Showing posts with label islamic. Show all posts
Showing posts with label islamic. Show all posts

August 27, 2011

t a u b a t a n n a s u h a

ya Allah
jauhkanlah aku dari siksaan api neraka

ya Allah
aku tidak luput dari dosa
aku tidak luput dari kemaksiatan

ya Allah
hanya kepadaMu lah aku memohon pertolongan
jauhkanlah aku dari siksaan api nerakaMu

ya Allah
ampunkanlah dosa-dosaku
jangan Engkau menghizab aku
menyeksa aku dalam nerakaMu

ya Allah
ampunilah dosa-dosaku
dosa suamiku
dosa orang tuaku
dosa mertuaku
dosa sanak saudaraku

ya Allah
pertemukanlah aku dengan suamiku
dengan orang tua ku
di dalam syurgaMu

ya Allah
janganlah Engkau jadikan aku penyeksa
kepada suamiku dan kepada orang tuaku

ya Allah
terima kasih ya Allah
di atas nikmat yang telah Engkau limpahkan
kepadaku

ya Allah
Jauhkanlah aku dari siksa api nerakamu……

August 20, 2011

Ujian yang datang itu ada kalanya saling bertindihan dengan yang lain. Usah melihat seseorang itu dengan kehebatannya tetapi nilailah dia dari kesabarannya. Hanya kesabaran dapat menembusi benteng yang menghadang. Tanpa kesabaran, ujian akan dianggap seperti satu bebanan. Redhalah dengan kehadiran ujian, tanpa ujian mana mungkin seseorang insan itu akan mendapat limpahan rahmat daripadaNYA. Tanpa ujian, siapalah diri kita sebenarnya.

August 15, 2011

“Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama TuhanMU Yang Maha Agung”.
(surah al-waqiah:96)

August 13, 2011

tazqirah (iv)

yang di kanan itu mencatit kebaikan iaitu RAQID
yang di kiri itu mencatit keburukan iaitu A'TID
.
.
jangan sampai kita meninggal sebelum sempat kita bertaubat.
.
.
menarik, dalam satu kuliah. satu soalan dari penonton. adakah taubat kita akan diterima semasa/selepas kita menunaikan solat sunat taubat atau sudah diterima apabila telah terdetik di hati kita bertaubat atas kesalahan lampau?
.
.
ada syarat taubat...
1. menyesal
2. berubah
3. berjanji tidak mengulanginya lagi
*kalau berdosa dengan orang lain, kena minta maaf dulu sebelum diampunkan Allah.

perumpamaan;
kalau baju bersih-boleh terus bawa masuk-simpan dalam almari, tapi kalau baju itu kotor perlu dicuci dulu barulah boleh disimpan dalam almari...
.
.
ya Rabb, pantaskah aku menghuni syurgaMu?
.
.
astargfirullahal-a'zim.
lailahaillaantasubhanakainnikuntuminazzolimin.
.
.
ya Allah
ku akui dosaku
dosa mataku
dosa mulutku
dosa anggota tubuh badanku
tak sanggup tubuh ini
merasakan api nerakaMu

ya Allah
matikanlah aku dalam husnul khatimahMu

ya Allah
atas dosa yang aku lakukan
janganlah Engkau bebankan ke atas keluargaku

ya Allah
hanya kepadaMu lah
aku memohon
aku meminta
panjangkanlah umurku
agar aku bisa memperbaiki diriku

ya Allah
sekiranya malaikat maut
bakal menjemputku saat ini
ampunilah dosaku

Ya Allah
selama ini aku lebih banyak
memikirkan kehidupan ku sendiri
mengetepikan Engkau
padahal Engkau tidak pernah meninggalkan aku
di saat aku senang
di saat aku susah

ya Allah
janganlah matikan aku
dalam dosa-dosa ini ya Allah

astargfirullahal-a'zim

ya Allah
ampunilah dosaku
jikalau aku berdosa padaMu
jikalau aku berdosa pada tubuhku
jikalau aku berdosa kepada manusia

ya Allah
mudahkanlah mulut, tangan dan hati
orang-orang yang pernah aku pernah berbuat dosa
untuk memaafkan aku ya Allah

ya Allah
ampunilah aku........................

