December 17, 2010

walk ahead

serba tidak kena. tidak tahu mengapa. duduk. bangun. baring. *sigh*
lantas diambil novel. kiranya ini novel yang ketiga dalam bulan december ni. tapi fikiran melayang entah ke mana. langsung tidak dapat menyelami watak. apa yang difikirkan sebenarnya? urm, entahlah. tak pasti.

buka mukabuku. ada satu pesanan dari pelajar. bimbang dan risau katanya dengan keputusan peperiksaan tidak lama lagi. dan sudah tentunya menyatakan rindunya. aku pun berharap mereka akan memperolehi keputusan yang cemerlang. *debar juga di hati ini*
 aku tengok tarikh. oh, hari ini dah 17dec rupanya. urm, setahun lepas.
.
.
.
.
.
ah, untuk apa diingat lagi. lupakanlah walaupun dengan seribu satu kepayahan. sesungguhnya setiap ujian yang didatangkan Allah itu ada hikmah disebaliknya. ujian didatangkan samaada untuk menghapuskan dosa atau untuk meningkatkan darjat seseorang. dan hadirnya ujian itu kerana Allah kasihkan aku. maka, bersyukurlah diri.
wahai hati, tenanglah. sesungguhnya Allah tidak akan pernah menguji hamba-Nya dengan ujian yang tidak terdaya oleh kita. dan apa pun berlaku, kehidupan mesti diteruskan.
dah!
diri, lupakan semuanya, kuatkan semangat!
~gusto~

No comments:

Post a Comment