kita dihidupkan atas dasar kepercayaan dan cinta
hanya kepada Pencipta
bukan
bergantung harapan sesama manusia.
June 14, 2011
June 10, 2011
s m i l e - a g a i n
puas.
sungguh dan benar,
puas...
sungguh dan benar,
puas...
melihat kamu ketawa, tersenyum dan bahagia terpamer jelas pada riak wajah - cukup mendamaikan hati aku yang gundah gulana, duka nestapa. aku merasa puas melihat wajah kamu kembali bercahaya. sudah pasti kamu, kamu, kamu dan kamu tersangat gembira. aku? tidak apa-apa. usah difikir tentang wujudnya aku, usah diserabutkan tentang ketidakkeruan hati aku. yang penting kamu, kamu, kamu dan kamu semua gembira. cukuplah. semua yang berselirat di benak dan di lubuk hati ini, biar aku pendamkan sahaja. cukuplah ia menjadi rahsia aku dan cukuplah Allah yang Mengetahui segala-galanya. niatku hanya satu, aku inginkan kamu, kamu, kamu dan kamu kembali tertawa, kembali bahagia sebelum aku menutup mata.
kehadiran yang dihalusinasikan.
June 9, 2011
rest relax recharge
sudah empat hari aku berada di daerah ini. melarikan perasaan dan jiwa ke tempat yang lebih tenang dan damai sekalipun tidak ke pulau. kesihatan beransur pulih. cuma tidak pasti adakah kuat untuk ke tempat kerja nanti.
aku seronok berada di sini. nak kata hilang semua masalah tu, tak lah. sungguh, aku ni masih berkecil hati. syukur pada Allah kerana Qaseh sedia menemani aku dan sentiasa memberi aku semangat.
pemandangan pantai dan laut dari bilik. alhamdulillah, pagi ini pun masih dapat menghirup udara segar dan melihat kuasa ciptaan Allah. bila tengok pokok-pokok kelapa ni, terlintas di fikiran aku. kental kan dia? walau ribut-monsun sekalipun, akar yang kuat tidak membuatnya roboh. kuat menahan diri dari terbalik. hurm, belajarlah sesuatu dari alam, mira.....
kuat lah.....
sabarlah....
walau apa pun dugaan mendatang.....
esok ada perancangan. aku berharap aku kuat menempuh hari esok, menatap wajah-wajah yang sudah sekelian lama (satu waktu dulu mereka ada dalam hati aku) tidak aku tatapi kerana begitu pilu dan terlukanya hati. hampir setahun jika tiada silap ku. namun, pesan seorang tua itu yang tiba-tiba muncul di hujung katil sewaktu di hospital tempohari telah melembutkan hati aku. pelukan dan ciuman si tua itu membuatkan aku sayu dan terburainya airmataku.
hati ini ku biarkan mengalah walaupun ia kuat mengatakan tidak dan tidak mahu ! aku pujuk hati ini, agar berkorban untuk Qaseh - moga aku mampu melihat dia gembira bersama mereka - moga terukir senyum dan terletus ketawa dari dia dan mereka. aku tidak tahu bila ajal akan menjemput aku pulang. lantas, biarkan aku perbuat semuanya sebelum aku menutup mata kelak. aku amat sayang pada Qaseh. dan pernah suatu ketika dan masih jua di saat ini, hati aku ingin menyuarakan satu persoalan, tapi mungkin kerana aku masih mampu menyimpan segala yang terbuku itu dan mungkin belum tiba masanya dan mungkin belum izinNYA. bersabarlah.
ya Allah, permudahkanlah urusan ku esok hari. semua ini adalah baik untuk agamaMu ya Allah...
walaupun hati ku ini amat sakit dan pedih, aku mohon padaMu agar KAU berikanlah aku kekuatan dan semangat, Ya Allah... dan kurniakanlah kesabaran padaku lagi ya Allah... aku mohon padaMu kerana aku hanya hambaMu yang kerdil lagi lemah, sedang Engkau Maha Kuasa atas segalanya....
amin.
cerita semalam......
PUSINGAN PERTAMA
aku: 1. aiskrim roti 2. sizzling yee mee
Qaseh: 1. nasi goreng cakna 2. carrot susu
haha. mmm....tak cukup. belum kenyang. hihi. tong besar masih mohon di isi.
;)
menunggu order pusingan kedua sampai
PUSINGAN KEDUA
aku: 1. roti bakar 2. mushroom soup
Qaseh: 1. black pepper steak
hehe. finally, mission accomplished ! alhamdulillah, kenyang dengan izinNYA..
;P
ok, malam ni turn aku belanja.. hik-hik-hik.
sila bayar !
moga hari-hari ku nanti mampu aku jalani dan langkahi dengan penuh semangat dan kesabaran yang sentiasa membukit. insyaAllah. Dia yang memberi aku ujian dan pada Dialah tempat aku mohon supaya aku lulus semua ujianNya.
terima kasih ya Allah,
di atas segala kasih sayangMu.
June 8, 2011
pesan,
kata seorang tua
usah di biar si ibu
membela hasil kasihmu
kelak mungkin membawa kecewa
kerna kasih sayang ibu pada si anak
tidak sama dengan kasih sayang nenek pada cucunya
usah di biar si ibu
membela hasil kasihmu
kelak mungkin membawa kecewa
kerna kasih sayang ibu pada si anak
tidak sama dengan kasih sayang nenek pada cucunya
June 7, 2011
June 6, 2011
sekuat hati kamu
berteriak
engkau tiada anak kerana engkau tidak suka budak-budak
terkedu dia
tidak terkata apa-apa
hanya airmata laju
berderai menuruni pipi
kenapa dia dipersalah sebegitu rupa?
bukankah itu kerja Tuhan?
sebelum ini bukankah dia
menjaga si kecil sewaktu dilahirkan?
bukankah dia membasuh berak
memakaikan pampers?
bukankah dia memberi makan minum
menunggu mereka sampai kekeyangan?
tahukah kamu apa yang dia rasa?
sedarkah kamu dia sentiasa cuba
melupa apa yang kamu perbuat pada dia sejak kecil?
ingatkah kamu segala kata kamu
yang meruntuh semangat dia setiap masa?
lantas kenapa dihina dia sebegitu rupa?
kenapa dikeji dia sekejam rupa?
atau kerana kamu tidak pernah
menyukainya sedari kecil?
kamu fikir dia adalah beban kamu
kerana selalu sakitnya dia?
sampainya hati kamu
lancangnya lidah kamu
bukankah dia itu anakmu?
berteriak
engkau tiada anak kerana engkau tidak suka budak-budak
terkedu dia
tidak terkata apa-apa
hanya airmata laju
berderai menuruni pipi
kenapa dia dipersalah sebegitu rupa?
bukankah itu kerja Tuhan?
sebelum ini bukankah dia
menjaga si kecil sewaktu dilahirkan?
bukankah dia membasuh berak
memakaikan pampers?
bukankah dia memberi makan minum
menunggu mereka sampai kekeyangan?
tahukah kamu apa yang dia rasa?
sedarkah kamu dia sentiasa cuba
melupa apa yang kamu perbuat pada dia sejak kecil?
ingatkah kamu segala kata kamu
yang meruntuh semangat dia setiap masa?
lantas kenapa dihina dia sebegitu rupa?
kenapa dikeji dia sekejam rupa?
atau kerana kamu tidak pernah
menyukainya sedari kecil?
kamu fikir dia adalah beban kamu
kerana selalu sakitnya dia?
sampainya hati kamu
lancangnya lidah kamu
bukankah dia itu anakmu?
