September 20, 2010

berkali melangkah
namun tersadung
aduh, melecet kaki
oh, berdarah darah merah,
segar......
namun tidak mengapa
harus jua melangkah
walau dengan apa jua cara sekalipun
hatta mengengsot
hatta bertatih
hatta terhincut hincut
apa pun kehidupan
harus diteruskan
jangan hingga digelar
pengecut
usah dikata sebagai seorang yang
gagal
kerana seorang gagal
adalah kerana dia
berhenti melangkah

~gagal atau pengecut
sama sahaja ironinya......

No comments:

Post a Comment