ini kisah tentang seorang dia...
dia. di waktu dia sedang mengumpul segala kekuatan dan semangat, airmatanya berderai laju umpama hujan di musim tengkujuh - tiada hentinya. hati dan perasaannya kembali dicuit dengan segala rasa sayu dan duka. derita yang semakin lama terbeban di bahunya, semakin lama semakin menjeruk rasa. pedih.
dia sering mencuba untuk bangkit dari kegelapan - mencari arah yang hendak dituju meskipun teraba-raba. dia bukannya seorang insan yang cepat berputus asa apatah lagi menjadi insan yang cepat mengalah dan bukan seorang pengecut. dia tidak kenal erti putus asa. di setiap kelukaan dan kesedihan yang tercipta, dia sentiasa gigih menghadiahkan setiap insan dengan senyuman. tidak pernah dikanvaskan rasa duka itu.
namun, semakin gigih dia melangkah, semakin ngilu dan siksa yang dia rasa. semakin ingin di buang segenap rasa duka, semakin dia pedih dan sakit. dan setiap kali itulah jua dia kembali tersungkur jatuh dengan tanpa dia rela. esakan yang menggila pasti mencuit hiba hati setiap yang memandang.
dia - juga seperti insan lain. mahu hidup bahagia - gembira. hingga selamanya.
tolonglah, kasihanilah dia.
No comments:
Post a Comment