May 30, 2011
May 28, 2011
May 27, 2011
May 26, 2011
Imam saya,
Cinta kita tidak ternilai harganya.
Hidup kita hanya sementara sahaja.
Entahkan esok, entahkan lusa, pergilah kita.
Bila kita dengar ada orang yang sayangkan kita,
hati kita akan merasa seronok yang tidak berbelah bagi.
Cinta itu penting buat kita meneruskan hidup ini.
Usah menunggu esok, Qaseh ku!
May 25, 2011
g a g a L
Aku dah tak tahu nak kata apa. Bangun seawal jam lima tiga puluh subuh tadi. Dengan keadaan badan yang kurang sikit tahap kesihatannya. Membuka laman web pertukaran.
Hasilnya,
Dan kesannya adalah pada hari ini. Keadaan diri mula tidak well-managed. Marah tidak tentu pasal. Dan yang paling teruk, aku terlupa mengambil ubat thyroid aku pada waktu yang sepatutnya. Aku sudah tersasar empat jam lewat. Waktu aku sedar, seluruh tangan dan kaki aku ketar, tangan aku mula berpeluh sejuk, tapak tangan mula pucat dan kuning. Masa tu, aku baru teringat aku belum makan ubat thyroid.
Bila dah makan ubat itu pun, kesan sakit dan rasa tidak selesa itu, tidak hilang pun. Pening dan sakit kepala mula menjengah, rasa emosi aku sangat tidak seimbang. Hatta sampai sekarang, aku masih lagi menahan sebak dan sesak di dalam dada ni. Aku rasa mahu berteriak, bertempik sekuat hati, tapi apa lah daya aku.
Aku tidak tahu untuk berkata apa-apa lagi.
Aku terjatuh dan terduduk di satu sudut yang amat dalam sangat-sangat !
May 23, 2011
makan-holic
mana mahu mula ya?
sebenarnya tidak dapat melelapkan mata sejak terkejut tidur dalam lebih kurang pukul 4.30 pagi tadi. menemani Qaseh untuk bertolak ke tempat kerja setelah bercuti untuk menemani aku semalam. haha. aku bukan la tak sihat sangat. cuma nak bermanja je. hik-hik-hik. ada berlaku pendarahan je sikit. cengeng je lebih. huhuhu. bukan apa, hari sabtu lepas, hajat nak menggunakan tiket percuma ke pusat sains negara untuk melihat pameran dinasour, tapi terpaksa cancel last minute kerana perlu pergi berubat dengan mak haji. berubat apa? lintah lah. bekam lintah. ini antara salah satu cara aku untuk berikhtiar sebelum pergi menyerah diri sahaja pada doktor dan hospital untuk pembedahan csyt tu. manalah tahu dengan ikhtiar ini, aku tak perlu operet. tidak perlu nak pandang rendah pada ilmu dan kepakaran orang-orang tua. kadang-kadang mereka ini lebih power dari doktor hospital tu. selebihnya aku hanya berserah pada Allah, jika Allah telah menetapkan aku akan sihat, maka sihatlah aku, namun jika tidak, usaha lah lagi kan? siapalah aku untuk berputus asa kan? lagi kan doraemon tu, usaha macam-macam keluarkan apa-apa barang yang dia ada dalam poket ajaibnya untuk menyelamatkan dirinya dan nobita kan? just learn from its spirit !
ok. nak cerita pengalaman bekam lintah tu. lintah tu memang degil sebab dia tak stick on atas perut aku pun. duk bergerak-gerak je atas perut aku. memang aku bertempik la. geli gile !!! tapi lama-lama ok lah. hilang lah geli tu. tempat yang doktor suspect tu, langsung tak diendahkannya. hampir menjangkau dua jam, barulah dia bergerak ke bahagian belakang perut aku (kawasan pinggang atas punggung). masa tu, wah ! - aku berteriak kuat sebab sakit gile masa dia cucuk mulut dia kat kulit aku. pedih-ngilu semua ada. huhu. tapi tahan je lah. nak baik kan? masa dia sedut, tak ada lah rasa sakit, cuma kadang-kadang dia cucuk gigi dia tu, oh, memang nazak lah ! nak menangis rasa. tapi, harus kuat dan kental ! haha. dia mula menggigit aku dalam pukul 2.20 petang macam tu. selesai dalam pukul 3.40 gitu. lama tu. aku dah bosan tapi just feel the perasaan yang indah-indah ! haha. whatever la mira ! mak haji cakap, darah aku keluar dengan lendir. huhu. aku yang bertahan sejam lebih tu, bangun cepat-cepat lepas mak haji bekamkan darah yang berlebihan untuk keluar-terus ke toilet, tak tahan - mahu terkencing gile. padahal aku tak minum apa-apa air masa sebelum buat bekam tu. aku fikir, maybe kesan lintah tu. haa, biar dia keluarkan semua toksik dalam badan. buat apa nak simpan kan, kalau dah toksik mendatangkan bahaya !
usai di rumah mak haji (dari pukul 12 tengahari hingga 4.15 petang lebih kurang),
mak haji bertanya; "mahu ke mana selepas ni?"
aku jawab; "entahlah mak haji, jalan-jalan kot." hehe.
mak haji balas; "best kan dapat gi jalan-jalan. "
aku balas balik; "ye lah mak haji, sementara berdua ni, jalan la sampai puas-puas, nanti kan kalau dah ada anak, lain pula caranya." hehe.
meninggalkan rumah mak haji, aku dan Qaseh ke restoran hadramawt. ini adalah restoran makanan arab. haaaaa, ini baru ada kaitan dengan entry kali ini. mukadimah bukan main panjang lagi. hoho. sebenarnya kan, bulan mei ini adalah bulan menghabiskan duit untuk makanan untuk perut. serius ! aku dan Qaseh jenis psiko dan obses la sikit bab-bab makan ni. haha. dalam bulan ini sahaja dah dua kali aku ke rawsha restaurant (makanan arab), ke tarbush (makanan arab la lebih kurang), intai-intai restoran (dinner) dan lain-lain la. lupa sudah ! dan ke hadramawt tu sebab aku dah memang gile dengan nasi arabnya dan sudah tentunya kambingnya ! wah, psiko yang amat ! di hadramawt, turqish coffee memang sedap gila. aroma, wah ! tak tahu nak cakap macam mana. sebab, bab-bab makanan ni, terlalu subjektif. jadi, cuba sendiri, rasa sendiri, nilaikan sendiri.