August 9, 2011

...ramadhan...

alhamdulillah. masih diberi kesempatan, ruang dan peluang oleh Ilahi untuk mengerjakan ibadat puasa dan beribadat pada malamnya. alhamdulillah juga, dirasakan ramadhan tahun ini dapat dimanfaatkan dengan lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum ini walaupun keseorangan. ada hikmah disebalik kesempitan ini. apa orang kata? kesempatan dalam kesempitan.

sekarang menjangkau 11.40 malam. bersiap sedia untuk melelapkan mata bagi menyediakan tubuh yang segar bugar untuk bersahur dan berpuasa disamping aktiviti-aktiviti lain yang insyaAllah mampu mendekatkan diri kepadaNya. moga esok, diri ini masih bernyawa dan mampu mengimarahkan ramadhan. insyaAllah.

kawan-kawan,
sempena ramadhan ini, banyakkan beristifar dan berselawat. kalau ada waktu terluang tu, basahkan bibir anda dengan zikrullah. contohnya, kalau kawan-kawan berjalan kaki ke tempat kerja, mungkin sempat untuk beristifar barang 10 kali atau mungkin lebih. itu kalau satu hari. kalau satu bulan? kalau kawan-kawan buat lebih dari 10? lagi banyak kan? moga ramadhan ini dosa-dosa kita diampunkan. insyaAllah.

maaf di atas kekurangan. hanya mahu berkongsi ilmu...

May 18, 2011

ya Allah,

janganlah KAU matikan aku
kecuali KAU matikan aku dalam iman.

amin.

April 8, 2011

tazqirah (iii)

Tidak boleh tidur. Sebab? Tiada mood. Boleh pulak macam tu ye? Apa-apa je lah.

Terpanggil untuk mencoret di sini setelah hampir 2 jam berchatting dengan seorang sahabat. Dia telah keguguran lagi buat kali ke-7. Apa perasaan dia ya? Agak lah sendiri. Aku jua sudah sedia maklum.

Aku mengharapkan masih ada sinar buat kami berdua. Dan jika tiada jua, redha-lah wahai hati-kerana sesungguhnya semua yang tercipta itu adalah yang terbaik buat kami.

“Kita hanya boleh merancang namun Allah jua yang menentukan”.

Tersingkap kembali kisah seorang bekas teman sekerja. Dia sebelum ini hanya dikurniakan 3 orang puteri. Dan sudah tentu lah yang ketiga itu sebenarnya dia berharapkan si putera. Sehinggalah dia disahkan mengandung lagi buat kali ke-4. Dan kali ini, permintaannya diperkenan Allah swt.

Di sebalik kegembiraan lahirnya si putera itu, terselit jua kesedihan dan kesusahan. Puteranya itu sudah acap kali keluar masuk hospital dan yang paling teruk di tahan di ICU selama hampir 1 minggu. Selepas keluar ICU, balik ke wad biasa dan seterusnya pulang ke rumah. Namun tidak sampai 1 minggu kembali ke ICU. Apa yang menyedihkan di sini, puteranya itu belum berusia 1 tahun lagi. Sayu kan? Apatah lagi bila melihat anak sendiri di sambung pelbagai wayar dan tiub, hanya dia yang menanggung segala derita.

Peristiwa disekeliling aku ini membuka mata aku, menyedarkan aku supaya bersyukur lah dengan apa yang kita ada sekarang dan usahlah memohon untuk berlebih-lebih. Kita tidak tahu apa yang kita mohon itu nanti, adakah kita mampu menerimanya dengan hati yang terbuka jika Dia mengizinkannya tercipta. Dan pesan Qaseh pada aku satu waktu dahulu, “usahlah meminta-minta sangat, kerana bimbang kita akan merungut-rungut pula apabila permintaan kita ditunaikan nanti kerana ada sahaja ketidakpuasan hati. Doalah sahaja berikan kami apa yang terbaik untuk diri, keluarga dan agama. Itulah yang terbaik”.

Ya. Itu lah apa yang aku lakukan sekarang. Walaupun kadang-kadang aku tidak dapat menahan diri aku dari meminta-minta dari Dia.

