baru pulang dari HKL. kali pertama ini adalah untuk konsultansi. penerangan panjang lebar diberikan. tentang prosedur dan apa yang aku dan Qaseh harus lalui dan lakukan.
mmm. bagaimana untuk bercerita ya? boleh aku maklumkan di sini, aku sudah mula kecut? aku sudah mula rasa takut?
harapan aku setinggi gunung, seluas laut. ya, tidak aku bohongi-aku memang sangat teruja untuk menjalani hidup normal seperti orang lain juga. punya keluarga besar. walaupun terkadang harapan aku itu lah yang membuatkan aku tersadai-terjelepuk di atas tanah bumi hijau. dan impian itu lah yang sentiasa merobek-menghancurlumatkan segenap inci hati, perasaan dan jiwa aku. pembohongan itu sudah tentu tidak dapat menutup lara hati walau aku tersenyum hingga ke telinga. semuanya amat sakit-luluh apabila yang diharapkan tidak tercapai.
ah, tinggalkan sahaja perasaan yang entah apa-apa itu. buang masa!
mmm, minggu depan-seawal 8.00 pagi aku harus ke HKL lagi. dan hari yang sama minggu berikutnya-juga harus ke HKL lagi dan lagi-pengambilan darah bagi prosedur yang telah diterangkan panjang lebar. dan nanti, masih berbaki dua temujanji yang belum dapat tarikh tepatnya lagi. jumlah, empat semuanya sebelum aku diheret berjumpa PAKAR lagi!
haish ! takut lah...
kepala aku dah pening kerana berputar ligat berfikir macam-macam. sekarang, mahu dan perlu rehat !
di satu sudut kecil itu, ia berbisik:
terdetik di dalam hati. tatkala kami umpama belangkas, ke sana ke mari sentiasa berdua-duaan, tiada pula dibukakan pintu hati untuk mengambil langkah ini. tapi, tatkala kami terpisah negeri, banyak lah pula keadaan dan rutin yang memerlukan kami umpama belangkas.
nanti semuanya aku harus laksanakan seorang dirikah? hatta mencucuk jarum ubat pada diri sendiri? siapa yang akan membantu ya? jiran kah?
mmm..bagaimana ini? kenapa begini? DIA sudah menetapkan aku memang tidak layak bergelar gelaran itukah?
>>>ah mira, kau diam boleh tak? itu semua kerja DIA, kau jangan sibuk lah!!!<<<
No comments:
Post a Comment