February 28, 2011

^along*angah^

kali ini, jadual saya memang padat. bermula hari isnin, selasa, rabu. penuh dengan tugasan-tugasan dan kerja-kerja yang makin lama makin menimbun. almaklum, gila jawatan. haha. hari khamis dan jumaat pula dengan bermacam kejutan dan aktiviti. oh, tidak sempat hendak duduk bersantai dan berehat. hari jumaat, mendapat satu pesanan ringkas dari kakanda. bercadang untuk ke rumah saya. bercuti pendek kata. pagi, saya-sudah tentu masih sempat lagi ke pavilion (hehe-there's something!), dan juga ke jalan masjid india ('menabung' di salah satu kedai) selepas selesai mengemas rumah. apabila mereka sampai, mereka terpaksa menunggu saya dan Qaseh selama hampir 1 jam lantaran kami tersangkut dalam 'jam'. dan apabila saya sampai di zoo negara, oh mereka berdua itu sedang dan amat seronok berposing. haha. lawak je si kembar ni.

dan petang itu, apabila sampai ke rumah saya, mereka telah nampak kolam renang. haaa. mereka agak liat hendak masuk ke rumah. haha. terpaksa kami semua bertungkus lumus membodek mereka dengan bermacam cerita dalam pelbagai gaya.
makanya, malam itu meraikan kakanda ke jusco untuk 'menabung' buat si kembar.
dan, sudah tentu mereka akan nampak sesuatu...............
kerana terlalu marah kerana mama dan papa mereka tidak membelikan mereka pistol, mereka mula menunjukkan peel memprotes. haha. bermain dan berlari-lari pula kami.
dan yang lawaknya, along berkata, "cepatlah gi cari kedai makan! lapoo ning!! dok payoh shopping doh lah!!"
dan dalam perjalanan ke kedai makan, along ternampak sebuah teksi. dan dia menyebut, 'mama, teksi bermeter'. sakit perut saya ketawa. kita sebut 'teksi bermiter'. haha. dia kata, 'betullah! cikgu ajar!". haha. fine. sebab dia baru belajar kat taska (6 tahun), dan mungkin guru dia belum ajar e-pepet dan e-taling. haha. whatever!
ketara sangat wajah mereka berdua di atas. masa ni, saya ajak bergambar. diorang buat dekkk jer. haha.

paginya, sudah tentu mereka menuntut janji-janji manis kami. wakaka. dan sudah tentu Qaseh pergi melayan mereka mandi. kemudian diajarnya si kembar itu berenang. haha. Qaseh dah turut sama berendam, berenang dan macam-macam aksi lah, yang menjeleskan si kembar itu. hihihi.
kesannya, budak bertuah itu, agak liat nak naik. haha. bila dah naik, siap tunjukkan jari-jemari mereka yang kecut. kihkih.
usai membersihkan diri, seterusnya bersiap dan berangkat ke zoo negara. haha. yang seronoknya, dapat tengok si kembar menangis gara-gara penat berjalan kaki selama hampir 3 jam meronda zoo. tapi, minta maaflah. takkan ada orang yang sukarela mahu mendukung mereka. wakaka. berat tuuu. makanya, apa yang kami semua boleh buat? haha. buat lawak je, agar mereka terus ketawa dan berhenti menangis. jangan nak cengeng-cengeng la. kamu tu lelaki! haha. dan akhirnya kesengsaraan mereka berakhir jua.

tapi, bila balik rumah, mereka berdua buat hal lagi. nak mandi kolam lagi! aik?? tadi kata sakit gila kaki. memang flat gila. alih-alih nak pergi berenang lagi. hurm, along dah makan nasi kukus hampir sebungkus setengah. cuba bayangkan, mana tak gemuk? ok lah fine! pergilah berenang. buang lemak-lemak anda!
haha.


*along dah hampir pandai berenang (75%). tapi si angah, masih dengan sikap penakut dia, makanya-masih tidak pandai berenang-mulut dia sahaja yang bising!*

1 comment:

  1. b e t o l k e p a n d a i b e r e n a n g t u ? ? ?

    ReplyDelete