March 7, 2011

trauma&disaster

hari ini, rasa sangat sarat. dan detik ini, rasa mahu menangis sepuas hati. rasa mahu meraung sekuat-kuatnya.
tatapan aku pada itu, menghiris segala parut-parut yang ada. kembali memerahkan segenap inci darah yang keluar, merembes tiada henti.
salah kah aku?
lemah sangat kah aku?
sungguh, aku tidak berdaya melawan segenap perasaan yang bersarang. sakit. ya, amat sakit. pilu.
aku bukanlah insan sesempurna kamu. aku bukanlah insan sehebat dan segah kamu. aku hanya seorang insan kerdil, dhaif lagi hina. aku tahu ruang untukku sudah tiada buat selamanya sejak detik itu. dan aku tidak akan sesekali menagih dan mengemis untuk kamu ruangkan aku di dalam itu. aku akur pada kehendak Ilahi.
walaupun kamu tidak pernah dan tidak mahu ambil tahu atas semuanya, aku tetap wujud atas satu ikatan itu.
ya, untuk apa kamu menyenakkan dan menyaratkan kepala kamu atas hal keadaan aku yang kamu memang sudah sedia menyampah bukan?

dan,
kenangan itu tidak akan pernah padam, bilamana aku kamu layakkan seperti sampah.
terima kasih kerana membekaskan rasa sakit, takut, sepi, ngilu, dan semua rasa yang lainnya yang mengheret aku ke lembah trauma yang kian dalam.

di sudut yang dalam;
.7mac2011_10.10pm.

No comments:

Post a Comment