Permohonanan pertukaran tempat kerja-aku telah isi semua borang dan ini adalah untuk kali kedua. Aku memang berharap agar permohonan aku ini nanti diluluskan-berjaya!. Namun siapalah aku untuk mengetahui apa yang terbaik untuk aku kan? Maka, buat seperti biasa-biasa sahaja lah. Hanya mampu ku panjatkan doa, “ya Allah, jika tempat ku adalah lebih baik di sana, maka Kau permudahkanlah urusan pertukaran ku ya Allah. Namun, jika adalah lebih baik aku di sini, hanya Engkau Yang Maha Mengetahui. Dan jadikanlah aku hambaMu yang redha dan sabar di atas setiap ketentuanMu. amin”.


Muhasabah seketika.


Teringat satu soalan.

AN: jika ada seseorang yang sempurna sifatnya, sihat tubuh badannya, datang meminta sedekah dengan mu, adakah kamu akan memberikan sedekah padanya?

Aku: mmm, mungkin tidak.

AN: jika ada seorang yang cacat anggotanya, buta matanya, datang meminta sedekah dengan mu, adakah kamu akan memberikan sedekah padanya?

Aku: ya, bagi.

AN: kenapa yang pertama tadi tak bagi, yang kedua tu bagi?

Aku: yalah, yang pertama tadi sihat tubuh badannya, fizikal sempurna, jadi harus lah dia bekerja untuk cari duit, bukannya dengan minta sedekah. Tak patut lah. Yang kedua tu pulak, memang dia susah, fizikal pun cacat, nak minta kerja pun susah dengan keadaan macam tu, maka harus lah kita bantu.

AN: sebenarnya kalau nak bersedekah, niat kerana apa?

Aku: kerana Allah lah.

AN: betul ke kerana Allah? Kalau betul kerana Allah, kenapa nak menilai dari segi fizikal seseorang?

Aku: *diam*

AN: kalau benar kerana Allah, sesiapa pun yang datang pada kita, kita takkan cipta pelbagai alasan. Kita akan terus sahaja hulur. Tanpa ada rasa apa-apa. Kerana orang itu sebenarnya lebih memerlukan berbanding kita.

Aku: *diam lagi*

AN: jika masih ada perasaan seperti itu tadi, bermakna masih ada sifat mazmumah dalam diri kita.


Ya, betul. Aku akui itu. Tepat. Aku teringat suatu petikan. Kita hanya manusia biasa. Maka, siapalah kita untuk menilai dan menghukum orang lain atas berlakunya sesuatu yang tercipta. Kerana kuasa menghukum itu adalah sebenarnya milik Dia.

Seperti dalam kes tadi. Macam lah aku tahu kenapa orang yang sempurna fizikal itu meminta sedekah? Suka-suka hati aku je berkata, “pergilah kerja, cari duit sendiri”.
Sedangkan duit yang aku ada pada waktu itu pun, bukannya hak milik aku. Semuanya rezeki dari Allah. Betapa bongkak dan sombongnya aku!!! Astargfirullahal’azim, moga Allah ampunkan dosa aku.

Dan di dalam kelas sebelum ini, aku ada berikan satu isu kepada pelajar aku iaitu mengenai tsunami dan gempa bumi di Jepun: Perlukah kita menjadi warga yang prihatin? Salah seorang pelajar aku menjawab, “untuk apa kita nak tolong Jepun cikgu? Jepun tu dah kaya gila! Buat apa nak tolong? Waktu kita susah, Jepun tak tolong pun”. Sungguh, aku terkedu seketika. Bukan marah. Tapi tidak sangka dia ada idea sebegitu sekali di saat orang lain semua takut melontarkan idea. Hurm, dan aku tidak terus memberikan jawapan namun aku ceritakan perbualan aku dengan AN di atas kepada mereka. Dan akhirnya mereka membuat kesimpulan, “ya, cikgu. Kita kena tolong orang yang memerlukan pertolongan”. Pandai anak-anak saya!

April 6, 2011

tak nak cakap banyak. baca je.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
*petikan ayat 31, surah an-nur*

March 25, 2011

Doa: untukMu, Al-ghoffur

Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiaya diri kami sendiri dan telah melanggar perintah-Mu kerana terkena pujukan Iblis. Ampunilah dosa kami kerana nescaya kami akan tergolong orang-orang yang rugi bila Engkau tidak mengampuni dan mengasihi kami.

