May 5, 2011

jenaka kekurangan

dugaan buat ku tidak pernah berhenti. alhamdulillah, kerana Allah tidak pernah melupakan aku. selepas dua garis itu, berlaku satu kejadian yang tidak pernah aku ingini dan seboleh mungkin mahu aku hindari. namun siapalah aku untuk melawan takdir. berhari aku meratapi, menangisi nasib. namun Qaseh tidak henti-henti memujuk dan memberikan aku semangat-membolehkan aku bangkit walaupun tidak seratus peratus. aku boleh hadapi semuanya tapi hanya dalam keadaan hambar. walau aku boleh menipu orang lain, berlagak selamba-namun hati aku, tidak dapat aku bohongi. doa tidak putus-putus. ya Allah, tenangkan hati aku, kuatkan semangat aku, lindungi aku dan walafiatkanlah aku.

hari ini, ke tempat kerja seperti biasa. cuba menggembirakan hati sendiri dengan menyibukkan diri dengan pelajar-pelajar yang masuk pertandingan eksperimen. walaupun kesihatan hanya setakat suam-suam kuku, tetapi melihat mereka gembira dan bersemangat membuatkan aku bahagia. namun, ujian itu tetap ada. seseorang dengan lancangnya berkata, "eh, kau mak ke? kau bukan mak. kau, anak pun tak de!". aku terkedu tapi senyum je lah. sedangkan masa aku bangun tu, aku tak tahu pun dia bercakap dengan siapa. aku hendak menyusun buku-buku aku. kebetulan dia memandang aku. aku senyum je la. tiba-tiba bahasa itu yang sampai ke pendengaran aku. terima kasih buat aku yang tidak tahu apa-apa. terima kasih sangat-sangat! sungguh, aku tidak tahu untung nasib ku. rupanya dia lebih hebat dari aku. tak mengapalah. moga aku sentiasa sabar dengan apa penghinaan yang dilemparkan.

di saat aku terkedu, ibu menelefon aku. ibu bertanyakan keadaan aku. bertambah sihat atau makin teruk. berlagak selamba dan memberitahu ibu, aku beransur sihat. hakikatnya aku rasa menyesal kerana berkongsi kesedihan dengan ibu kerana aku telah menyusahkan dia, membuatkan dia risau sentiasa. maafkan anakmu ini, kerana anakmu ini tidak tertanggung rasa sebak dan kecewa.

akhirnya, semua terburai juga. puas akhirnya. walau tidak mampu bersuara, cukuplah dengan senyuman. cukuplah untuk melewati hari-hari muramku. hanya Allah yang tahu segalanya.


















sudah tidak sabar untuk ke hospital. bimbang sangat-sangat!

No comments:

Post a Comment