cumanya yang tak syoknya, Qaseh. first time dia makan tak habis. pening, tak larat semua bersatu dalam badan dia. haaaaa, sebenarnya, Qaseh pun buat juga bekam lintah tu. tapi Qaseh buat area dahi sebab asyik duk mengadu sakit kepala dan mata kabur. tapi kan, kitorang sememangnya sengaja mencari nahas. ye lah, baru selesai bekam, gi sumbat pulak dengan kambing. tekanan darah tinggi la wei ! kalau tak bekam pun, selalu pening dan macam nak pitam lepas pekena kambing, ni pulak lepas bekam, memang sengaja mengundang bala. haisshh, idea sape la tu? haha. aku tak kira, makan tetap makan ! sakit kemudian kira la. asal perut seronok. hah, gilo ! nasi aku kasi licin pinggan. haha. tapi aku memang tak puas hati turqish coffee tu. mug arab yang kecik gile tu ! tak puas wei, dah lah aku hantu coffee. ah !!!
cumanya yang tak syoknya, Qaseh. first time dia makan tak habis. pening, tak larat semua bersatu dalam badan dia. haaaaa, sebenarnya, Qaseh pun buat juga bekam lintah tu. tapi Qaseh buat area dahi sebab asyik duk mengadu sakit kepala dan mata kabur. tapi kan, kitorang sememangnya sengaja mencari nahas. ye lah, baru selesai bekam, gi sumbat pulak dengan kambing. tekanan darah tinggi la wei ! kalau tak bekam pun, selalu pening dan macam nak pitam lepas pekena kambing, ni pulak lepas bekam, memang sengaja mengundang bala. haisshh, idea sape la tu? haha. aku tak kira, makan tetap makan ! sakit kemudian kira la. asal perut seronok. hah, gilo ! nasi aku kasi licin pinggan. haha. tapi aku memang tak puas hati turqish coffee tu. mug arab yang kecik gile tu ! tak puas wei, dah lah aku hantu coffee. ah !!!
ok. selesai hari sabtu. ni nak cerita hari ahad pulak. pagi dah breakfast dengan mee goreng special buatan pengasih aku sendiri. lepas tu, kemaruk coffee, dengan tak sedarnya aku bancuh satu jag coffee panas. haha. mentang-mentang dah tak makan biodex, semua makanan dan minuman aku bedal. padahal coffee tu aku tak boleh sentuh pun ! hah, ada aku kesah ? bulan depan la aku pantang semula. lepas pekena coffee tu, dua-dua orang terbungkang. kau - tengok - aku - tengok - kau ! haha. kitorang dah memasuki fasa cafein yang berlebihan. kami mula berpeluh, dada berdegup kencang, lemah macam nak pitam dan sebu rasa badan. hehe. sengih je la. apa-apa pun kesalahan adalah di bahu aku. ;)
dalam pukul 11 pagi, haaaaa - aku dah mula rasa lapar. aku tak tahu kenapa selera aku makin besar. memang gara-gara ubat adrenal support la aku rasa. dan emosi aku pulak happy memanjang. haha. aku pun pelik, tapi tak boleh nak fikir pelik sebab rasa happy je. bahagia je. doktor bagi aku ubat apa ya? haaaaa..
lepas tu, minta Qaseh pergi kedai, belikan barang-barang nak masak. menu pada hari tu, siakap stim dan tomyam seafood+sayur. dah makan, perut dah besar, selesai solat, layan cd, dan lepas asar tu aku mula merepek lagi.
aku: abang, nak makan apa ya petang atau malam ni?
Qaseh: entah, ikut ayang lah.
aku: macam nak makan spagetti, lasagna. wah sedapnya ! tak pun western..
......potpetpotpet......
Qaseh: jom !
aku: kita keluar lepas magrib ya !
Qaseh: ok, kita ke Four Happy Seasons restaurant !
aku: bereh !
maka, Four Happy Seasons restaurant menjadi destinasi tujuan kami. haha. lawak gile ! sampai je kedai tutup. bussiness off on sunday. ambik kau ! terkebil-kebil. tak tahu nak pergi mengisi perut kat mana, finally Qaseh ajak ke Cheng Ho Restaurant (restoran Amy Search). hopefully ada la western. aku dah tak nak makan nasi. nak diet ! tapi, masa sampai tu, aku dah cuak bila tengok table dan dekorasinya. dalam hati, "ni macam untuk heavy dinner je". duduk, tengok menu - SELAMAT ! pergi jahanam la dengan diet ! gggrrrrrr, tak ada western, tak ada light-light, yang ada set menu untuk heavy, NASI !!! oh nOOOO !!! aku nak marah dan nak merajuk, tapi pada siapa ? Qaseh ? dia pun tak tahu. nak keluar dari situ ? oh, malas lah. cari parking satu hal - susah ! dengan perut je beriramakan lagu-lagu mentor! order je lah ! ambil set yang untuk satu hingga tiga orang makan dengan empat lauk (menu yang paling kecil beb). EMPAT LAUK !!! gila ! aku dah warning Qaseh, "abang, sila makan dengan habis ya!". orang tu sengih je. lalalala... aku dah cakap, aku nak diet !
haha. sampai je makanan (lama sikit sebab orang ramai kot), aku terus terkedu dengan sup seaweed dia. wah, aroma best gile ! senduk la. dah selamat, dah lebih lima suap dah ! jakun sungguh ! semuanya best ! Qaseh pilih sotong, sup, sayur, daging. semuanya masakan cina la. aku tak order ye sebab masa tu aku merajuk sebab tak dapat makan lasagna dan spagetti. haha. dan siapa yang paling banyak makan ? haha. korang agak la sendiri. yang pastinya, diet bukan bernama diet lagi. boleh dikatakan hampir keseluruhan aku makan nasi dan semua lauk. yang sikit tu Qaseh. huhu. nasib baik la juga disediakan air teh cina kosong. boleh lah aku lapikkan perut aku - dan nasib baik aku juga suka minum teh cina ni. oh, aku tak nak digoda oleh makanan lagi.. cukup !!!
balik rumah, mula tidak sedap badan sebab dah nak semput. aku sebenarnya tak boleh sangat makan malam. biasanya aku akan lelah. haha. memang hari mencari penyakit !
jadinya, minggu depan bermula lah cuti selama dua minggu. makanya, poket juga akan selamat. sebab, makan kat rumah mak. haha... !!! lalala. aku tak sabar nak balik kampung. nak makan nasi minyak, nasi dagang, laksam, dan hajat nak suruh mak buat laksa kuah putih. aduiiii, aku lapar la sekarang !!! mira, STOP !!!.
gemuk dah orang kat atas tu, adusshh!
*nak tidur, menangis-sebab tempat bekam berdarah lagi*
-gil0 cengeng!-
May 20, 2011
May 18, 2011
May 16, 2011
hadiah terbaik
entah kenapa. rasa sayu. rasa mahu menangis tatkala mendengar lagu permata yang dicari ni..
