February 15, 2011

peringatan untuk diri

pelajaran oleh ustaz ismail bin aman mengenai ilmu tasawwuf oleh sebuah kitab.

kata ustaz, kita semua akan berada di dalam empat penjara jika kita tidak membulatkan semuanya kerana Allah. seharusnya apa yang kita niatkan dan lakukan (hatta solat, puasa, zakat, haji, mandi, potong kuku, cabut bulu, berjima', makan, buang air dll)-semuanya haruslah kerana Allah. dan empat penjara itu adalah:

1. penjara dunia
-hati. kerana di dalam hati lah akan bersarang segala sifat mazmumah. sifat mazmumah ini adalah seperti tamak, riak, menunjuk-nunjuk, marah, dengki, khianat dan lain-lain sifat (bolehlah merujuk mana-mana kitab, jika tiada kitab, bukalah buku agama). hamba sendiri pun masih ada sifat mazmumah. yang paling ketara adalah pemarah, mudah naik angin. kata ustaz, sifat mazmumah ini kita tidak akan mampu sorok selama-lamanya, kerana pada suatu masa nanti, sifat-sifat itu akan terzahir juga. dan seharusnya kita perlu membuang segala mazmumah itu dan memberikan peluang hati kita dihuni oleh sifat-sifat mahmudah seperti tenang ketika menghadapi apa sahaja ujian, sentiasa memberikan hadiah dan sedekah kepada orang lain kerana Allah dan lain-lain sifat. jika hati ini selamanya bersarang sifat mazmumah, selamanya itulah jua kita berada dalam penjara dunia tanpa kita sedari. Allahuakbar. hamba tidak mahu.

2. penjara kubur
-azab kubur. kubur menjadi sempit. ada binatang-binatang yang akan datang menyerang dan membelit kita. dipukul dan dipalu tiada henti. jika di dunia kita mensia-siakan solat, di dalam kubur kita akan dipukul ular hingga kita terbenam masuk ke dalam tanah sedalam tujuh puluh hasta dan kemudian dikorek semula dengan kukunya yang panjang (ini dari kitab, bukan ustaz hamba bercakap ikut sedap mulut). jika kita mensiakan solat subuh, maka kita akan dipukul dipalu bermula dari subuh hingga ke zohor. jika mensiakan solat zohor, kita akan di palu bermula dari zohor hingga ke asar. dan begitulah seterusnya sehingga hari qiamat. nauzubillah. kebalkah hamba dan anda semua? hamba tidak.

3. penjara mahsyar
-matahari sejengkal di atas kepala. sewaktu dibangkitkan dari kubur, kita diheret dengan keadaan muka ke bawah. sampai di mahsyar, matahari akan berada sejengkal di atas kepala kita sehingga tamat hari perbicaraan apabila semua manusia selesai dihisab (tanpa pakaian seurat benang pun). bayangkanlah, rakyat malaysia sahaja pun sudah hampir dua puluh tujuh juta. cuma bayangkan, letakkanlah diri dalam dua puluh tujuh juta itu, agaknya mampu kah kita menunggu dengan keadaan matahari sejengkal itu? jika menunggu giliran untuk urusan di bank pun sekalipun kita sudah penat kan jika giliran melampaui tujuh puluh orang walaupun di bank itu ada aircond kan? jika sesak dalam lalu lintas pun kita sudah hilang sabarkan? maka, mampukah kita berbumbungkan matahari sejengkal di mahsyar nanti menunggu hal kita dibicarakan? hamba tidak.