March 18, 2011

Doa: untukMu, Al-‘alim

Maha Agung Engkau! Sesungguhnya Kami tidak memiliki pengetahuan tentang sesuatu kecuali apa yang Engkau, ya Allah, ya ‘Alim ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui (al-‘alim) dan Maha Bijaksana (al-haqeem).

March 17, 2011

tazqirah (ii)

Saya mahu berkongsi tentang pembacaan saya. Sebuah buku terbitan al-hidayah.

Setelah Allah SWT menciptakan bumi dengan gunung-ganangnya, laut-lautannya dan tumbuh-tumbuhannya, menciptakan langit dengan mataharinya, bulan dan bintang-bintangnya yang gemerlapan, menciptakan malaikat-malaikatnya ialah sejenis makhluk halus yang diciptakan untuk beribadah menjadi perantara antara Zat Yang Maha Kuasa dengan hamba-hamba terutama para rasul dan nabi-nabiNya, maka tibalah kehendak Allah SWT untuk menciptakan sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi, memeliharanya, menikmati tumbuh-tumbuhannya, mengelola kekayaan yang terpendam di dalamnya dan berkembang biak turun-temurun waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya.

Kekhuatiran Para Malaikat
Para malaikat ketika diberitahukan oleh Allah SWT berkaitan kehendak-Nya menciptakan makhluk lain itu, mereka khuatir kalau-kalau kehendak Allah menciptakan makhluk yang lain itu, disebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau kerana perlanggaran yang mereka lakukan tanpa disedari berkatalah mereka kepada Allah SWT: “wahai Tuhan kami, buat apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami padahal kami selalu bertasbih, bertahmid, melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-hentinya, sedang makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu, nescaya akan bertengkar satu dengan yang lain, akan saling bunuh-membunuh berebutan menguasai kekayaan alam yang terlihat di atasnya dan terpendam di dalamnya, sehingga akan terjadilah kerosakan dan kehancuran di atas bumi yang Tuhan ciptakan itu.”

Maka Allah berfirman bagi menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu dengan ayatNya yang bermaksud:
“Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku.”

Apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah kekhuatiran para malaikat. Benarkan sekarang…?
  1. merompak, mencuri, membunuh-seolah tiada apa-apa perasaan.
  2. merogol, berkhalwat, berzina-termasuklah haruan makan anak.
  3. ketidakpuasan hati-misal kejadian di mesir.
  4. kehancuran alam kerana amarah sendiri-misal di palestin, libiya.
  5. kerosakan alam punca pembangunan dan kemajuan manusia-misal tsunami di jepun.
semua itu hanyalah contoh-contoh yang besar sahaja, yang mendapat liputan meluas oleh orang ramai. Hakikatnya masih banyak yang berlaku di sekeliling kita yang mana kita tidak sedari kewujudan ia, ataupun sengaja kita tidak mahu ambil tahu. Selidiklah kembali. Saya hanya hamba yang lemah, dhaif lagi serba kekurangan. Saya memohon kemaafan andai saya ada tersilap di sini.

Sekadar berkongsi.

February 15, 2011

peringatan untuk diri

pelajaran oleh ustaz ismail bin aman mengenai ilmu tasawwuf oleh sebuah kitab.

kata ustaz, kita semua akan berada di dalam empat penjara jika kita tidak membulatkan semuanya kerana Allah. seharusnya apa yang kita niatkan dan lakukan (hatta solat, puasa, zakat, haji, mandi, potong kuku, cabut bulu, berjima', makan, buang air dll)-semuanya haruslah kerana Allah. dan empat penjara itu adalah:

1. penjara dunia
-hati. kerana di dalam hati lah akan bersarang segala sifat mazmumah. sifat mazmumah ini adalah seperti tamak, riak, menunjuk-nunjuk, marah, dengki, khianat dan lain-lain sifat (bolehlah merujuk mana-mana kitab, jika tiada kitab, bukalah buku agama). hamba sendiri pun masih ada sifat mazmumah. yang paling ketara adalah pemarah, mudah naik angin. kata ustaz, sifat mazmumah ini kita tidak akan mampu sorok selama-lamanya, kerana pada suatu masa nanti, sifat-sifat itu akan terzahir juga. dan seharusnya kita perlu membuang segala mazmumah itu dan memberikan peluang hati kita dihuni oleh sifat-sifat mahmudah seperti tenang ketika menghadapi apa sahaja ujian, sentiasa memberikan hadiah dan sedekah kepada orang lain kerana Allah dan lain-lain sifat. jika hati ini selamanya bersarang sifat mazmumah, selamanya itulah jua kita berada dalam penjara dunia tanpa kita sedari. Allahuakbar. hamba tidak mahu.

