Hari ini adalah hari ke-tiga belas aku uzur. Badan aku semakin lama semakin penat dan bertambah lelah-‘flat’. Kali ini adalah kali pertama badan aku berada dalam keadaan yang amat tidak betul. Aku pun tidak pasti mengapa. Yang aku pasti sejak balik ke sini selepas cuti tahun baru cina baru-baru ini, hidup aku bertambah huru hara. Atau hormon aku memang tidak betul?
Semalam aku di ‘ganggu’ lagi. Tidak perlu bercerita panjang lebar sangat di sini. Kerana seolah aku seram pada dia pula. Hakikatnya, pinggan, punggung hinggalah ke jari-jemari kaki kiri aku semalam langsung tidak boleh digerakkan. Sakit amat. Seolah ada sesuatu sedang pegang anggota badan aku dengan cukup kuat. Di saat Qaseh tersedar dari lenanya, dia mengejutkan aku dan mengangkat kaki aku. Oh, masa itu, seolah ada satu pisau sedang menorah pergelangan kaki kiri aku. Memang aku hairan sangat. Kenapa sebelah kanan kaki dan badan aku boleh gerakkan dengan apa sahaja kemahuan aku. Aku tidak tahu selama mana aku meraung kesakitan. Dan aku tidak pasti adakah jiran-jiran terdengar jeritan aku itu. Pastinya, akhir cerita aku lena dengan bacaan ayat-ayat suci oleh Qaseh. Lantas aku tersedar paginya. Pagi yang agak meninggi. Kerana terlalu ‘penat’ malam semalam. Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya aku, betapa aku harus kuat melawan semua kesakitan. Dan bila aku bangun pagi, hilang semua rasa sakit. Dan jari-jemari kaki kiri sudah boleh aku gerak-gerakkan. Aku masih lagi sekarang ini mengajar kaki ku bergerak. Kerana dia sedikit lemah.
Dan sekarang juga, tubuh aku amat tidak sihat. Sakit kepala. Mata memang bengkak gila gara-gara menangis dan meraung semalam. Di tambah dengan kurang tidur kerana ‘terganggu’. Tubuh masih aku rasa sengal-sengalnya. Seolah hanya tunggu masa untuk demam yang teruk nanti. Tapi aku sedang cuba melawan. Masih melaksanakan apa-apa kerja yang aku mampu.
Moga esok, Allah masih memberikan aku kekuatan untuk bekerja.
No comments:
Post a Comment