September 20, 2010

Tersisa dari sebuah kehidupan
Ujian dan cabaran
Sentiasa ada dari Dia
Hanya kita yang kadang kadang lupa
Betapa Dia kasihkan kita
Oh, sungguh gembira rasa
Lantas sujud dan bersyukurlah
Di kala hati rawan menangis
Jiwa luka, parah
Angkatlah tangan
Adulah pada Dia
Menangislah
Luahlah segala rasa hati
Kerana hanya Dia
Yang mengerti segalanya
Hatta tersurat mahupun tersirat
Dia sentiasa mengawasi kita
Mengasihi kita
Tidak ditinggal kita
Walaupun sekerlipan mata
Agung sungguh kasih Dia
Tapi kenapa kita lupa?

No comments:

Post a Comment