2. penjara kubur
-azab kubur. kubur menjadi sempit. ada binatang-binatang yang akan datang menyerang dan membelit kita. dipukul dan dipalu tiada henti. jika di dunia kita mensia-siakan solat, di dalam kubur kita akan dipukul ular hingga kita terbenam masuk ke dalam tanah sedalam tujuh puluh hasta dan kemudian dikorek semula dengan kukunya yang panjang (ini dari kitab, bukan ustaz hamba bercakap ikut sedap mulut). jika kita mensiakan solat subuh, maka kita akan dipukul dipalu bermula dari subuh hingga ke zohor. jika mensiakan solat zohor, kita akan di palu bermula dari zohor hingga ke asar. dan begitulah seterusnya sehingga hari qiamat. nauzubillah. kebalkah hamba dan anda semua? hamba tidak.

3. penjara mahsyar
-matahari sejengkal di atas kepala. sewaktu dibangkitkan dari kubur, kita diheret dengan keadaan muka ke bawah. sampai di mahsyar, matahari akan berada sejengkal di atas kepala kita sehingga tamat hari perbicaraan apabila semua manusia selesai dihisab (tanpa pakaian seurat benang pun). bayangkanlah, rakyat malaysia sahaja pun sudah hampir dua puluh tujuh juta. cuma bayangkan, letakkanlah diri dalam dua puluh tujuh juta itu, agaknya mampu kah kita menunggu dengan keadaan matahari sejengkal itu? jika menunggu giliran untuk urusan di bank pun sekalipun kita sudah penat kan jika giliran melampaui tujuh puluh orang walaupun di bank itu ada aircond kan? jika sesak dalam lalu lintas pun kita sudah hilang sabarkan? maka, mampukah kita berbumbungkan matahari sejengkal di mahsyar nanti menunggu hal kita dibicarakan? hamba tidak.

4. penjara neraka
-terlalu banyak untuk dipersembahkan di sini, maka bolehlah anda semua merujuk alQuran dan mana-mana kitab agama. apa yang hamba boleh perkatakan, neraka sekalipun sudah ada tujuh pintu. maka, tentulah azabnya berbeza. dan neraka mana kita akan dicampakkan? wallahua'lam. yang pasti neraka itu wujud untuk setiap apa perbuatan buruk yang kita lakukan. perkasakah hamba dan anda semua? hamba sudah tentu tidak. kerana hamba amat lemah. nauzubillah.


maka untuk menghindarkan diri dari terkurung dari empat-empat penjara di atas, seharuslah kita berbalik kepada ajaran islam. jadikanlah islam itu satu cara hidup. wajib solat, wajib puasa, wajib zakat, wajib haji.

solatlah setiap 5 waktu. bukan sebab terpaksa atau sebab menunjuk-nunjuk. tapi solat itu wajib, suruhan Allah swt. jangan adakan apa-apa alasan. tidak kasihkah pada Nabi Muhammad SAW? bermalu dan bertebal muka nabi sewaktu isra' mi'raj bertawar-menawar dengan Allah untuk mengurangkan lima puluh waktu solat kepada hanya lima waktu solat. kerana nabi terlalu kasihkan umat-umatnya. tidakkah anda mahu berterima kasih pada Nabi Muhammad SAW kerana berusaha sedemikian rupa? tidak mahukah anda berterima kasih dan ucapkan syukur pada Allah SWT kerana memberikan anda hanya lima waktu untuk solat. jika benar anda berterima kasih dan bersyukur, silalah-tolonglah tunaikan solat. kerana solat itu wajib dan ia adalah tonggak agama. subhanallah.