.....ya Allah jika dia benar untukku
dekatkanlah hatinya dengan hatiku
jika dia bukan milikku
damaikanlah hatiku dengan ketentuanMU
dialah permata yang di cari
selama ini belum ku temui
tapi ku tak pasti rencana Ilahi
apakah dia kan ku miliki......
apa yang tak kena dengan aku pun aku tak tahu. huhu. cuma aku tahu, ingatan si dia pada dia masih ada. segar atau tidak, itu aku tidak tahu. semuanya dalam rahsia Allah. bukan aku tak nak berusaha untuk menghapuskan ingatan si dia terhadap dia, cuma aku tidak mahu meletakkan diri aku dalam keadaan merbahaya sekali lagi sepertimana aku disantau dulu. cukuplah. penat! apa yang aku termampu hanyalah mengangkat tangan dan berdoa agar Allah merahmati hidupku dan melindungi aku dan keluargaku dari segala musibah dan bala bencana, agar kami sentiasa rukun dan damai. tutuplah pandangan mereka (manusia,jin mahupun syaitan) yang mahu berbuat kerosakan kepada kami. hindarilah kami dari kejahatan secara terang-terangan mahupun yang tersembunyi. dan semoga kami sentiasa dalam perlindungan dan kasih sayang Allah. amin. Allah tahu apa yang ada dalam hatiku. dan aku yakin Allah bersama-sama orang yang benar dan teraniaya. moga aku sentiasa kuat!
ok, dah! tak nak sedih-sedih lagi lah!
hari ini - setiap tahun menjadi hari yang bermakna bagi setiap insan yang bergelar guru. SELAMAT HARI GURU buat semua pendidik di dunia ini. sebenarnya, di awal pagi tadi aku nak hantar mesej pada ustaz ismail bin aman kerana mengajar ilmu usuluddin, tasawwuf, tauhid dan macam-macam kitab lagi pada aku yang amat jahil ni. tapi entah kenapa tidak tersend mesej tu. urm, mengaku sahaja - aku segan dan malu. apa-apapun aku zahirkan di sini, TERIMA KASIH, ustaz! bagi aku amat sukar mencari seorang guru yang murabbi macam ustaz aku tu di kala zaman yang serba moden dan zaman di mana serba benda dianggap mudah hukum hakamnya ini. haish, bila lah nak pindah ni? rindunya pada kelas ustaz! :'(
sekadar mengingatkan... marilah kita semua wahai pembaca - mencari ilmu akhirat di atas dunia ini. gunakan dunia ini untuk bekalan akhirat sana. moga kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi. insyaAllah.
ok. berhenti membebel. sekarang mahu aku ceritakan semua ceritera hari ini. wah! tahu kenapa aku ambil bahagian dalam semua aktiviti yang diaturkan pada hari ini? sebab aku dah isi borang pertukaran, maka aku berharap sangat pertukaran aku diluluskan, dan jika lulus (keputusan pada 25mei2011), kiranya inilah kenangan paling manis dan terindah aku di seminda ini. haha. ya Allah, permudahkanlah urusan aku, sesungguhnya hanya Engkau yang mengerti rasa di dalam hati aku ini.
semasa di perhimpunan pagi tadi, aku sempat bermain kata (mesej) dengan suhada! wei, aku rindu kamu sangat-sangat lah! aku nak peluk cium kamu lah, su.....
selepas selesai perhimpunan, get ready untuk menukar pakaian sukan! wah, masa ni pelajar sibuk nak bergambar. masa aku cun melecun tadi tak der pulak nak bergambar, masa aku berpakaian sukan la diorang sibuk nak men-snap gambar! wah, whatever! asal i and you all happy! then, enjoy!
dan inilah antara hadiah mereka buatku dengan izin Allah swt. terima kasih semua!
khamsahamnidha!
terima kasih guru! jua khas buat...
1. cikgu rizah - guru bm aku sewaktu aku darjah 6. haha. apa yang pernah aku rasa dengannya? cubit di pusat lah gara-gara bm tak dapat A. haha.
2. cikgu ramlah - best sangat belajar fizik dengan kamu! wah, seronok dan teruja!
3. cikgu noormaziah - guru bm yang agak scary tapi baik hati sangat-sangat, penyayang!
4. cikgu hasnul - guru muzik aku sewaktu sekolah rendah. wah, saya pandai bermain recoder, tapi sekarang dah lupa. hik-hik-hik!
5. pn. norizan m4p - mentor ku sewaktu menuntut ilmu di sana dan insan yang tidak penat lelah memberikan aku semangat dan mengunjungi aku semasa operation di Island Hospital 2006 !
6. en. azmi m4p - walaupun dia seorang yang sukar untuk tersenyum, tapi dia sangat comel bila dia tersenyum! dan dia banyak mengajar aku dalam profesion perguruan ini !
7. pn. khatijah m4p - banyak menasihati aku dalam kecelaruan hidup. haha !
8. cikgu razak muda - pernah memberikan aku kepercayaan menjadi deejay smkkj satu waktu dulu semasa bulan ramadhan untuk dedikasi lagu hari raya !
oh dan ramai lagi. tidak tersebut di sini. dari aku tadika, skfk1, smsed, smkkj, upmt, sksp, skpb, stemza, mppp, smasid, smkam, hinggalah ke sini - smkbi..... ku ucapkan semoga kita beroleh keredhaan dalam perjalanan profesion kita semua dan moga semuanya mendapat berkat dari Allah swt.
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA!
hadiah terbaik buat semua;
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan
Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh
Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan
Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan
Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan
Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh
Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan
Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan
Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri
May 15, 2011
semuanya hypo...
kesinambungan dari minggu-minggu yang sudah.
masa bleeding teruk dan sakit yang teramat di dalam perut, sesampai sahaja Qaseh di rumah, terus aku minta dia hantarkan aku ke klinik. hajat asalnya nak ke hospital, tapi sudah lewat malam, lagipun sudah mesti beratur panjang, sedangkan aku sakit yang amat. akhirnya ke klinik sahaja.
melewati pintu masuk-duduk di sisi doktor, Qaseh tetap setia menemani. doktor K syak aku ada masalah thyroid. masa tu, tanpa sedar, airmata merembes keluar. apa lagi dugaan untuk aku ni? sudah-sudah lah. penat ya Allah. entah di mana rasa malu berdepan dengan doktor, melainkan hanya perasaan sendu dan sayu. dugaan buatku tidak pernah berhenti. tabahkan aku ya Allah!
doktor K menyarankan aku menjalani satu ujian darah khusus untuk hormon thyroid, progesteron, estrogen, cortisol. hurm, whateverlah doktor! tengok la dulu. balik, fikirkan dulu.
esoknya, aku ke klinik lain pula. gara-gara ketidakpuasan hati dengan doktor semalam. aku? selagi tidak ada bukti kukuh dan kuat, aku susah nak percaya. amat susah. masa di klinik pagi itu, aku mohon sangat-sangat supaya doktor scan perut aku. aku tidak tertanggung rasa sakit itu lagi. tolonglah! dan keputusan scan menyebabkan aku menangis tanpa sedar sekali lagi. ada cyst sebesar 4cm diameternya! oh, melampau! ya Allah, kuatkan semangat aku! sebelum ni, tahun 2006 aku di operate kali ketiga di Island Hospital untuk membuang cyst dan endometriosis. masa tu, diameternya dalam 3.5cm rasanya-confirm tidak menjangkau 4cm. oh, besar kali ni! dan dalam kepala aku, aku tak nak di bedah lagi. cukuplah dengan tiga kali itu! tak sanggup aku lalui hidup dengan wayar berselirat dan lain-lain kaedah rawatan. penat!!!
