hamba rindu kamu. di perjalanan lurus yang kian berhalang ini, hamba amat merindukan dan membutuhkan kamu, ismail bin aman. hamba tahu, hamba hanya menjadi hamba Allah yang lalai jika hamba juga jauh dari kamu ustaz. kerana dengan adanya ustaz, hamba berasakan jalan hidup hamba terbimbing, terarah kepada yang maha besar, Allah azzawajalla. hamba tidak pasti umur hamba di dunia ini. esokkah akan di jemput pulang? lusakah? bulan depankah? setahun lagikah? atau bila? hamba tidak tahu. dan seboleh mungkin, hamba tidak mahu meninggalkan dunia ini dalam kekufuran. hamba ingin menjadi seorang muslimah yang syahid pada jalanNYA, yang sentiasa dahagakan ilmuNYA. ingin menambahkan lagi rasa taqwa ini.
tapi, kenapa selalu hamba alpa?
No comments:
Post a Comment