berpuasa juga wajib. tidak perlu beri apa-apa alasan. konon ada gastrik dan pelbagai alasan lain lagi. ingatlah, Nabi Muhammad SAW pernah mengikat perut dengan batu kerana ketiadaan makanan. nabi berpuasa dan pernah berbuka dan bersahur dengan air zam-zam semata-mata. nabi juga menganjurkan berpuasa pada bulan rejab dan syaa'ban (dalam kitab jawi lama). pada hemat saya, mungkin ini adalah untuk memastikan kita semua bersedia menghadapi ramadhan supaya tidak timbul apa-apa penyakit. selebihnya wallahua'lam. Allah Maha Mengetahui segala yang tersurat dan tersirat.

zakat wajib ditunaikan bagi setiap umat islam mengikut kadar nisab yang telah ditentukan. anda bolehlah berhubung dengan http://www.e-zakat.com.my/ untuk mengetahui status anda. seperti hamba, bermula sahaja pekerjaan hamba seawal 2007, maka hamba telah wajib mengeluarkan zakat pendapatan hamba. dan alhamdulillah, Allah telah memberikan hamba kelapangan dan kemudahan untuk menjalankan rukun islam yang ke-empat  itu. moga di tahun-tahun akan datang, masih ada lagi peluang untuk hamba berbuat demikian, insyaAllah.

jika anda seorang yang amat murah rezekinya, simpanlah dahulu duit anda itu, bertabunglah dan niatkanlah untuk menunaikan haji sebelum anda melancong ke eropah, paris, london, hong kong dan sebagainya. bolehkan?

bagi yang perempuan, wajib menutup aurat. menutup aurat itu tidak semestinya bertudung semata-mata. tapi wajiblah menutup aurat-bertudung dengan melabuhkan tudung hingga ke dada, tidak berpakaian seperti bertelanjang, tidak berpakaian menyerupai orang-orang kafir. hatta, bagi golongan lelaki tidak harus memotong rambut seperti orang yahudi (seperti botak di kiri kanan tapi ada rambut sejemput di tengah, berambut seperti trojan, bercukur botak di tengah tapi di kiri kanan ada rambut), berseluar amat pendek yang tidak melepasi lutut. jangan terlalu taksub dengan dunia fesyen semata-mata sedangkan dalam tidak sedar ada dosa yang sedang kita kumpul berbukit-bukit.

dan apa yang paling penting juga adalah membersihkan diri kita dari segala kekotoran oleh sifat-sifat mazmumah. bagaimana untuk menghapuskan semua sifat mazmumah itu?


harus WIRID!



*teringat pada kata-kata ustaz sewaktu kelas hari itu, "zaman sekarang orang datang ke surau sahaja yang berbaju kurung...". hamba lah tu, ke surau sahaja berbaju kurung, ke tempat lain, tidak. huhu..
insaf.
:(

February 13, 2011

lengkapkanlah diri dengan ilmu agama

dunia sekarang...
moga kita terhindar dari segala kekufuran...

ingatlah, qiamat itu pasti.
ajal akan menjemput kita jua suatu hari nanti.




February 10, 2011

siapa kita?

kepulangan ke kampung sebelum ini, terlalu banyak cerita yang hamba perolehi dari ibu hamba.

1. menantu jiran di depan rumah ibu.
-mengandung sudah hampir 3/4 bulan rasanya, jika hamba tidak silap. apa yang menyedihkan, kandungannya hilang. hamba memang cukup terkejut mendapat perkhabaran itu. hamba yang keguguran tahun lepas, terselit perasaan sayu dan duka. seolahnya tidak dapat menerima hakikat. bagaiman pula dia ya? tentu dia seorang yang kuat dan tabah barangkali. maka, itu lah ujian buatnya. teringat pada rakan hamba sewaktu U dahulu. dia agak sukar mendapatkan anak. ditakdirkan Allah, rezeki buatnya ada. dapatlah dia seorang anak perempuan. namun, semuanya di dunia ini hanya pinjaman semata-tiada yang kekal melainkan DIA. anaknya meninggal dalam lena pada umur hampir menjangkau 1 tahun. sekarang dia masih dalam proses membangunkan diri, menerima hakikat. ujiannya lebih berat berbanding hamba. Allahuakbar.

