February 8, 2011

terfikir saya sejenak.

Apa fungsi sesebuah masjid itu?
Bukankah ia merupakan rumah Allah, tempat untuk beribadat bagi sekalian makhlukNya?
Namun, apa yang dapat saya perkatakan melalui pengalaman saya bersama saudara mara sahabat handai rakan taulan, masjid kini tidak ubah menjadi tempat mereka ber‘photoshoot’. Tidak kiralah untuk tujuan apa, sekadar suka-suka hatta sebagai momen perkahwinan, saya masih terfikirkan kesucian rumah ibadat itu.
Entahlah, siapalah saya untuk berkata yang lebih-lebih, memandangkan saya bukannya seorang alim ulama’. Namun, saya jua seorang manusia, yang seandainya dapat, ingin menegah mereka-mereka ke rumah itu tanpa segan silu untuk tujuan yang saya rasakan meremeh-remehkan rumah Allah itu. Lantas, kerana kurangnya kekuatan ini, apa yang termampu hanya dapat saya bisukan di dalam hati.
Seperti sebelum ini, ada sebuah masjid di kawasan perumahan saya berpadu tenaga dengan satu jabatan yang kononnya untuk menarik minat muda remaja ke masjid. Namun, apa yang saya fikirkan kurang wajar di sini adalah program tersebut. Pihak yang terbabit mengatakan remaja kini lebih cenderung kepada apa sahaja yang berbentuk hiburan. Lantas, mereka menarik minat remaja-remaja ini supaya menyertai program mereka yang antaranya ialah teater, bermain gitar, menyanyi (rock pun boleh!) dan segala macam lagilah. Yang menjengkelkan saya semua aktiviti ini adalah di dalam kawasan masjid (perkarangan masjid). Aduh, di mana sekarang kesucian dan maruah rumah Allah ini ya?


Ah, penatlah dengan pelbagai ragam manusia ini. Yang pasti, dunia hampir kiamat.

No comments:

Post a Comment