4. penjara neraka
-terlalu banyak untuk dipersembahkan di sini, maka bolehlah anda semua merujuk alQuran dan mana-mana kitab agama. apa yang hamba boleh perkatakan, neraka sekalipun sudah ada tujuh pintu. maka, tentulah azabnya berbeza. dan neraka mana kita akan dicampakkan? wallahua'lam. yang pasti neraka itu wujud untuk setiap apa perbuatan buruk yang kita lakukan. perkasakah hamba dan anda semua? hamba sudah tentu tidak. kerana hamba amat lemah. nauzubillah.


maka untuk menghindarkan diri dari terkurung dari empat-empat penjara di atas, seharuslah kita berbalik kepada ajaran islam. jadikanlah islam itu satu cara hidup. wajib solat, wajib puasa, wajib zakat, wajib haji.

solatlah setiap 5 waktu. bukan sebab terpaksa atau sebab menunjuk-nunjuk. tapi solat itu wajib, suruhan Allah swt. jangan adakan apa-apa alasan. tidak kasihkah pada Nabi Muhammad SAW? bermalu dan bertebal muka nabi sewaktu isra' mi'raj bertawar-menawar dengan Allah untuk mengurangkan lima puluh waktu solat kepada hanya lima waktu solat. kerana nabi terlalu kasihkan umat-umatnya. tidakkah anda mahu berterima kasih pada Nabi Muhammad SAW kerana berusaha sedemikian rupa? tidak mahukah anda berterima kasih dan ucapkan syukur pada Allah SWT kerana memberikan anda hanya lima waktu untuk solat. jika benar anda berterima kasih dan bersyukur, silalah-tolonglah tunaikan solat. kerana solat itu wajib dan ia adalah tonggak agama. subhanallah.

berpuasa juga wajib. tidak perlu beri apa-apa alasan. konon ada gastrik dan pelbagai alasan lain lagi. ingatlah, Nabi Muhammad SAW pernah mengikat perut dengan batu kerana ketiadaan makanan. nabi berpuasa dan pernah berbuka dan bersahur dengan air zam-zam semata-mata. nabi juga menganjurkan berpuasa pada bulan rejab dan syaa'ban (dalam kitab jawi lama). pada hemat saya, mungkin ini adalah untuk memastikan kita semua bersedia menghadapi ramadhan supaya tidak timbul apa-apa penyakit. selebihnya wallahua'lam. Allah Maha Mengetahui segala yang tersurat dan tersirat.

zakat wajib ditunaikan bagi setiap umat islam mengikut kadar nisab yang telah ditentukan. anda bolehlah berhubung dengan http://www.e-zakat.com.my/ untuk mengetahui status anda. seperti hamba, bermula sahaja pekerjaan hamba seawal 2007, maka hamba telah wajib mengeluarkan zakat pendapatan hamba. dan alhamdulillah, Allah telah memberikan hamba kelapangan dan kemudahan untuk menjalankan rukun islam yang ke-empat  itu. moga di tahun-tahun akan datang, masih ada lagi peluang untuk hamba berbuat demikian, insyaAllah.

jika anda seorang yang amat murah rezekinya, simpanlah dahulu duit anda itu, bertabunglah dan niatkanlah untuk menunaikan haji sebelum anda melancong ke eropah, paris, london, hong kong dan sebagainya. bolehkan?

bagi yang perempuan, wajib menutup aurat. menutup aurat itu tidak semestinya bertudung semata-mata. tapi wajiblah menutup aurat-bertudung dengan melabuhkan tudung hingga ke dada, tidak berpakaian seperti bertelanjang, tidak berpakaian menyerupai orang-orang kafir. hatta, bagi golongan lelaki tidak harus memotong rambut seperti orang yahudi (seperti botak di kiri kanan tapi ada rambut sejemput di tengah, berambut seperti trojan, bercukur botak di tengah tapi di kiri kanan ada rambut), berseluar amat pendek yang tidak melepasi lutut. jangan terlalu taksub dengan dunia fesyen semata-mata sedangkan dalam tidak sedar ada dosa yang sedang kita kumpul berbukit-bukit.

dan apa yang paling penting juga adalah membersihkan diri kita dari segala kekotoran oleh sifat-sifat mazmumah. bagaimana untuk menghapuskan semua sifat mazmumah itu?


harus WIRID!



*teringat pada kata-kata ustaz sewaktu kelas hari itu, "zaman sekarang orang datang ke surau sahaja yang berbaju kurung...". hamba lah tu, ke surau sahaja berbaju kurung, ke tempat lain, tidak. huhu..
insaf.
:(

No comments:

Post a Comment