dan soalan aku untuk doktor itu;
aku: doktor, kalau saya ada thyroid, kebarangkalian saya nak pregnant, susah sangat ke?
doktor S: oh, kalau ada thyroid, memang susah la nak pregnant!
aku dah cuak. betul ke apa yang diperkatakan doktor K semalam? dan mungkin kerana riak wajahku berubah, dia berkata:
doktor S: tapi, jangan bimbang. kena control hormon tu dulu, kalau hormon dah stabil kembali, bolehlah mengandung.
hurm, apa-apa je lah doktor. doktor meminta aku ke HKL dengan segera sebab dia bimbang cyst sebesar itu. dan dari HKL aku patah semula ke HA. maka, sudah tentu, mereka tidak bimbang pun! mereka hanya bagi aku tarikh temujanji je. bulan 6 pulak tu. whatever!
masih tidak dapat menerima hakikat bahawa cyst ada semula, aku pergi jumpa bidan. aku minta bidan rasakan perutku. katanya...
bidan: memang ada ketumbuhan ni. besar. mak aji tak berani nak usik sangat. takut pecah. kita cuba berubat cara tradisional lah.
aku: macam mana tu?
bidan: kita guna lintah. sedut apa yang kotor ni. sebab ketumbuhan ni asal dari darah. dia macam janin. cuma dia tak ada mata, kepala, kaki, tangan. dia membentuk daging. sebab tu kadang-kadang rasa dia hidup, berdenyut, sakit. tidur pun tak selesa kan?
aku: ya, mak aji. sakit sangat-sangat. kalau nak tidur, kena lapik bantal kat bawah perut. kalau tak, memang susah nak lelap. memang tak selesa. tapi nak guna lintah? geli lah!
bidan: nak baik ke tak nak?
aku: -sengih je!-
balik rumah. biasalah, melayan perasaan sahaja.
hari tu, memang aku stress sangat-sangat! nangis-nangis-nangis! tu je yang aku tahu. masih terngiang-ngiang di telinga kata doktor K, "masalah thyroid boleh sebabkan keguguran", juga teringat kata doktor S,"kalau ada masalah thyroid, memang susah nak mengandung".
Qaseh terus memujuk dan memberi kata-kata semangat namun aku masih termanggu. tidak tahu mahu berbuat apa. semangat telah hilang!
.
.
.
esoknya, tanpa apa-apa makanan dan minuman manis-hanyalah air putih semata, ke klinik doktor K semula. aku setuju untuk di ambil darah. hurm, susahnya lah. mula-mula di bahagian lengan kanan aku. urat tidak timbul terang. gara-gara eczema la ni. lengan tangan kiri pun sama. huhu. akhirnya, tangan kanan aku. dan, mak aiii-sakitnya! Qaseh cakap, darah susah nak keluar dan pekat sangat-sangat. bersabarlah wahai hati!
bil bayaran selepas ambil darah. sila bayar cash!
aku mendapat panggilan telefon dari klinik doktor K selepas hari ke dua darah aku diambil. hurm, cepatkan? tapi, aku nak pergi sorang-sorang? maaf lah! tunggu Qaseh balik lah. moral support please! dan apabila Qaseh sampai je rumah malam tu, aku terus ajak Qaseh ke klinik doktor K.
dan keputusan ujian darah, amat mengejutkan aku!
Hypocortisolism
doktor kata cortisol (stress hormone) aku berada di tahap rendah. kadar normal cortisol adalah antara 500-550nmol/L. aku? tengok je la kat atas tu. 166nmol/L. kata doktor K apabila cortisol rendah, aku mudah sangat stress, bila aku stress, eczema aku akan menjadi aktif. ya, aku dah tahu sejak dulu. sebab aku dah perasan sebelum ini. bila aku stress, eczema aku bertambah teruk. huhu. tapi tak tahu nak control stress macam mana. stress - memang aku tak pandai nak manage dan control !
ok, next! estrogen.
estrogen: ok !
doktor kata estrogen aku quite ok. so, alhamdulillah. sepatutnya dalam range 200pmol/L. tapi kira ok lah 156pmol/L tu. seterusnya, progesteron. oh, azab!
progesteron: lower limit !
hormon progesteron (berdasarkan pembacaan dan pengetahuan aku), adalah penting untuk kehamilan dan menyokong pertumbuhan embryo. dan kadar normal adalah antara 10-75nmol/L jika tidak mengandung. jika mengandung, kadar adalah 40-220nmol/L. aku? 0.5nmol/L doktor kata rendah sangat-sangat! tahu apa doktor kata pada aku?
doktor K: kalau dengan 0.5 ni, macam mana nak pregnant? kalau pregnant pun, akan berlaku keguguran.
aku: -rasa nak pitam, dan rasa nak cakap kat doktor "saya tak dapat terima kebenaran ini"-
:'(seterusnya...thyroid.
Hypothyroidism
kandungan FT3 dan FT4 aku adalah amat rendah di mana bacaannya adalah 4.9pmol/L dan 15.1pmol/L. di paras hypo sangat-sangat! dan, sahih! tanda-tanda seperti kelesuan melampau (severe fatigue), ketidaktahanan kepada cuaca sejuk (air-cond contohnya), sembelit, murung (ketidakstabilan mood), selalu cramp, rambut gugur, pucat, eczema, selalu lupa, jantung berdegup kencang tanpa apa sebab, kurang haemoglobin, semput - pada aku akhirnya terjawab. semuanya berpunca daripada yang satu ini, iaitu THYROID!
kenapa lah doktor-doktor sebelum ni, tak tahu ini punca sakit aku selama bertahun-tahun sebelum ini.
ah, mira! yakinlah Allah mahu mendugamu.
Allah mahu melihat setakat mana usahamu dan kesabaranmu.
bersyukurlah pada DIA, mira kerana akhirnya doamu termakbul.
DIA telah hadirkan doktor K untuk membantumu mencari punca kepada semua permasalahanmu.
oh ya Allah, ampunilah aku. sesungguhnya aku amat jahil dan buta di atas segalanya! dan terima kasih ya Allah !!!
dan rawatannya adalah...
pil-pil besar!
1. adrenal support - untuk membantu tubuh agar tidak terkejut dan diambil dalam masa 10 hari sahaja!
2. utrogestan - untuk membaiki hormon progesteron aku dan menstabilkan estrogen juga dan diambil pada hari ke 12 hingga 25 haid setiap bulan!
3. cortisol - untuk memperbaiki dan menstabilkan hormon cortisol aku dan mungkin perlu diambil sepanjang hayatku!
