Showing posts with label kisah dia. Show all posts
Showing posts with label kisah dia. Show all posts

June 16, 2011

bab #3

sudah hampir tiga jam dia berbaring di atas tilam empuk itu, namun matanya masih belum terkatup, jasadnya masih belum mati sementara. malam semakin lewat. dan dia semakin resah. mengiring, terlentang, meniarap, semuanya serba tidak kena. alih-alih putaran kipas juga yang menjadi santapan matanya.

kipas terus berputar, perlahan. mindanya menjangkau ke satu episod yang telah lama ditinggalkannya. tanpa sedar, menular satu perasaan, membuatnya hiba. tangis esak yang perlahan awalnya semakin kuat kedengaran. dia akhirnya menggongoi kepiluan. dari zaman kanak-kanaknya, remajanya hinggalah kini dia dewasa, jiwanya semakin lemah. sedaya upaya ingin dilupa semua yang pahit itu, namun siapalah dia mahu melawan percaturan Tuhan.

dalam secubit kewarasan yang ada itu, dia merintih dalam tangisan...

aku tak fahamlah dengan manusia ni. bukan siapa-siapapun, darah daging sendiri. aku tak faham. kenapa dia harus bersusah hati bila termimpikan aku terkujur berbalut kain putih, bukankah dia, dulu setiap masa, setiap hari, marahkan aku, seranahkan aku ni sial, disuruh aku mati cepat, mati dilanggar lori lagi bagus. tapi sekarang, dia menangis, bersusah hati. pelik, sungguh aku pelik. kenapa dia tak suruh Allah ambil nyawa aku sewaktu aku nazak tempohari?

dia, meraung lagi sekuat hati, namun raungan itu tersekat kerana suaranya tiada, hanya terzahir di sudut yang amat dalam. dalam tangisan yang kian memuncak, akhirnya dia tertewas jua. dan malam itu kian larut bersama airmata dan mimpi kenangannya yang melukakan.

dengkuran halus yang tersekat-sekat menghiasi pekatnya malam pada malam itu......

April 25, 2011

bab #2

dia. masih termanggu di jendela itu. memerhati dedaun kering menyembah bumi. melihat anak-anak berlari keriangan. sedang hatinya? tiada damai. hanya gundah di segenap inci - menghuni.

tanpa tertahan-tahan airmatanya merembes laju berderai di pipi. sakit. itu sahaja yang mampu dia zahirkan. dia sudah tidak mampu bertahan lagi. empangan kesabaran pecah jua.

digapai telefon di atas katil. mencari-cari suatu nama. sudah berkali mendail, namun tiada jawapan di seberang sana. esakannya semakin kuat walaupun hatinya berkata, "ya Allah, tenangkanlah aku. tolonglah aku ya Allah". tiba-tiba telefon bergegar. terpampang nama seseorang yang dia dail sebentar tadi. keliru. digagahkan diri, menjawab panggilan itu.

smn: assalamualaikum. haha! (nada gembira-menyakat)

dia: waalaikummussalam. (teresak)

smn: kenapa ni? kenapa? kenapa menangis ni?

dia: engkau kat mana?

smn: nak pergi kedai. kenapa ni?

dia: oh, tak apa lah. engkau pergilah kedai tu dulu. dah setel nanti kau mesej la aku.

smn: kenapa ni....? cakap je lah sekarang pun, tak apa.

dia: tak apa. kau setel semuanya, nanti mesej aku, aku call kau balik. assalamualaikum.

suara di seberang sana memanggil-manggil nama dia. punat merah ditekan. tangisannya makin menjadi-jadi. dan ruangan mesej baru di buka.
"aku tak apa-apa. hanya rindu mendengar suaramu, sahabat...."
butang send ditekan. dia kembali terkulai dalam tangisan.



in fact, friendship is better than love!

April 12, 2011

bab #1

ini kisah tentang seorang dia...

dia. di waktu dia sedang mengumpul segala kekuatan dan semangat, airmatanya berderai laju umpama hujan di musim tengkujuh - tiada hentinya. hati dan perasaannya kembali dicuit dengan segala rasa sayu dan duka. derita yang semakin lama terbeban di bahunya, semakin lama semakin menjeruk rasa. pedih.

dia sering mencuba untuk bangkit dari kegelapan - mencari arah yang hendak dituju meskipun teraba-raba. dia bukannya seorang insan yang cepat berputus asa apatah lagi menjadi insan yang cepat mengalah dan bukan seorang pengecut. dia tidak kenal erti putus asa. di setiap kelukaan dan kesedihan yang tercipta, dia sentiasa gigih menghadiahkan setiap insan dengan senyuman. tidak pernah dikanvaskan rasa duka itu.

namun, semakin gigih dia melangkah, semakin ngilu dan siksa yang dia rasa. semakin ingin di buang segenap rasa duka, semakin dia pedih dan sakit. dan setiap kali itulah jua dia kembali tersungkur jatuh dengan tanpa dia rela. esakan yang menggila pasti mencuit hiba hati setiap yang memandang.

dia - juga seperti insan lain. mahu hidup bahagia - gembira. hingga selamanya.

tolonglah, kasihanilah dia.