January 6, 2011

kesayangan hamba

tadi ada pelajar datang ke sekolah. pulang buku teks spbt. wah, bertambah kacak. berborak, itu mesti. hurm, selepas dia melangkah pergi tiba-tiba terkenang waktu bersama dengan mereka dahulu. kalaulah dulu-dulu pakaian kemas bertali leher macam tadi, tentu guru-guru amat suka, maka tak mustahillah rasanya mungkin ada yang akan menyandang jawatan yang agak baik. cumanya, hanya perlu diperbaiki sedikit pengurusan diri terutamaya dalam soal kerajinan dan kejujuran.

bertanyakan kerjanya sekarang di salah sebuah syarikat, jawabnya sebagai collector. huh? kutip hutang???
mak aaiiii, bimbangnya hati ini. sungguh, tidak tipu. bimbang sangat-sangat. namun berharap, mereka ini akan kental di luar sana, dan keselamatan terjamin. cuma terdetik di hati, 'selamatkah kerja mereka ini?'
apa-apa pun moga Allah melindungi mereka.

dan di lewat petang ini, terimbau kenangan dengan bekas-bekas pelajar aku dahulu. maka rindu pula bertamu. serangkai nama walaupun aku selalu membebel pada mereka, namun tidak lain dan tidak bukan hanyalah mahukan mereka mencapai kecemerlangan. bukan kerana benci mereka. mungkin ada juga terselit benci, tetapi sebenarnya bencikan sikap mereka yang malas, acuh tidak acuh, bermain di dalam kelas dan tidak membuat tugasan yang diamanahkan. moga ada kesedaran dalam diri mereka.

kesayangan hamba, moga kamu semua sukses di dunia mahupun di akhirat.

No comments:

Post a Comment