4. thyroid T3 dan T4 - untuk memperbaiki dan menstabilkan hormon thyroid T3 dan T4 aku dan wajib diambil sepanjang hayat aku! huhu. :'(
EPA- multivitamin-coQ10
di atas ini adalah supplement yang harus aku telan sebiji setiap hari untuk menyokong kepada kestabilan hormon aku. doktor kata kalau aku tak ambil pun tak apa-apa tapi sedikit goyah lah pertahanannya. jadi, biarlah berhabis duit dan harta sekalipun, aku sanggup asal aku sihat dan berupaya menjalani hidup ini dengan semangat, tabah dan sabar. dan aku tidak harus berputus asa kan? sesungguhnya sesiapa yang berputus asa, hilang kasih dan rahmat dari Allah kan? aku tidak mahu begitu. aku mahu kasih sayang Allah. jadi, untuk apa aku berputus asa kan?
bil ubat-ubatan. dan inilah harga yang harus aku bayar setiap bulan selepas ini bermula bulan ini.
sehingga detik ini, hari ini adalah hari ke-empat aku memakan semua ubat-ubatan yang disuruh oleh doktor K. dan aku dapat merasai sedikit perbezaan. walaupun urine aku bertukar warna kepada kuning susu, tapi badan aku rasa sedikit best! sebelum ini, aku selalu sakit tulang belakang aku jika aku basuh satu bilik air, membasuh baju menggunakan tangan (bukan mesin). namun, hari ini aku membasuh baju dengan tangan dan membasuh dua bilik air. alhamdulillah, sakit yang sebelum ini aku deritai tidak menjenguk lagi setakat ini. cuma satu je, aku masih lagi merasa sakit jika aku duduk (contoh di depan laptop) dengan lama. aku bukan apa. saje je nak meng-test keberkesanan ubat-ubatan itu. dan setakat ni, aku berpuas hati. tunggulah apa perubahan positif lagi dalam bulan jun nanti.
sebelum aku pulang dari klinik malam itu, aku bertanya kepada doktor K:
aku: kalau saya nak try get pregnant lagi, macam mana doktor?
doktor: urm, saya rasa buat masa ni, elakkan lah dulu. bagi tempoh dan masa untuk badan heal dan stabil.
aku: agak-agak berapa lama doktor?
doktor: dalam tiga bulan.
dalam hati aku "uish, lamanya". umurku semakin bertambah!
apa-apapun, aku serahkan segalanya pada Allah kerana hanya DIA yang Maha Mengetahui apa yang tersurat dan yang tersirat. moga semuanya akan baik-baik sahaja nanti dengan rahmat dan kasih sayang dariNYA dan cinta Qaseh.
amin.
May 10, 2011
secretive ?
mereka berkata aku ini penuh misteri. sukar sekali mendalami aku. sungguh kental aku menyimpan seribu satu rahsia. apa sahaja persoalan mereka akan aku akhiri, "insyaAllah, suatu masa nanti aku gosipkan dengan korang". tapi kata mereka aku tidak bersuara juga walau setelah lama menunggu.
entahlah. teman sekerja pernah berkata aku seorang yang suka memendam rasa. teman belajar pernah berkata aku kuat berahsia. hatta ada mereka yang mengenali aku juga berkata kewujudan blog ini sama sekali tidak membantu mereka mengenali aku sedalamnya kerana sentiasa ada maksud tersirat yang mereka tidak dapat agak. hurm....
ya, aku akui aku seorang yang amat perahsia. hatta aku pernah mengalami dugaan yang maha berat namun suara aku masih tersekat dikerongkong. sehinggalah aku menangis teresak-esak, dipujuk dengan gaya yang memang kena pada caranya, barulah aku membuka mulut. pada waktu itu, semua orang terduduk. ternganga. tidak terkata apa-apa. dan seingat aku, bebanan itu menyebabkan aku jatuh tiba-tiba dan hampir pitam di satu tempat di khalayak ramai yang langsung aku tidak kenali mereka-mereka yang berada di situ. dan aku tidak mahu menghadapi dugaan itu lagi. jagalah aku ya Allah !
kenapa aku terlalu memendam?
kerana..
- tidak semua orang akan menjaga hati aku,
- tidak semua orang akan menjaga keaiban aku,
- tidak semua orang akan memahami apa yang aku rasa,
- tidak semua orang akan menemani aku dengan kata-kata positif,
- tidak semua orang akan sanggup bersusah payah dalam setiap derita.
lantas,
- pendamkan sahaja daripada rebah dan terluka dengan lebih dalam.
selebihnya, aku serahkan segalanya pada Dia Yang Maha Pengasih dan lagi Maha Penyayang !
May 9, 2011
sekeping nota sebakul ingatan
Nota di atas itu terletak elok di atas meja saya dengan sebakul makanan dan minuman. Kiranya sebahagian daripada hamper pelajar-pelajar ini. Kenapa nota? Kerana saya tidak hadir ke tempat kerja dan kurang sihat pada hari pengumuman pemenang itu. Aduh, terharunya ! Terdetik di hati saya, kenapa mereka tidak membahagikan samarata antara mereka-kecualikan sahaja saya. Bukan besar sangat pun komitmen saya pada mereka. Biasa-biasa sahaja. Saya hanya membantu mereka dalam memberikan tatacara dan prosedur sebenar dalam pembuatan minyak wangi. Senarai peralatan yang hendak digunakan. Selebihnya daya usaha mereka semua men‘google’ bahan-bahan pewangi. Saya seronok apabila dapat membantu mereka dan gembira melihat mereka teruja membuat projek yang saya kira kali pertama terlaksana dengan jayanya. Namun, jauh di sudut hati saya, kesyukuran sangat-sangat. Mereka masih mengingati dan menghargai saya walaupun kemenangan telah mereka raih. Ingatan mereka pada saya masih ada walaupun mereka telah ditimbuni dengan hamper dan sudah pasti dengan pujian. Moga mereka tidak lupa diri pada masa-masa akan datang apabila mereka berjaya kelak.
Kumpulan ini telah memenangi pertandingan eksperimen sempena minggu sains dan matematik. Mereka telah berjaya menghasilkan roll on perfume dengan empat wangian.
May 6, 2011
May 5, 2011
jenaka kekurangan
dugaan buat ku tidak pernah berhenti. alhamdulillah, kerana Allah tidak pernah melupakan aku. selepas dua garis itu, berlaku satu kejadian yang tidak pernah aku ingini dan seboleh mungkin mahu aku hindari. namun siapalah aku untuk melawan takdir. berhari aku meratapi, menangisi nasib. namun Qaseh tidak henti-henti memujuk dan memberikan aku semangat-membolehkan aku bangkit walaupun tidak seratus peratus. aku boleh hadapi semuanya tapi hanya dalam keadaan hambar. walau aku boleh menipu orang lain, berlagak selamba-namun hati aku, tidak dapat aku bohongi. doa tidak putus-putus. ya Allah, tenangkan hati aku, kuatkan semangat aku, lindungi aku dan walafiatkanlah aku.
