June 6, 2011

sekuat hati kamu
berteriak
engkau tiada anak kerana engkau tidak suka budak-budak
terkedu dia
tidak terkata apa-apa
hanya airmata laju
berderai menuruni pipi
kenapa dia dipersalah sebegitu rupa?
bukankah itu kerja Tuhan?
sebelum ini bukankah dia
menjaga si kecil sewaktu dilahirkan?
bukankah dia membasuh berak
memakaikan pampers?
bukankah dia memberi makan minum
menunggu mereka sampai kekeyangan?
tahukah kamu apa yang dia rasa?
sedarkah kamu dia sentiasa cuba
melupa apa yang kamu perbuat pada dia sejak kecil?
ingatkah kamu segala kata kamu
yang meruntuh semangat dia setiap masa?
lantas kenapa dihina dia sebegitu rupa?
kenapa dikeji dia sekejam rupa?
atau kerana kamu tidak pernah
menyukainya sedari kecil?
kamu fikir dia adalah beban kamu
kerana selalu sakitnya dia?
sampainya hati kamu
lancangnya lidah kamu

bukankah dia itu anakmu?

No comments:

Post a Comment