sakit mula menjengah. kali ini hamba terpaksa mengalah. tadi terpaksa pulang awal dari kerja kerana perlu ke klinik. doktor memberikan surat rujukan untuk hamba ke HKL nanti. apa-apa sahaja asalkan bertambah elok semuanya.
ketidakselesaan dan kesakitan ini membuatkan airmata hamba kembali mengalir. hamba berazam tidak mahu MC dalam beberapa bulan pertama ini. tapi, izinNYA tidak begitu. tidak mengapa.
semalam, Qaseh berkata dan menasihati hamba. jangan terlalu meminta dariNYA. kerana nanti bimbang hamba merungut kerana tidak berpuas hati dengan pemberianNYA. dan minta Qaseh, agar hamba bersabar dan redha di atas segala ketentuanNYA. rezeki hamba tidak seperti insan lain. yang pasti ada hikmahNYA yang hamba sendiri tidak ketahui.
ya Allah, tingkatkanlah kesabaran ku. dan jadikanlah aku, hambaMU yang redha.
No comments:
Post a Comment