hari ini, ke tempat kerja seperti biasa. cuba menggembirakan hati sendiri dengan menyibukkan diri dengan pelajar-pelajar yang masuk pertandingan eksperimen. walaupun kesihatan hanya setakat suam-suam kuku, tetapi melihat mereka gembira dan bersemangat membuatkan aku bahagia. namun, ujian itu tetap ada. seseorang dengan lancangnya berkata, "eh, kau mak ke? kau bukan mak. kau, anak pun tak de!". aku terkedu tapi senyum je lah. sedangkan masa aku bangun tu, aku tak tahu pun dia bercakap dengan siapa. aku hendak menyusun buku-buku aku. kebetulan dia memandang aku. aku senyum je la. tiba-tiba bahasa itu yang sampai ke pendengaran aku. terima kasih buat aku yang tidak tahu apa-apa. terima kasih sangat-sangat! sungguh, aku tidak tahu untung nasib ku. rupanya dia lebih hebat dari aku. tak mengapalah. moga aku sentiasa sabar dengan apa penghinaan yang dilemparkan.
di saat aku terkedu, ibu menelefon aku. ibu bertanyakan keadaan aku. bertambah sihat atau makin teruk. berlagak selamba dan memberitahu ibu, aku beransur sihat. hakikatnya aku rasa menyesal kerana berkongsi kesedihan dengan ibu kerana aku telah menyusahkan dia, membuatkan dia risau sentiasa. maafkan anakmu ini, kerana anakmu ini tidak tertanggung rasa sebak dan kecewa.
akhirnya, semua terburai juga. puas akhirnya. walau tidak mampu bersuara, cukuplah dengan senyuman. cukuplah untuk melewati hari-hari muramku. hanya Allah yang tahu segalanya.
sudah tidak sabar untuk ke hospital. bimbang sangat-sangat!
May 1, 2011
April 27, 2011
April 26, 2011
severe fatigue
minggu lepas, aku memang flat yang amat sangat. mulanya, paksa diri ke tempat kerja. tapi akhirnya ke klinik juga. memang tidak tahan. badan rasa lesu sangat-sangat. lembek. pening kepala. memang tak larat nak bangun. keadaan memang tidak selesa.
doktor suspek aku kencing manis memandangkan sejarah keluarga ada penyakit ini. darah aku diambil dan hasilnya, ya ! - cantik !. bacaan tertera 4.4. aku senyum. alhamdulillah, bebas dari penyakit itu. doktor tak bagi aku apa-apa ubat. ada sebabnya. cuma disarankan aku menjalani ujian darah. selebihnya, diminta aku rehat sepenuhnya.
sebelum ke klinik, aku dah pun menghubungi Qaseh. minta dia pulang - ambil cuti. sebab aku rasa memang aku tak mampu uruskan diri aku - atau temuilah aku pengsan dalam rumah ! ya, tak mustahil itu berlaku memandangkan pening dan rasa mahu pitam itu ada.
akhirnya, Qaseh sampai di rumah lebih kurang pukul 7 malam dan aku MC dua hari. sepanjang dua hari memang aku makan, tidur, solat. itu sahaja yang mampu dilakukan. selebihnya berbaring. tak tahu nak gambarkan macam mana kelesuan itu.
sekarang, rasa sedikit pulih. tapi masih lagi ada sedikit lesu. aku makan banyak. selang dua jam hingga dua jam setengah, mesti abdomen aku rasa lain macam. seolah ada suatu rasa resapan - macam asid kot - lepas habis rasa serapan itu, aku akan berada di fasa lapar tahap gaban. kalau tak dapat makan, memang rasa nak mengamuk. dan sepanjang beberapa hari itu, Qaseh melayani segala karenah aku. terima kasih Qaseh. cuma aku pelik lah, makan banyak, minum air putih pun banyak, tapi tetap juga lesu. hurm. kepala ni, sampai sekarang pening semacam je. haish, kadang rasa macam mahu pitam ! takut juga aku.
aku berharap sangat kesihatan aku akan bertambah baik selepas ini. dan aku juga berharap ujian yang akan aku jalani hujung minggu ni - insyaAllah - menunjukkan tanda positif. di lubuk hati ini, terselit satu rasa teruja. namun aku tidak mahu berlebih-lebih. setakat ini, hanya mampu ku panjatkan doa kepada Yang Pengasih dan Yang Penyayang agar menjaga aku supaya sihat dan selamat. dan Qaseh, aku bermohon pada Dia - agar melimpahkan rahmat dan kebahagiaan padanya.
oh, satu lagi. aku berharap sangat dapat bertukar tempat kerja di negeri lain. moga ada rezeki ku nanti. amin.
April 25, 2011
bab #2
dia. masih termanggu di jendela itu. memerhati dedaun kering menyembah bumi. melihat anak-anak berlari keriangan. sedang hatinya? tiada damai. hanya gundah di segenap inci - menghuni.
tanpa tertahan-tahan airmatanya merembes laju berderai di pipi. sakit. itu sahaja yang mampu dia zahirkan. dia sudah tidak mampu bertahan lagi. empangan kesabaran pecah jua.
digapai telefon di atas katil. mencari-cari suatu nama. sudah berkali mendail, namun tiada jawapan di seberang sana. esakannya semakin kuat walaupun hatinya berkata, "ya Allah, tenangkanlah aku. tolonglah aku ya Allah". tiba-tiba telefon bergegar. terpampang nama seseorang yang dia dail sebentar tadi. keliru. digagahkan diri, menjawab panggilan itu.
smn: assalamualaikum. haha! (nada gembira-menyakat)
dia: waalaikummussalam. (teresak)
smn: kenapa ni? kenapa? kenapa menangis ni?
dia: engkau kat mana?
smn: nak pergi kedai. kenapa ni?
dia: oh, tak apa lah. engkau pergilah kedai tu dulu. dah setel nanti kau mesej la aku.
smn: kenapa ni....? cakap je lah sekarang pun, tak apa.
dia: tak apa. kau setel semuanya, nanti mesej aku, aku call kau balik. assalamualaikum.
suara di seberang sana memanggil-manggil nama dia. punat merah ditekan. tangisannya makin menjadi-jadi. dan ruangan mesej baru di buka.
"aku tak apa-apa. hanya rindu mendengar suaramu, sahabat...."
butang send ditekan. dia kembali terkulai dalam tangisan.
in fact, friendship is better than love!
April 21, 2011
April 20, 2011
April 17, 2011
April 16, 2011
April 13, 2011
saranghaee
Ingin bersuara.
Tersekat di kerongkong.
Emosi tidak menentu.
Kejap naik, kejap turun.
Kejap tertawa, kejap tertangis.
Adakah pengaruh stairway to heaven
Yang hampir setiap hari ditayang di depan mata?
April 12, 2011
bab #1
ini kisah tentang seorang dia...
dia. di waktu dia sedang mengumpul segala kekuatan dan semangat, airmatanya berderai laju umpama hujan di musim tengkujuh - tiada hentinya. hati dan perasaannya kembali dicuit dengan segala rasa sayu dan duka. derita yang semakin lama terbeban di bahunya, semakin lama semakin menjeruk rasa. pedih.
dia sering mencuba untuk bangkit dari kegelapan - mencari arah yang hendak dituju meskipun teraba-raba. dia bukannya seorang insan yang cepat berputus asa apatah lagi menjadi insan yang cepat mengalah dan bukan seorang pengecut. dia tidak kenal erti putus asa. di setiap kelukaan dan kesedihan yang tercipta, dia sentiasa gigih menghadiahkan setiap insan dengan senyuman. tidak pernah dikanvaskan rasa duka itu.
namun, semakin gigih dia melangkah, semakin ngilu dan siksa yang dia rasa. semakin ingin di buang segenap rasa duka, semakin dia pedih dan sakit. dan setiap kali itulah jua dia kembali tersungkur jatuh dengan tanpa dia rela. esakan yang menggila pasti mencuit hiba hati setiap yang memandang.
dia - juga seperti insan lain. mahu hidup bahagia - gembira. hingga selamanya.
tolonglah, kasihanilah dia.
