February 24, 2011

the born of me

tarikh keramat. saya suka! 24 febuari. hihi. ;)

bermula cerita seawal hari rabu, malam khamis, 23.02.2011. mengikut kalendar islam, kalau dah maghrib tu, dah di kira sebagai hari baru. maka, dapatlah kiranya saya katakan semuanya bermula seawal jam 8.30 malam, al kononnya 'candle light dinner' dengan Qaseh di Teratak Intai-Intai  http://www.intaiintai.com.my/ bersempena tarikh keramat saya ini. saya suka. hihi. ;)

makanya, sampai sahaja di sana, haruslah order cepat-cepat kan? kerana sudah lapar tahap azab. hihi.





oleh kerana perut kami hanya bersaiz tong kecil sahaja, adalah menjadi keutamaan untuk membungkus pulang apa yang tidak mampu dihabiskan. tidak boleh membazir. kerana membazir itu amalan syaitan. dan saya tidak mahu berkawan dengan syaitan. dan sesudah perut maju ke hadapan, dengan mata yang agak-agak kuyu dengan alunan cengkerik, haruslah Qaseh melunaskan bil. seperti biasa lebih kurang +rm90 je.

dan daripada Qaseh, hadiahnya, tiada lagi. haha. tapi dalam proses. tapi, saya dah tahu apa hadiahnya. haha.
kita tunggu hari sabtu, insyaAllah. tempatnya pavilion kl. oh, saya tak sabar!

ucapan pertama ulangtahun kelahiran, sudah tentu dan haruslah dari Qaseh. saya suka. hihi. ;)
malam yang lena dikejutkan dengan lagu 'aku ada kamu'. lebih kurang jam 3.00pagi. membaca pesanan ringkas.

""""A'kum, cikgu. happy birthday. semoga panjang umur dan murah rezeki. cikgu, saya minta maaf. sebelum ni saya ada buat salah, sakitkan hati cikgu. saya dapat wish cikgu sahaja. hadiah nak beli, tapi duit tak ada. hehehe... 
dari Alif Danial"""""
saya hanya membaca dalam keadaan mamai. bila saya sedar, saya baca semula pesanan tersebut. oh, sungguh saya tidak kisah jika tiada apa-apa hadiah sekalipun. sekadar mengingati pun sudah memadai bagi saya. apa-apa pun, alif danial: terima kasih di atas ingatan mu itu.

kisahnya pula pada hari khamis, 24.02.2011.
seperti biasa, masuk kelas-mengajar. sedang elok nak bagi latihan, pelajar kelas saya tutup lampu. alahai, dah la gelap. di tutup pula lampu. sedang elok pusingkan badan, mereka semua sudah bersedia dengan kek secret recipynya berhiaskan 3 batang lilin yang menyala, di samping masing-masing melontarkan suara merdu beriramakan 'selamat hari lahir'.






pembelajaran dan pengajaran kali ini hanya tercapai 80 peratus sahaja. alasannya, apabila sampai kepada bahagian untuk menjawab soalan latihan, pelajar-pelajar kesayangan ini, membuat kejutan tersebut dan seterusnya menghabiskan kek masing-masing. ok, fine! saya berikan mereka kelonggaran pada kali ini. tiada latihan, tiada kerja rumah. tapi disiplin tidak boleh ingkar. haruslah kemaskan semula kelas. sampah-sampah tidak boleh ada di atas lantai. baling-baling, calit-calit kek pun tidak boleh. hehe. itulah saya. nak enjoy boleh, tapi harus juga berpada-pada.

ok, menjelang rehat pula. ada seorang pelajar saya datang meminta saya duduk kerana dia telah bersedia dengan ucapannya sejak dari malam tadi lagi katanya. haha. siapa lagi kalau bukan ni nadzurah, yang saya panggilnya nanad. haha. tiba-tiba, kejutan dari beberapa orang pelajar 4sk.


dan, saya berasa sedikit bersalah pada kawan-kawan seperjuangan. entahlah kenapa. saya rasakan saya tidak layak dilayan sebegini rupa oleh pelajar-pelajar saya. bukan apa, saya rasa, saya lah yang paling teruk. sayalah guru yang kuat membebel. sayalah guru yang suka marah-marah mereka apabila ada perangai dan sikap mereka yang saya tidak berkenan sangat-sangat. ada sahaja untuk mecari balah dengan mereka. hakikatnya, dalam hati saya, hanya Yang Esa mengetahui segalanya. dan saya sungguh tidak menyangka begini layanan mereka terhadap saya. dan tidak dapat saya sembunyikan rasa terharu dan sebak saya sebenarnya.

dan mana-mana pelajar yang mengucapkan selamat hari lahir kepada saya (walaupun saya tidak pernah @ tidak lagi mengajar mereka) saya ucapkan terima kasih di atas ingatan tersebut.

mengenali kamu indah
menegur kamu indah
merajuk dengan kamu jua indah
kerna apa yang lahir di sanubari ini
amat indah
kerna semuanya bersulamkan
kasih dan sayang!

terima kasih semua!

No comments:

Post a Comment