakan supaya segera mati, dilanggar lori. Dan di setiap waktu itulah juga aku mohon Allah perkenankan doa mu. Namun dengan sifat Pengasih PenyayangNya, tiada jua aku mati. Masih dipanjangkan umurku. Dulu, sungguh aku tidak mengerti, namun sekarang aku faham percaturan dari NYA.
Aku mahu di pengakhirannya nanti, aku tersenyum berpuas hati tanpa ada apa-apa penyesalan. Namun aku tidak pasti adakah aku mampu berbuat sehabis baik. Kerana sering kali hati ini terusik.
Setiap kali dia bertanyakan kehadiran kesayangan -kesayangan nya, ku campak jauh-jauh hati yang terusik. Kerana aku tahu, dia tidak mengharapkan aku. Namun kedegilan aku membuatkan aku tetap di sisinya setiap hari walaupun bukan duapuluhempat jam. Jika tidak aku, siapa lagi yang akan berada di sisinya? Ye, tiada siapa.
Aku faham kenapa dia memohon aku supaya bercuti. Bukan kesayangan nya. Kini, aku nampak. Terang dan bersuluh. Tidak mengapalah. Peliharalah kesayanganmu itu setiap masa. Moga kesayangan mu itu tidak melupakan mu setiap masa, samaada diri mu masih di dunia mahupun bila kamu di alam kekal sana.
Aku yang sial lagi hina ini hanya mampu menjengukmu mendoakan mu. Ku sudah tidak mampu berlama -lamaan di sisimu, bimbang diri mu bosan dan menyampah. Kerana aku bimbang di akhirnya nanti aku dihalau, yang sudah pastinya aku tidak mampu menabur bakti lagi.
Selagi diizin Allah dengan kudrat yang dipinjamkanNYA ini,aku akan buat yang terbaik untuk kamu.
Walau aku bukan kesayangan mu
Namun izinkan aku terus menabur bakti.

No comments:
Post a Comment