2. anak jiran di tepi rumah ibu.
-ditangkap polis. puncanya, ibu tidak berapa pasti. namun, ada suatu ketika itu, kelihatan polis datang ke rumah jiran. seolah mencari sesuatu di halaman rumah dan kamera sentiasa mengeluarkan cahaya. fikir hamba, dadahkah? di satu sudut, kelihatan jiran (ayah kepada anak itu), mengurut dada. terkejut barangkali. kasihan melihatkan umur tuanya dikejutkan dengan sikap anak yang entah apa-apa dan akhirnya meringkuk dalam penjara. seingat hamba, jiran ini dulu hanya biasa-biasa sahaja dengan anak-anaknya. hamba masih teringat waktu hamba masih belajar. waktu itu cuti semester. satu malam itu, bising sangat-sangat. bukan sekadar mereka bersembang, bergelak ketawa di kawasan kejiranan yang mana mereka melepak betul-betul di tepi rumah ibubapa hamba, malah mereka sengaja menghangatkan perasaan geram dengan bingit ekzos motosikal masing-masing. sungguh menguji kesabaran. selang beberapa malam selepas itu, ayah hamba ada pergi menegur mereka supaya sila bertimbangrasa pada jiran-jiran terutamanya kalau yang mempunyai anak kecil. namun, luluhnya hati bila pagi esoknya ada beberapa tompok najis manusia betul-betul di depan tangga di hadapan rumah ibubapa hamba. beginikah sikap manusia yang bertamadun? dan ayah dan ibunya selepas itu langsung tidak menegur ayah dan ibu hamba. kesedaran sivik-entah di mana.

3. kematian di bukit sejuk.
-ada pada satu ketika bunyi bising sangat-sangat. siren bomba atau ambulanskah? mmm, kata hamba kepada Qaseh, rasanya bukan ambulans. sebab ambulans bunyinya 'we wong-we wong'. haha.
petang itu adik hamba pulang ke rumah selepas ke kenduri perkahwinan rakannya. maklumnya, ada kemalangan di bukit sejuk. myVi remuk. jatuh ke dalam cerun. orangnya wallahu'alam. tiba-tiba ibu membuka cerita. kata ibu masa awal-awal berhijrah ke KJ ini, ada satu keluarga meninggal dalam kemalangan. seorang ayah, ibu dan anak. namun, mayat mereka hanya dijumpai setelah beberapa hari kemalangan tersebut kerana kereta mereka menjunam ke dalam cerun dan kebetulan pada waktu itu, jalan tersebut lengang dan tiada sesiapa yang menggunakan jalan itu. sehinggalah ke hari ini, ada sahaja kemalangan maut berlaku di situ. namun, semuanya dalam rahsia Allah. hanya Allah yang Maha Mengetahui segala yang tersurat dan tersirat. wallahu'alam.


ironinya, semua yang kita ada dalam hidup kita ini hanyalah pinjaman semata-mata. tangan, kaki, mata, suami, isteri, anak, ibu, ayah, harta, duit-semunya pinjaman. siapalah kita untuk menghukum, menilai, "kenapa aku begini? kenapa ujian ini? kenapa mereka bahagia? bila aku akan kaya?", sedangkan semuanya itu adalah hak Allah. dan Allah jua lah yang telah merencanakan setiap perjalanan kita seawal kita di Loh Mahfuz lagi. tidak hairanlah ada pepatah mengatakan, kita hanya mampu merancang namun Allah jua yang menentukan. dan hakikatnya Allah Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNYA, sedangkan kita tidak mengetahui. dan sematkan dalam jiwa, setiap pekerjaan itu akan ada balasan. jika balasan itu tidak di dunia, insyaAllah di akhirat kelak. jika tidak mampu menanggung siksa azab di dalam kubur, tidak gagah berbumbungkan matahari sejengkal, tidak mampu meniti siratan mustaqim dengan beratnya dosa, tidak mampu menanggung pedihnya api neraka, maka marilah kita semua berbalik kepada ajaran agama, i.s.l.a.m

kerana ajaran islam itu cukup indah, amat sempurna.

February 5, 2011

tazqirah (i)

hari ini,
di dalam kelas pengajian ustaz ismail aman.

sebuah kitab menyebut;
"pahala orang solat dua rakaat dengan bersugi sewaktu berwudhu' adalah lebih baik berbanding orang solat tujuh pulut rakaat dengan tidak bersugi."

bukankah islam itu indah?
bukankah kebersihan itu sebahagian daripada iman?


jom, kita amalkan bersugi sebelum kita bersolat. lillahi taa'la (kerana Allah Taa'la). moga kita sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah. insyaAllah.