April 8, 2011
tazqirah (iii)
Tidak boleh tidur. Sebab? Tiada mood. Boleh pulak macam tu ye? Apa-apa je lah.
Terpanggil untuk mencoret di sini setelah hampir 2 jam berchatting dengan seorang sahabat. Dia telah keguguran lagi buat kali ke-7. Apa perasaan dia ya? Agak lah sendiri. Aku jua sudah sedia maklum.
Aku mengharapkan masih ada sinar buat kami berdua. Dan jika tiada jua, redha-lah wahai hati-kerana sesungguhnya semua yang tercipta itu adalah yang terbaik buat kami.
“Kita hanya boleh merancang namun Allah jua yang menentukan”.
Tersingkap kembali kisah seorang bekas teman sekerja. Dia sebelum ini hanya dikurniakan 3 orang puteri. Dan sudah tentu lah yang ketiga itu sebenarnya dia berharapkan si putera. Sehinggalah dia disahkan mengandung lagi buat kali ke-4. Dan kali ini, permintaannya diperkenan Allah swt.
Di sebalik kegembiraan lahirnya si putera itu, terselit jua kesedihan dan kesusahan. Puteranya itu sudah acap kali keluar masuk hospital dan yang paling teruk di tahan di ICU selama hampir 1 minggu. Selepas keluar ICU, balik ke wad biasa dan seterusnya pulang ke rumah. Namun tidak sampai 1 minggu kembali ke ICU. Apa yang menyedihkan di sini, puteranya itu belum berusia 1 tahun lagi. Sayu kan ? Apatah lagi bila melihat anak sendiri di sambung pelbagai wayar dan tiub, hanya dia yang menanggung segala derita.
Peristiwa disekeliling aku ini membuka mata aku, menyedarkan aku supaya bersyukur lah dengan apa yang kita ada sekarang dan usahlah memohon untuk berlebih-lebih. Kita tidak tahu apa yang kita mohon itu nanti, adakah kita mampu menerimanya dengan hati yang terbuka jika Dia mengizinkannya tercipta. Dan pesan Qaseh pada aku satu waktu dahulu, “usahlah meminta-minta sangat, kerana bimbang kita akan merungut-rungut pula apabila permintaan kita ditunaikan nanti kerana ada sahaja ketidakpuasan hati. Doalah sahaja berikan kami apa yang terbaik untuk diri, keluarga dan agama. Itulah yang terbaik”.
Ya. Itu lah apa yang aku lakukan sekarang. Walaupun kadang-kadang aku tidak dapat menahan diri aku dari meminta-minta dari Dia.
Permohonanan pertukaran tempat kerja-aku telah isi semua borang dan ini adalah untuk kali kedua. Aku memang berharap agar permohonan aku ini nanti diluluskan-berjaya!. Namun siapalah aku untuk mengetahui apa yang terbaik untuk aku kan ? Maka, buat seperti biasa-biasa sahaja lah. Hanya mampu ku panjatkan doa, “ya Allah, jika tempat ku adalah lebih baik di sana , maka Kau permudahkanlah urusan pertukaran ku ya Allah. Namun, jika adalah lebih baik aku di sini, hanya Engkau Yang Maha Mengetahui. Dan jadikanlah aku hambaMu yang redha dan sabar di atas setiap ketentuanMu. amin”.
Muhasabah seketika.
Teringat satu soalan.
AN: jika ada seseorang yang sempurna sifatnya, sihat tubuh badannya, datang meminta sedekah dengan mu, adakah kamu akan memberikan sedekah padanya?
Aku: mmm, mungkin tidak.
AN: jika ada seorang yang cacat anggotanya, buta matanya, datang meminta sedekah dengan mu, adakah kamu akan memberikan sedekah padanya?
Aku: ya, bagi.
AN: kenapa yang pertama tadi tak bagi, yang kedua tu bagi?
Aku: yalah, yang pertama tadi sihat tubuh badannya, fizikal sempurna, jadi harus lah dia bekerja untuk cari duit, bukannya dengan minta sedekah. Tak patut lah. Yang kedua tu pulak, memang dia susah, fizikal pun cacat, nak minta kerja pun susah dengan keadaan macam tu, maka harus lah kita bantu.
AN: sebenarnya kalau nak bersedekah, niat kerana apa?
Aku: kerana Allah lah.
AN: betul ke kerana Allah? Kalau betul kerana Allah, kenapa nak menilai dari segi fizikal seseorang?
Aku: *diam*
AN: kalau benar kerana Allah, sesiapa pun yang datang pada kita, kita takkan cipta pelbagai alasan. Kita akan terus sahaja hulur. Tanpa ada rasa apa-apa. Kerana orang itu sebenarnya lebih memerlukan berbanding kita.
Aku: *diam lagi*
AN: jika masih ada perasaan seperti itu tadi, bermakna masih ada sifat mazmumah dalam diri kita.
Ya, betul. Aku akui itu. Tepat. Aku teringat suatu petikan. Kita hanya manusia biasa. Maka, siapalah kita untuk menilai dan menghukum orang lain atas berlakunya sesuatu yang tercipta. Kerana kuasa menghukum itu adalah sebenarnya milik Dia.
Seperti dalam kes tadi. Macam lah aku tahu kenapa orang yang sempurna fizikal itu meminta sedekah? Suka-suka hati aku je berkata, “pergilah kerja, cari duit sendiri”.
Sedangkan duit yang aku ada pada waktu itu pun, bukannya hak milik aku. Semuanya rezeki dari Allah. Betapa bongkak dan sombongnya aku!!! Astargfirullahal’azim, moga Allah ampunkan dosa aku.
Dan di dalam kelas sebelum ini, aku ada berikan satu isu kepada pelajar aku iaitu mengenai tsunami dan gempa bumi di Jepun: Perlukah kita menjadi warga yang prihatin? Salah seorang pelajar aku menjawab, “untuk apa kita nak tolong Jepun cikgu? Jepun tu dah kaya gila! Buat apa nak tolong? Waktu kita susah, Jepun tak tolong pun”. Sungguh, aku terkedu seketika. Bukan marah. Tapi tidak sangka dia ada idea sebegitu sekali di saat orang lain semua takut melontarkan idea. Hurm, dan aku tidak terus memberikan jawapan namun aku ceritakan perbualan aku dengan AN di atas kepada mereka. Dan akhirnya mereka membuat kesimpulan, “ya, cikgu. Kita kena tolong orang yang memerlukan pertolongan”. Pandai anak-anak saya!
Subscribe to:
Posts (Atom)































