Saya mahu berkongsi tentang pembacaan saya. Sebuah buku terbitan al-hidayah.
Setelah Allah SWT menciptakan bumi dengan gunung-ganangnya, laut-lautannya dan tumbuh-tumbuhannya, menciptakan langit dengan mataharinya, bulan dan bintang-bintangnya yang gemerlapan, menciptakan malaikat-malaikatnya ialah sejenis makhluk halus yang diciptakan untuk beribadah menjadi perantara antara Zat Yang Maha Kuasa dengan hamba-hamba terutama para rasul dan nabi-nabiNya, maka tibalah kehendak Allah SWT untuk menciptakan sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi, memeliharanya, menikmati tumbuh-tumbuhannya, mengelola kekayaan yang terpendam di dalamnya dan berkembang biak turun-temurun waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya.
Kekhuatiran Para Malaikat
Para malaikat ketika diberitahukan oleh Allah SWT berkaitan kehendak-Nya menciptakan makhluk lain itu, mereka khuatir kalau-kalau kehendak Allah menciptakan makhluk yang lain itu, disebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau kerana perlanggaran yang mereka lakukan tanpa disedari berkatalah mereka kepada Allah SWT: “wahai Tuhan kami, buat apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami padahal kami selalu bertasbih, bertahmid, melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-hentinya, sedang makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu, nescaya akan bertengkar satu dengan yang lain, akan saling bunuh-membunuh berebutan menguasai kekayaan alam yang terlihat di atasnya dan terpendam di dalamnya, sehingga akan terjadilah kerosakan dan kehancuran di atas bumi yang Tuhan ciptakan itu.”
Maka Allah berfirman bagi menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu dengan ayatNya yang bermaksud:
“Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku.”
Apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah kekhuatiran para malaikat. Benarkan sekarang…?
- merompak, mencuri, membunuh-seolah tiada apa-apa perasaan.
- merogol, berkhalwat, berzina-termasuklah haruan makan anak.
- ketidakpuasan hati-misal kejadian di mesir.
- kehancuran alam kerana amarah sendiri-misal di palestin, libiya.
- kerosakan alam punca pembangunan dan kemajuan manusia-misal tsunami di jepun.
semua itu hanyalah contoh-contoh yang besar sahaja, yang mendapat liputan meluas oleh orang ramai. Hakikatnya masih banyak yang berlaku di sekeliling kita yang mana kita tidak sedari kewujudan ia, ataupun sengaja kita tidak mahu ambil tahu. Selidiklah kembali. Saya hanya hamba yang lemah, dhaif lagi serba kekurangan. Saya memohon kemaafan andai saya ada tersilap di sini.
Sekadar berkongsi.
No comments:
Post a Comment